It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, July 13, 2009

--==[[ Sambal Sardin!~ ]]==--


Saya sangat suka sardin. Sardin sangat suka saya. Huehuehue. Tak tau macamana nak mulakan ayat. Sambal sardin ni untuk makan tengahari Jumaat lepas. Barang2 suma beli kat FNG. Dulu la nama pasaraya FNG. Sekarang dah tuka nama. Apa tah nama baru dia. Tak penah ambik tau pon. nGe! Yang penting, tempatnya sama. Hekhek!! Harga semua barang2 untuk menu + kacang buncis + sebuku roti gardenia hanya RM8.85 sahaja.

Baeklahhh .. stret tu de poin... Haw tu kuk sambal sadin bai saye. AhaKk!~


Bahan2 :::

  • Sardin setin. Saya beli satu tin besar. Sebab dah lama tak makan sardin..kikikiki~~
  • Bawang besar 2 labu.
  • Bawang kecik tadek.
  • Bawang putih 3 ulas. Hiris2.
  • Cili boh. Terpulang la nak letak banyak mana.
  • Asam jawa. Setengah sudu.
  • Gula. Secukup rasa.
  • Garam. Secukup rasa.
  • Minyak masak.


Cara2 Memasak :::

Mula2, kopek bawang, hiris2. Pastu, perkara paling wajib kalo nak masak sardin, wajib bukak tin sardin kalo tak takleh nak masak. Huehue... Amek asam jawa, cairkan. Bukak bungkusan cili boh. Pastu lagi, asingkan sardin daripada sos dia. Gaulkan dengan kunyit + garam sikit. Jangan lupa panaskan minyak.

Goreng sardin. Tang menggoreng nih, terpulang la nak kasik garing ke atau tidak. Lagi sedap kalo garing. Belah2 la tengah2 sardin tu kalo nak bagi lebih garing, lebih masak.


Ini ialah bawang yang belum dihiris. Ehek!~ 2 bawang besar ngan 3 bawang putih. Kalo suka banyak2, kopek la banyak. Tapi kan, rasanya, kalo letak bawang putih lagi banyak pon buleh jadi lebih sedap jugak kot? Itu kalo sadin tin kecik la kan... Kalo sadin tin beso, letak la banyak2. Pandai2 la agak2. Ikut selera.


Ini ialah bawang2 yang telah dikopek tadi. 1 je bawang besar yang dicincang, sebab nak guna untuk menumis. Satu lagi untuk ending.


Ini sardin yang dah siap digoreng. Sangat2 komproh lak. Wat malu jeh. Miakaka!~ Sardin ni macam silap beli. Pasal buleh hancur pulak. Uhuhuhu!~ Tapi takpelah... Lepas ni jangan beli jenama yang tak besh ini. Huehue... Jenama ape ntah. lupa lak. Maap. Beli cap ayam je kalo nak masak sardin. Maksud saya, Ayam Brand. Yang tu sedap. EheKk!~


Tumiskan bawang2. Letak garam sikit. Tang goreng ni takyah lama2 sangat. Agak2 macam naik bau aroma dia, kecikkan api sikit. Sebab nak masukkan cili boh lepas nih.


Ini cili boh cap Puteri. Cili boh yang ni memang dah siap ada garam. Maybe lain2 bahan campuran untuk menumis jugak kot? Saya suka beli yang ni sebab tak kering bila digoreng. Lagi satu, cili boh brand yang ni bau cili dia pekat. Ada satu jenis tu apa nama ntah? Cili boh dia kaler oren. Pastu kering pulak bila dah masuk dalam kuali.


Air asam jawa ni cam pekat lak ek? Huehuehue. Kat atas tu saya kata setengah sudu kan? Tapi, yang ni saya amek guna tangan jeh. Ade la dalam 2 cobet gitu .. ahak!~ Agak2 la nak guna banyak mana. Kalo suka masam, letak la banyak. Saya pun tak tau camana nak sukat asam jawa nih.. Jangan mara aaa.. Ahahahakk!~


Yang ni bawang yang lagi satu. Hiris2 jeh. Sebab nak guna cam hiasan jeh.. nGahaha!~ Bawang ni masukkan lepas tumis cili boh. Gamba takde lak. Lupa nak snap. Lepas tumis bawang2 tadi, masukkan cili boh. Dah agak2 masak cili boh tu, masukkan bawang yang di hiris nih. Cili boh tu kalo nak bagi cam cepat masak, letak air sikit. Yang ni saya punya teori. Koh! Koh! Kalo tak betul jangan tiru.. Paling elok kalo guna minyak yang banyak sikit masa tumis. Agak2 la jugak ikot banyak mana cili yang digunakan. Kalo tak kang, tak masak cili nye, saket perot lak! Paling teruk, buat bersin jeh. Kikikiki!~ Tapi kan, penah jugak orang gitau, kalo orang bersin masa masak, maknenye orang yang masak tu garang. Benarkah? nGa!~


Gamba ni, sardin dah masuk sekali. Lepas masukkan bawang yang dah dihiris tadi lah kan... Saya masukkan bawang ni lepas tumis cili boh. Lepas tu masukan air asam jawa tadi. Pastu, letak la air sikit. Pastu kecikkan api, biarkan sampai betul2 masak. Jangan lupa rasa garam. Haa.. lupa lak! Letak gula sikit. Pandai2 la rasa. Ada orang suka masin. Ada orang suka manis. Saya suka masin yang ada rasa manis + pedas yang teramat. Well... saya kan orang n9. Tak best kalo tak pedas. nGe!~


Ini menu saya pada tengahari jumaat ituari. Sambal sardin + telur dadar + air limau nipis. Huehuehue!~ Dua kali tambah nasik. Kenyang bangat! Last makan lauk sardin bila entah. Tahun lepas kot? Ahak!~~


Cara2 nak masak telur dadar ni tak sempat nak snap lak. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, potong2 la bawang sikit ngan cili api ikot suka banyak mana nak letak. Pastu garam sikit. Kaco2, pastu lebur kan aje dalam kuali. Kalo tak pandai masak telo dada tu kira tipu la tu kan.. AhaKk!~


Ini sambal sardin yang dah siap dihidang. Tunggu masa nak kena nGap sahaje. Leleh2 liur jap. gRrr .. nGa! Lupa lak! Kalo nak bagi ada rasa cam sardin, letak la sikit sos yang dalam tin sardin tu. Saya ikut selera. Kalo rasa nak letak, saya letak. Tapi selalu nya buang je sos tu. Huehuehue...


Ini air limau nipis. Air ni saya buat dulu sebelum mula memasak. Saya guna 3 biji limau nipis. Gula berapa sudu entah. Limau ni tersangat la masamnya. Mula2 letak 5 sudu gula, tapi masih masam lak! Sudah nya saya tuangkan saja belen gula yang ada sampai habis. Arrrr.. time tu gula memang dah nak abeh sebenarnya.. Huehuehue...


Oke!!~ Siap dah menu sambal sardin nih. Siap ada side menu lagi ... agagagaga .. Masa yang diambil lebih dari 1 jam. Koh! Koh!~ Overall .. sambal sardin nya oke. Cuma cam ada rasa ikan lak. Isk! Lenkali jangan beli brand yang ni lagi. Pastu, air limau nya cam ade rasa pahit2 lak. Sebab terendam lama lak ngan kulit2 nya. Huehuehue... Dan yang paling sangat tidak best nya, satu rumah bau sardin sampai semalam. nGahahahahaha!~

Percaya atau tidak? Harga menu ini selepas ditolak harga roti gardenia + kacang buncis yang dibeli sama hanya RM5.15 sen sahaja. Siap ada belen lagi untuk makan malam. Maksudnya, kalo makan menu yang sama di kedai untuk makan tengahari dan makan malam, harga nya dah jadi RM10. 30 sehari. Kalo campo harga untuk 2nd round dah jadi RM15.45. Uhuk!!~ Untung betul owner restoren kan? Ciss!!~

6 comments:

auM Chak @ eiMyLiciOus said...

waaaa tak penah la lagi PuPuPu cuba goreng sardin nyer ikan dr dlm tin tue gaul KUNYIT...slalu mai goreng gitu jek...huhuhu kene try nie.....sempoi2!!!

Bard Syah said...

try la pupupu ..
besh2.. ekekkeke~~

missdiya84 said...

ermm terliur ai...nyam2

Bard Syah said...

hekhek .. nyam2 gak .. agaga!~

sya_zachery said...

hahahahhaha.. potong bawang dengan pisau punya la besar..nape bawang tu liat sangat ke? wakakaka..

Bard Syah said...

sbb ...
ai tak suka guna pisau kecik ...leceh ..
well . ai kan chef .. mana main pisau kecik2 nih..agagaa..
tak caye kalu .. leh tanye ngan sumber2 yg buleh dipercayai .. ekekek ..

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)