It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, June 15, 2009

--==[[ My Way!~ ]]==--

Pandang.
Senyum.
Jabat tangan.
Nama.
Mesra.
Gurau senda.
Terasa.
Marah.
Kecil hati.
Sendiri.


Kawan? Rakan ? Sahabat? Saudara? Musuh?


Semuanya bermusim. Suka masa lepas. Suka masa sekarang. Saya tidak malu dengan apa yang dimiliki kerana ianya tidak lama. Semuanya bermusim. Beberapa tahun yang lalu, saya mula kenal dengan kehidupan. Saya bukanlah seorang manusia yang sangat bagus dalam meniliti segala apa yang ada di muka bumi. Akan datang? Sekarang? Masih ada yang ketinggalan. Apabila semuanya sudah terlihat, segalanya mungkin sudah terlambat.


Jika biarkan musuh hidup, mungkinkah akan menjadi seorang sahabat? Bolehkah percaya kepada sahabat apabila merayu sebuah kejujuran yang membuahkan pembohongan? Sahihkah apa yang dimahukan adalah semata2 untuk menjaga sebuah perhubungan dengan menyatakan idea2 yang difikirkan bernas? Macam beras keluaran Bernas. Perlukah kepuraan? Haruskah jadi seperti pelakon? Macam Rosyam Nor..nama ni je yang terlintas.. ehek!~ Dimana kejujuran? Dimana keikhlasan? Bodoh!


Tiada sahabat yang punya hak untuk pertikai arah tujuan kematangan sebuah kehidupan. Tidak lahir sehingga ia hadir dengan kemesraan yang dibina atas dasar sebuah kejujuran. Tapi kadangkala, musuh itu madu, sahabat itu racun. Kadangkala kesunyian itu sesuatu yang paling indah.


Yang sebenarnya, macam tajuk lagu Yuna pula saya sudah bosan dengan kerenah birokrasi mereka yang kononnya berlagak macam bagus. Apa dia fikir dia hebat? Apa dia fikir dia punya kuasa? Apa dia fikir sahabat lain suka? Apa dia fikir kata2 dia penentu segala?
Boleh blah!
Memang mula2 semuanya nampak elok. Nampak cantik. Tiada apa yang buruk. Tiada apa yang busuk. Wangi sentiasa.



Kenapalah dia tidak nampak kejelekan yang ditonjolkan di depan matanya. Kenapalah dia tidak mendengar ketawa yang hadir ditelinganya. Kenapalah dia tidak sakit apabila luka benci semakin menghiris dikulitnya. Kenapalah dia tidak sedar kehilangan bait2 manis yang sentiasa meniti dilidahnya. Kenapalah dia tidak menghidu bau busuk yang semakin hari semakin menebal dihidungnya.


Marah.

Memberontak.

Kasihan.

Tidak mampu.

Diam.

Biarkan.

Fikir.


Cakap2 belakang, bila berdepan terus senyap. Marah2 dibelakang, bila bersemuka terus hilang. Asah parang dibelakang, bila berdepan terus tumpul. Buat apa asingkan diri kalau hati masih tidak puas? Bukan rakan namanya kalau menikam belakang. Bukan sahabat namanya kalau mengabaikan. Berubahlah. Umur pun makin besar angkanya. Sedarlah apa kepincangan yang berlaku semuanya berpunca dari diri sendiri. Bukan orang lain. Bukan suara lain.


Saya rayu. Saya mohon. Jagalah ikatan ini. Gembira apabila yang lain diam? Saya bukan begitu. Saya tidak simpan apa yang tidak perlu. Kata sahaja saya pemberontak. Kata sahaja saya keras kepala. Kata sahaja saya berlagak. Tapi hakikatnya saya bukan begitu. Saya cuma menyatakan apa yang saya rasa tidak betul. Semuanya adalah untuk kukuhkan persahabatan ini. Jangan pura2 konon untuk jaga hati. Engkau bukan Robocop. Engkau bukan Frankenstain. Engkau manusia yang sebenarnya manusia.


Uj kata, kalau mahu kekal lama, biarkan sahaja. Memang diam itu ada baiknya. Maaf. Saya bukan begitu. Saya juga bukan seorang yang bagus. Bukan seorang yang hebat. Bukan seorang yang baik sekalipun. Tapi, saya tidak suka dengan apa yang berlaku. Saya tidak akan membiarkan 'benign' menjadi 'malignan'. Biarlah saya dibenci sekalipun. Saya rela. Kalau akhirnya saya akan terasing macam tajuk lagu Sudirman, saya akan sendiri macam tajuk lagu May. Maafkan saya.



  • Dulu..masa kecik2... Omak pernah pesan... "Bia oghang buek kito..jangan kito buek oghang..."
  • Entahlah... tak buat salah... dibuat lagilah salah...
  • Pasrah ajelah... aku dah memang tak perfect! Huehueheu!~
  • Aku tau... org yg sgt aku syg tak macam tu... mungkin, tapi makin lama makin kukuh... 10 tahun oke! Yeay! =D ai lap yew swithat! Hek! =P
  • Yang penting... 5 deria masih berfungsi untuk mentafsir segala...
  • Sorry to say... this is what i believe... that i am i... that i will never let mankind put anything over me... that honor is to be earned, not bought...
  • A creed...



Credits to Uj for this song .. A very great song from Frank Sinatra .. but i found that this is the best vc form youtube .. Tq friends ...





4 comments:

Aida Ikmal said...

i did it my way.. yeah.. that's the way it's supposed to be.. go bardtz!! =)

Alang AD said...

Eh ... cegu cegi la..
Samat Perantin Baru Cegu Cayam..
Hekhekhek!~

Semoga Berkekalan Hingga Ke Anak Cucu Cicit..
Semoga Buleh Lanje Ai nGan Mem Sate Kajang...
Agagagagagaga!~

Cik Arin said...

Ngaaaaaaaaa tak tau mau komen apa!!~

Bard said...

Eh .. Bila Jelimeli reply ni ek . Agagaga ... :p

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)