Pagi. Panggilan daripada dia. Kereta kehabisan minyak katanya. Saya masih belum keluar dari rumah. Baru terjaga dari lena. Pelik. Dia tidak pernah kehabisan minyak. Awal pagi pula! Tetapi suaranya seperti perlukan bantuan. Tengok jam. Ah! Macamana boleh tidak sedar pula pagi ni? Tergesa2 bangun. Mandi - manda.
Keluar dari bilik air...
Kring!~ Kring!~
"Awak!"
"Ye!"
"Tak payah datanglah! Ada budak motor ni tolong."
"Hah? Oke2. Apa2 hal bagitau."
Mata merilik ke jam dinding. Lewat! Malam tadi tidak tidur lena. Argh! Malas! Mujur ada orang lain tolong. Baik sungguh penunggang motorsikal tersebut. Ambil beg, periksa jika ada barang atau dokumen2 penting tertinggal. Lengkap. Angkat beg ke ruang tamu.
Kring!~ Kring!~
"Awak!~"
"Hah! Dah oke lom?"
"Dah! Tapi orang ni mintak 50 ringgit lah!"
"Aik? Kenapa pulak? Budak muda ke baya2 kita?"
"Entah. Baya2 kita kot? Datanglah sini! Saya takut."
"Pulak. Dok dalam kereta. Kunci semua pintu. Ada orang ramai tak?"
"Ada. Erm..."
"Oke2. Tunggu situ sampai saya datang."
"Cepat sikit!"
"Iyalah. Saya dah lewat ni! Ish!"
Masukkan dompet dan telefon bimbit ke dalam poket. Tutup pintu bilik. Betul2kan rambut yang tak berapa nak ada. Matikan modem. Angkat beg ke depan pintu.
Kring!~ Kring!~
"Cepatlah!"
"Eh! Tunggu je lah situ. Saya datang!"
Apa pula yang sampai RM50? Sumpah seranah. Maki hamun di dalam hati. Ingatan kembali kepada kejadian tayar kereta saya yang pancet dulu. Tolong, tapi minta RM20. Mujur BujaL sampai tepat pada waktunya. Kalau tidak, mahu bergaduh dengan orang yang tidak dikenali di tepi hiway Kajang - Puchong agaknya. Risau.
Ambil kunci, buka pintu....
"APRIL FOOL!!! Hahahaha!~"
"Cis! Ampeh! Terkena aku!"
"Hari ni 1 april lah!"
"Ah! Tade2. Tade April2."
" Hahahaha!~"
"Sampai hati..."
Buat seperti tiada apa berlaku. Abaikan dia yang sedang ketawa di depan pintu. Keluarkan beg. Kunci pintu. Melangkah ke tangga. Dia masih lagi ketawa.
"Nak pergi terus ke?"
"Ah! Jom makan!"
"Hahahaha!"
"Siut jeh! Saya risau tau tak??"
"Hahahaha! Memang plan nak kenakan awak! Hahaha!"
"Cis! Jom pegi makan! Cepat!"
"Marah ke?"
"Yelah! Risau tau tak?"
"April fool mana boleh marah! Hahaha!~"
"Dah2! Jom cepat! Makan! Lapar nih!"
Dia masih ketawa. Belum pun kaki melangkah ke anak tangga untuk turun ke bawah, giliran saya pula ketawa. Dalam hati masih lagi sedikit marah. Ketawa sambil melangkah laju ke kereta. Dia yang tadinya kelat, mengekori dari belakang. Sambung ketawa.
"Naik kereta masing2 ke?"
"Hah! Naik kereta saya ajelah. Gi makan. Pastu blah!"
"Padan muka! Sapa suruh tido lewat! Hahaha!~"
"Jangan buat macam ni lagi. Terkejut tau tak? Ni kejap lagi kang pergi kerja lambat pula."
Ketawa lagi sehingga kereta berhenti di hadapan Millenium Cafe, Putra Perdana. Menu pagi tadi lontong dan milo ais. Dia juga mengambil lontong, tapi tidak ingat pula minuman apa yang diminta. Huhu!~ Makan2. Bercerita. Berbual. Masih lagi ketawa. Topik kami pengalaman April Fool masing2. Tidak lama. Bayar makanan. Terus pergi.
- Sabarkan ajelahh!!!! Hakhak!~ Tahun depan 1 April kena beringat! Kah! Kah! Kah! Menjadi pula lawak April Fool yang berjaya porak perandakan pagi yang dah memang lewat! Cis!
- Prank by My Sweetheart!!
4 comments:
hahahhaa..padan muka ekau obert..kuang3.. org yang 1st kena i nye april fool si fasha..kui3.. majuk dia kejap..kuang3..
koh koh koh koh...aiyak..uncle tk main aprilfool neh haram tau...
hmm majuk kt sue..toek...
bert lain tahun kite kene kn dorg ek..
agagagaga
kehkehkehkeh toek ekk fash...
nsb pu3 tak kena kan sape2
dan tak d kenakan oleh sape2
selamatttttt!!!
akakakakakka
Post a Comment