Mini Gathering MobileIRC New Year, Sg. Lepoh, Hulu Langat, Selangor.
Credit to As for this nice pict.
Hands. Nampak kedut2 dah kulit. Hahah!
5 Januari 2011. Umur saya 30 tahun 2 bulan 5 hari. Macam dah tua kan? Ke memang dah tua? Huhuh. Hmm... Tak tau la nak karang apa je nih.. Haih! Rasa cam nak je tuka katanama 'saya' tu ke 'aku'. Tapi, macam kurang sopan pula rasanya. Dah terbiasa? Maybe la kot? 60% katanama saya gunakan 'saya'. 20% 'aku'. 10% 'i' dan 'u'. Mengikut keadaanlah. Hehe.
Kalau time bekerja, memang biasanya akan jadi 'saya'. Dengan kawan2, 'aku'. Rakan sekerja, kadang2 akan jadi 'saya', jarang2 akan jadi 'aku'. Pun, mengikut kesesuaian. Dengan sahabat, 'i' dan 'u'. Dengan yang tersayang, selalunya 'saya-awak'. Kadang2 'aku-engkau'. Jarang2 'i-u'. Pun.. mengikut kesesuaian dan keadaan. Akeke.
Apa yang saya merepek ni entah? Tak tau nak taip apa sebenarnya. Tapi, keinginan untuk meng-up-date blog meluap2 pula. Apa eh topic menarik? Hmm...
New year? ZERO. Malam new year saya di tempat kerja. Jam 2pagi lebih kurang baru sampai rumah. Terkilan? Ada lah sikit kot? Cadang nak layan tengok bunga api di mana2 yang ada lah kan? Tapi, sudahnya, saya ber-tahun-baru di tempat kerja. Hampir terlupa pun ada juga tu. Huhu.
Kalau di tanya apa azam baru, sumpah saya pun tak tahu apa azam saya tahun ni. Ada ke? Macam tak ada. Penat dah berazam yang tak berapa nak azam tiap kali menyambut tahun baru. ah memang tak sambut tahun baru pun kan?
Kalau dulu, zaman2 muda remaja, tahun baru itulah yang dinanti2kan. Bukan kerana ingin menanam azam, tapi, semata2 kerana hendak beronggeng dengan rakan2 sebaya. Majoriti macam tu kan? Tak kira lah apa jenis ronggengan sekali pun. Yang penting, menghabiskan masa, chill out with friends.
Mungkin, pada saya lah, dah bukan umurnya untuk menyambut tahun baru bersama rakan2 sebaya. Bak kata seorang sahabat, umur dah suku abad. Kalau diminta untuk flash back semula apa azam atau aktiviti tahun baru sebelum2 ni, memang saya tak boleh nak ingat.
Cuma, kalau ditanya apa sambutan tahun baru yang paling indah, jawapan saya hanyalah satu. Qiamullail pada malam tahun baru millenium. Tahun 2000. Sedekad yang lalu. Itu sahajalah yang betul2 menarik untuk dikongsi. Yang lain2, melalaikan diri di tempat2 yang melalaikan. Macam2lah...
Tahun ini, 2011, saya memang tidak menanam apa2 azam untuk ditunaikan. Buat apa tanam azam kalau azam hanya tinggal azam. Kan? Pada saya, tidak ada apa2 yang istimewa pun untuk diraikan. Cuma satu sahaja lah, andai kata saya boleh kembali ke sedekad yang lalu, selepas Qiamullail, saya akan semat kan dalam hati yang saya akan berubah menjadi seorang yang cemerlang dalam semua perkara, dunia dan akhirat. Hmm...
Kronologi 3 dekad:
1980: Tahun saya dilahirkan. Tak tau apa2 pun. Bayi yang suci murni dari segala dosa. Apa kenangan pun saya tak boleh nak ingat. Opkos la kan? Hue hue...
1990: Umur saya 10 tahun. Darjah empat. Saya kaki buli. Hahah! Suka buat hal yang tak elok di sekolah. Cikgu2 semua kenal saya. Cikgu disiplin panggil saya 'Klinik'. Sebab? Omak saya seorang nurse di Klinik Gemencheh. Rumah saya di Kuartes Klinik Gemencheh. Lain2 kenangan? Entah...
2000: Umur saya 20 tahun. Saya seorang siswa di salah sebuah Universiti ternama di Malaysia ni. Di mana? Sapa2 yang rapat dengan saya sajalah yang tahu. Time ni, saya tengah ligat. Semua benda saya cuba. Yang baik, elok, yang tak baik, tak elok, semua saya cuba. Nakal2 remaja tu biasalah kan? Hue hue.
2010: Umur saya 30tahun. Macam2 perkara dah saya lalui. Macam2 kenangan telah pun saya harungi. Wuceh! Hampir juga saya tunaikan janji saya pada azam Januari 2010 yang lepas. Tapi? Melepassss... 2010 juga saya rasakan yang saya telahpun miliki segala2nya sebagai seorang dewasa. Dewasakah? Dewasa dari segi umur lah. Kan? Malas nak cerita panjang. Adik saya yang bongsu pun dah berkeluarga. Akeke...
2020: Wawasan dua puluh dua puluh! Satu gagasan murni... Nyanyi sikit! InsyaAllah... Kok panjang la umur den. Buleh la samo2 baco watikah yang Tun Dr. Mahathir tanam 10 tahun dulu. Di mana eh? Sapa ingat? Umur saya akan jadi angka 40. Life begins at 40? Hehe. Tah macamana pula life saya 10 tahun akan datang.
Satu jangka waktu yang panjang. Banyak lagi perkara yang akan diharungi. Jodoh? Go to hell with jodoh! Boleh kata cenggitu? Kalau dah ditentukan Ilahi ada jodoh saya dengan sapa2, maka akan bernikah lah saya dengan sapa2 yang bertuah. Bertuah? Ke malang? Hahah! Apa yang saya tau, 2011, saya dah pun punyai anak seramai 7 orang. Biarlah bukan anak kandung sekali pun, sumber kewangan saya akan saya habiskan kepada mereka. InsyaAllah....
Selamat malam sayang...
4 comments:
Aminn..
Ar.. Syapekah.. Huhu...
seems u wishing for ur future life.. =/ i wish the best of u.. n the long story years ago will end finally.. saya memang akan doakan yang terbaek untuk awak..
I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did......
And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did....
And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them
Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know.....
Thinking all you need is there
Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know......
And now when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them
hi yang..happy new year ... i cilok u punya clock widget yea ;) .. dah amik baru cakap :P
Post a Comment