Hmm..
Tadi saya singgah beli makanan di gerai depan pagar apartment saya. Kali terakhir saya membeli makanan di situ adalah pada bulan puasa tahun lepas. Makanan yang dijual setahun yang lepas adalah seperti nasi putih dan beraneka jenis lauk pauk. Saya pernah beberapa kali membeli nasi nasi campur di situ. Agak sedap lah juga. Ikan yang dimasak gulai pula telah digoreng terlebih dahulu. Mungkin untuk mengelakkan gulai cepat basi. Maklum lah kan? Bulan puasa.
Itu kisah lebih kurang satahun yang lalu. Sebenarnya, sudah agak lama saya teringin untuk merasa masakan kakak yang berniaga itu lagi. Boleh dikatakan kesemua jenis masakan yang dijual semuanya sedap. Jadi, tadi saya singgah lagi. Tapi, kali ini agak mengecewakan. Nasi putih tiada, lauk pauk juga sudah tinggal baki2 sahaja. Tidak mengapalah. Mungkin kerana saya terlambat. Dengan rasa yang agak kecewa, saya hanya membeli nasi kerabu dengan lauk ayam masak merah.
Ah.. Bukan ini tujuan sebenar saya menaip entry ini. Apa yang ingin saya perkatakan adalah sesuatu yang agak pelik. Pelik? Aneh? Mungkin tidak. Tapi, saya rasa sangat tidak berpuas hati dengan perlakuan kakak peniaga tersebut. Sebab? Kerana dia tiba2 menjadi warga 'klate'. Kenapa saya tidak puas hati? Sebab, kali pertama saya membeli makanan di situ, saya mengambil lauk ayam masak lemak cili api. Masakan paling popular di kalangan orang N9. Saya yang jenis peramah pernah bertanya dengan kakak yang menjual tu sekiranya dia orang N9. Dia menjawab tidak, dia orang Perak. Saya terus pulang untuk berbuka puasa pada hari tersebut.
Kali kedua, saya beli lauk asam pedas ikan kembung. Sebelum tu, saya sempat memuji masakan masak lemak yang saya pernah beli. Saya bukanlah seorang yang gemar masakan ikan yang berkuah. Saya beli pun sebab ikannya digoreng terlebih dahulu. Dan kuah asam pedas itu pun agak pekat. Malah, saya bukanlah seorang yang suka masakan asam pedas. Saya hanya akan ambil lauk asam pedas di mana2 kedai sekalipun, sekiranya kuahnya pekat dan sangat2 merah. Dengan spontan, kakak penjual tu kata suami dia orang Melaka. Dia belajar memasak asam pedas dari mertua dia kerana suami dia suka asam pedas. Normal lah bagi orang Melaka. Betul?
Tiba2 pula tadi kakak tu jadi warga 'klate'. Dan2 itu pula dia fasih bertutur dalam loghat Kelantan. Sebelum ni tidak pula? Nak kata saya salah orang, tidak mungkin! Kerana saya cam anak dia yang membantu di gerai. Dan saya juga cam muka kakak penjual tersebut. Apatah lagi kereta yang digunakan juga adalah kereta yang sama seperti setahun yang lalu. Dalam hati saya berkata, sejak bila pula kakak ni jadi orang Kelantan? Ketika itu jugalah fikiran saya terdetik, kalau belum minta makanan tadi, memang saya dah pergi beli makanan di tempat lain.
Bukan kerana kakak penjual itu orang Kelantan. Tapi, kerana dia tiba2 'bertukar' jadi orang Kelantan. Dan tiba2 dia bercakap2 dalam longhat Kelantan. Apa baiknya? Sebelum ni elok sahaja bercakap macam biasa. Oleh kerana dia menjual nasi kerabu, sebab tu dia jadi orang 'klate'? Gitu? Bukan sekali dua saya mendengar orang menggunakan loghat Kelantan ketika bercakap! Jiran saya di rumah bujang bawah ni pun orang Kelantan. Jelas telinga saya menangkap butir perkataan yang sengaja dibuat2, diubah menjadi seperti loghat Kelantan.
Jujur, makanan yang saya beli tadi, nasi kerabu dan lauk ayam sambal tidak habis pun saya jamah. Entah? Rasa jelek pula. lagi pulak, nasik kerabu dia tidak menjadi. Dan budu yang digunakan agak hanyir. Tidak seperti nasi kerabu yang pernah saya beli sebelum ni di tempat lain. Saya hanya ratah ayam sampai habis. 3 per 4 nasi saya buang kan sahaja. Kerana selera saya tidak boleh terima. Sangat tidak sedap!
Biarlah saya tidak kenyang sekali pun. Yang penting, saya tidak makan makanan yang saya beli daripada orang yang saya fikir dia menipu. Buat apa nak berpura2? Pada saya, tidak perlu nak jadi orang lain semata2 kerana mahu tarik pelanggan. Pertama, dia orang Perak. Baik! Saya boleh terima jawapan dia dengan telo orang Perak. Kali kedua, dia orang Melaka. Baik! Saya terima jawapan dia dengan telo orang Melaka. Kali ini dia tiba2 jadi orang Kelantan. Maaf! Saya tidak boleh terima jawapan dia dengan telo orang Kelantan yang sengaja dibuat2. Ceh!
Saya mohon maaf juga sekiranya ada antara sahabat yang merupakan orang Kelantan. Bukan saya mengutuk orang Kelantan. Tapi, saya tidak boleh terima dengan siapa2 sahaja yang tiba2 menjadi orang lain, sedangkan dia tidak. Saya tidak akan pergi lagi membeli di gerai tersebut. Kali ini dia tiba2 jadi orang Kelantan. Esok? Lusa? Tahun depan kalau saya pergi lagi, tiba2 dia jadi orang Sabah pula. Tak pun, tiba2 jadi orang N9 dengan lidah yang bukan orang N9. Cet! Tak kuasa la!

- Laie skali den mintak maap kek sepo2 oghang klate yang baco entry ni.
- Den tak kutk oghang klate. Tapi, den tak pueh ati ngan akak yang jua tu. Tu yo. Takdo sobab lain.
- Lagu kek bawah ni den jumpo kek yu-tiub. Cam tokono lak. Miakaka! Sobona eh den nak caghik lagu apo kono ee jang. Tojumpo lak nang ni. Hueheuhue!~
- Cubo la donga lagu kek bawah ni sampai abih. Den pun tak ponah tau pon lagu ni. KohKoh!~ Komen2 kek yu-tiub tu pon sumo eh loghat den yo. Huehuee!~
- Lain kali den takkan poie laie la boli makanan kek situ. Patah boto solegho den tadi. Ampo moghaso..Kabu moghano. Poie ombush pulang ongap yo la jawab eh. Cueh!
- Punyo la tak nyompek2 boli ditu kan...ampeh yo.. isk!~
- Oke la. Layan yo la lagu kek bawah ni eh! Osah poning eh! Ahak!!~
- Arr .. sapa2 yang tak paham ayat dlm loghat N9 ni mintak maap la ye! Hueheuhue!~
- Akak yang jual tu tak pasan saya agaknya. Dulu, saya botak. Sekarang dah ada rambut. Panjang lak tu. Ahak!~
4 comments:
wakakkaaka.... bertukar~~ bzZzzz...
seb bek ituari kita tak singgah ek.. miakakka...
nGa!!~
tu la pasal.. miakaka!~
hehehe..silap ari ni die jual sushi..kuar lak bahase jepun...
aligatohozaimastakkk..namaito aminahdes..penjual sushi des..kehkeh..
((ini macam punye org pon adekah??))
nGahaha!~
tu la dia orGnye...
heuheuehue ..
Post a Comment