It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, August 31, 2009

--==[[ Warisan!~ ]]==--

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52
Kepada Seluruh Rakyat Malaysia!~~~




Bagaimana dengan sambutan Hari Merdeka anda? Tahun ini, tarikh Hari Merdeka adalah di bulan Ramadhan. Semalam, terdengar di IKIM.Fm, Masjid Negara akan buat Tarawikh, Majlis Doa Selamat dan Qiamullalil sempena Sambutan Hari Merdeka. Alhamdulillah. Kalau tiap2 tahun begitu kan bagus?

Dulu, masa kecil2, Ayah selalu bawak kami satu famili pegi Dataran Merdeka untuk sambut Merdeka. Boleh dikatakan tiap2 tahun lah! Sebab, Ayah dulu jurugambar sambilan. Jadi, suka ambil gambar2 yang seperti itu. Agaknya lah kan. Huehue...

Paling tidak boleh lupa, pertandingan kereta berhias. Paling seronok sebab macam2 jenis rupa bentuk kenderaan dihias. Dengan lampu2, dengan tumbuhan2, berbagai2 lah. Seronok! Bunga api dibakar di atas bangunan Dayabumi apabila tepat jam 12 tengah malam. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ah .. Sangat2 seronok!

Sekarang? Sambutan Merdeka dah lain. Kalau dulu kanak2 akan dibawa oleh ibubapa. Sekarang? Kanak2 dilepaskan keluar sendirian bersama rakan2 tanpa pengawasan yang sepatutnya daripada ibu bapa.

Aneh? 20 tahun yang lalu ianya adalah satu perkara yang sangat2 aneh. Sekarang sudah menjadi kebiasaan. Kanak2 di bawah umur berbasikal beramai2 dengan bendera Malaysia. Tahukah mereka apa erti Kemerdekaan? Merdeka kerana dapat keluar sampai awal pagi?

Merdeka kah kalau ada perkara buruk berlaku? Merdeka kah kalau kanak2 seperti itu membesar sebagai remaja yang rosak akhlak? Merdeka kah sekiranya laungan Kemerdekaan dilaungkan dengan cara yang terlalu kurang ajar? Terpekik terlolong macam orang gila. Merdeka kah sekiranya Jalur Gemilang diikat dan diheret di belakang basikal?

Meluat! Menyampah! Umur setahun jagung, berlagak seperti dewasa. Bertahan kah Kemerdekaan Negara jika kanak2 seperti ini yang bakal memimpin negara suatu hari nanti? Bertahan kah kemerdekaan sekiranya hilang rasa hormat kanak2 terhadap ibu bapa?

Sia2 lah perjuangan para mantan Perdana Menteri mempertahankan Kemerdekaan yang telah diwarisi. Apa bagusnya slogan "1 Malaysia" jika anak2 seperi ini yang mewarisi Malaysia 20 - 30 tahun akan datang? Kenapalah ibubapa mereka biarkan. Sedih. Tidak tahu apa lagi yang mahu ditaip.


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tida ada yang lebih menyayat

dari melihat bangsaku dijajah,

Tidak ada yang lebih menyedihkan dari

membiarkan bangsaku dihina,

Airmata tiada ertinya,

sejarah silam tiada maknanya,

sekiranya bangsa tercinta terpinggir,

dipersenda dan dilupakan,

Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan

bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa

selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan

Biar bertatih

asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara,

air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,

Tugas kita bukan kecil

kerana mengisi kemerdekaan

rupanya lebih sukar dari bermandi keringat

dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan

kalau bangsaku asyik meniya dan menidakkan

mengangguk dan membenarkan kerana

sekalipun bangganya negara

kerana makmur dan mewahnya,

Banngsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,

kerana rupanya selain memerdekakan,

mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

bukankah sejak zaman berzaman

mereka menjadi pelaut, pemngembara

malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,

menjadi pedagang dan peniaga,

selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera

menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau

yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku

berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah? lalu bangsaku mulai

melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya

bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan kita belum tentu menjanjikan syurga

bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana

hanya yang cekal dan tabah

dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.


Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohamad

Mei 1996


  • Entry ni ditaip selepas sahur Hari Merdeka 2009.
  • Matahari dah timbul pun skrg nih.
  • VC untuk lagu ni takde di yutiub. Jadi, amek yg ni lah. Best jugak, psl autoplay. Bukak2 je page ni dah buleh dgr. Kan? =)
  • Layan .. Selamat Hari Merdeka sekali lagi personally drpd BardSyah utk semua warga pembaca blog ini khasnya, utk seluruh rakyat Malaysia amnya.
  • Selamat menjalani ibadah puasa utk hari hari ni. Puasa! Jangan tak puasa!!~ Hehuehue...
  • Lagu ni jugak antara lagu yang dlm maksudnya utk "1 Malaysia".
  • Dan .. Lagu ini sgt bermakna dlm hidup kami... =)
  • Spesel 4 u ...



No comments:

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)