It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, January 19, 2009

--==[[ HueHueHue!~ ]]==--

Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..

--==[[ Ekekeke!~ ]]==--

Entah siapa punya hari lahir agaknya dalam dewan di bawah tu. Meriah sungguh! Macam seluruh Villa pula yang dijemput. Siap ada mercun. Alangkah bahagianya orang yang sambut hari lahir tersebut. Hari lahir saya lambat lagi. Ada lagi 9 bulan 11 hari. Hehe!~

--==[[ S0b!~ S0b!~ ]]==--

"Hello. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam. Paklang!"
"Ye...Kakak dah makan?"
"Dah."
"Uwan masak apa tadi?"
"Uwan masak ayam goreng. Kakak makan banyak. Adik pun makan banyak. Kakak suka ayam goreng."
"Iya? Bagusnya. Kenyang tak?"
"Kenyang sangat. Perut kakak dah jadi besar. Adik pun sama. Tadi masa kat sekolah pun kakak makan banyak."
"Wah! Makan apa yang banyak sangat kat sekolah tu?"
"Makan ayam goreng. Makan mee goreng. Lepas tu ada air sirap. Ada air oren. Kakak suka sekolah. Asyik makan je."
"Hehe. Ada pulak suka sekolah sebab makan. Cikgu ajar apa tadi kat sekolah? Adik sekolah sekali dengan kakak ke?"
"Ye. Adik sekolah dengan kakak. Tapi adik suka main. Cikgu marah. Kakak tak main. Kakak pandai. Cikgu suka suruh kakak ajar kawan2 kakak ABC."
"Ye? Pandainya! Ada kerja sekolah tak? Dah buat ke belum?"
"Dah buat dah. Cikgu suruh koyak2 kertas. Lepas tu gam buat ekor. Nanti main tarik2 ekor. Tadi pun dah main dah. Tapi kakak asyik kalah je. Adik pun kalah je."
"La.. Kenapa pulak kalah tu? Hehe!"
"Memanglah kalah. Kakak kecik. Kawan2 kakak semua besar2. Adik jatuh tadi. Kakak nangis."
"Alah..Adik luka2 ke?"
"Tak. Tapi kakak tak suka adik jatuh. Kakak sedih. Kakak tumbuk kawan kakak."
"Uih! Garangnya kakak. Siapa nama kawan kakak tu?"
"Kawan kakak ada 3 orang. Natirah. Syafiqah. Hazilah. Tapi yang kakak tumbuk tu kawan lain. Lelaki. Dia suka kacau kakak. Nama dia Abdul Azim. Kakak tak suka."
"Ahaha! Kenapa pulak macam tu? Cikgu tak marah ke?"
"Tak tau. Cikgu marahlah. Siapa suruh dia tolak adik?"
"Uwan tau tak?"
"Tau. Kakak cakap dengan uwan tadi. Uwan kata jangan tumbuk kawan sekolah. Nanti kakak kena rotan."
"Yelah..Memanglah cikgu rotan nanti tu. Kakak jangan tumbuk kawan lagi nanti ye kakak. "
"Adik nangis. Kakak sayang adik. Kakak tak suka adik sakit. Nanti kakak takde kawan."
"Hehe..Kakak..Kakak.. Nanti kakak belajar rajin2 tau. Dah besar nanti boleh tolong Atok. Tolong Uwan."
"Ye. Nanti kakak belajar pandai2. Kakak nak jadi doktor macam Paklang. Bila Paklang nak balik kampung?"
"Nanti cuti nanti baliklah. Kakak jangan nakal2. Dengar cakap Uwan Atok. Dengar cakap cikgu ye!"
"Ye. Kakak tak nakal. Kakak baik. Adik je nakal. Cikgu suruh tulis ABC, adik lukis2 lak. Kakak gelak je."
"Ehehehe..Macam tu pulak adik. Takpelah kakak. Nanti cakap2 lagi ye."
"Paklang nak pegi mana? Kakak nak pegi rumah sana. Nak main piano tu."
"Owh.. Nanti bila2 datanglah. Kirim salam Atok Uwan ye kakak."
"Ye. Babai Paklang!"
"Tata...."

--==[[ Adik!~ ]]==--

Perbualan melalui telefon diantara saya dan Kakak. Anak saudara saya yang nombor dua. Nabyla Bilqis. Comel. Selalu bersemangat kalau bercakap. Teringat raut wajah dia yang sentiasa tersenyum. Suka merajuk. Kalau dimarah, belum habis marah dah menangis. Manja. Berbeza sungguh dengan Adik, Natasya Bilqis yang selalu bersahaja bila berkata2.

--==[[ Kakak!~ ]]==--

Hari ni, 19 Januari hari lahir Kakak yang ke-6. Sekolah Tadika Gemencheh. Adik baru 4 tahun. Beza 2 tahun dari Kakak. Terpaksa dihantar juga ke sekolah kerana kemurungan berpisah dengan Kakak yang pergi ke sekolah tiap2 pagi. Comel!

--==[[ Kakak Merajuk!~ ]]==--

Saya sebenarnya tidak begitu mesra dengan Adik. Kakak manja. Adik kasar perlakuan dia. 4 tahun lepas, Omak kata, rupa paras Adik saling tak tumpah seperti saya. Hehe. Bila dah besar sikit, lain pula rupa dia. Sikap dan perangai sahaja yang masih sama. Itu kata Omak dan Ayah. Tidak tahu pula sama yang macamana agaknya. Huehueheu!~

--==[[ Ehek!~ ]]==--

Baiklah!~ Mahu baring2 sekejap. Mata semacam minta direhatkan pula. Nak mandi pun malas. Suara kanak2 yang menyanyikan lagu 'Happy Birthday' tadi pun dah hilang. Sunyi. Esok Selasa. Ada agenda penting yang perlu dilaksanakan. Mandi, tidur sekejap, makan, ngadap PC semula nanti. Harap2 tidak tertidur sehingga besok pagi. Huheuhe.. Daaa~~ =P

--==[[ Lots Of Hugs N Kisses!~ ]]==--


9 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

sweettt..lap-lap ait mato den!!!!

menatap indah nya senyum diwajah mu...comey anak sedaka ko

sya_zachery said...

wiuu..comel nyee..macam kebor jer..ahakS..

otterKEYCHEE said...

ahaks... meriah...comey pak lang ...

Anonymous said...

ololoooo comelnya kakak ngan adik..
hurmm cute..kids..remind me to someone..
chomelll anak sedara babard ;)

Alang AD said...

jwb suma2 komen sekalik::!~

* typo tahap gaban tuh kiah! agagaga!~

* bukan kembor tuh .. pokcik2 nye je yg kembo.. agaga!~

* meriah ek hotun? paklang nye mmg kiut miut.. tengkiu... agagaga~

* hekhek .. comel kan ayui? erm .. kids.. sory 2 make u thinkin bout them .. :(

Anonymous said...

hmmm... sian ayul... remind gak kat 'someone' yg kiut2 tuh.... egeggege...

Anonymous said...

mule2 bc entry ni cm nk nanges je
comeii sgt...
nk jd cm paklang ye..
comei lerr... hehe
x tau nk ckp ape malain kn comelllll :)

Anonymous said...

malain kn plak..
melain kn arr..
hehe

Bard said...

mereka memang sangat comel ..
i missed them ..
so much.. :(

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)