It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Sunday, April 24, 2011

--==[[ Canon In D!~ ]]==--

--==[[ PPUKM. Corridor. 2nd April 2011. ]]==--





Hai.

Assalammualaikum warahmatullah.


Apa khabar sahabat?

Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya walau dalam apa jua keadaan atau tugasan seharian sahabat semua. InsyaAllah.


Hari2 kebelakangan ini bukan hari2 yang bermakna untuk saya. Banyak perkara baik buruk yang dilalui dan saya tidak punya kuasa untuk menghalang setiap apa yang berlaku. Saya juga tidak punya waktu untuk bercerita tentang kehidupan saya yang tiada apa.


Ada 2 3 entry yang sebelum ini pun saya hanya schedule kan sahaja untuk dipublish. Termasuk juga entry yang sedang anda baca sekarang ini. Waktu saya hanya banyak dihabiskan dengan T.I.D.U.R sahaja. Muka semakin sembab. Dia kata badan saya semakin kurus. Really? Ow yeah!


Lihat pinggangku...rampingkan.. Huehue! Setiap hari saya akan berjoget2 dalam sessi ala2 terapi selama satu jam. Hari pertama tidak sampai satu jam saya sudah kekejangan. Hari kedua berjaya diselesaikan selama satu jam. Itu pun atas sokongan dia. Esok? Lusa? Harap2 lebih lagilah.


Fesbuk? Nada... Tidak larat untuk bermain mata dengan skrin pc. Buat sakit kepala dan sesak nafas sahaja menunggu page loading. Terima kasih juga kepada dia yang agak rajin membantu untuk on kan permainan2 Zynga saya. Sangat Phatetic. Rindu pula mahu update dan mengkomen status2 di fesbuk. Boleh ke boleh?


Saya dalam proses memindahkan entry2 di fotopages ke blogger. Jadi, untuk pengetahuan sahabat, entry yang sebelum ni adalah dari fotopages saya yang dah semakin berlapuk. Sudah lama saya bercadang untuk pindahkan atau bahasa mudahnya kopipes (copy-paste) semua blog saya ke blogger ini.


Kalau ada antara sahabat pembaca yang prihatin, anda mesti perasan dan peka ada entry yang tiba2 diupdate pada tarikh2 tertentu. Terima kasih ya! Ada separuh entry dari blog friendster yang sudah pun saya kopipes ke sini awal2 dulu. Ada lagi blog di Myspace yang masih belum sempat lagi saya lihat kembali.


Saya bukanlah jenis orang yang suka membuat blog yang bersepah2. Kesemua blog tersebut dikarang pada tarikh2 tertentu mengikut peredaran zaman pengguna laman2 web sosial di kala itu. Agak mengarut juga kalau saya katakan di sini yang saya sebenarnya ada 5 blog di lain2 laman sosial. Banyak kan? Macam hapa je entah? Can we call that poyo?


Mungkin juga entry ini merupakan entry yang tak berapa nak up-to-date saya yang terakhir sehingga saya habis kopipes semua blog yang bersepah2 ke sini. Mungkin juga ada di antara anda yang pernah membaca blog2 saya yang lain. Bermula dari friendster yang sudah tinggal berapa kerat sahaja sahabatnya. Kemudian Myspace yang sudah berkurun tidak log-in. Fotopages yang kadang2 singgah. Dan juga MobileIRC yang juga saya tidak tahu masih wujud atau tidak. Lagi satu di Tagged. Memang sangat poyo lah!


Tiba2 ingatan saya kembali kepada zaman saya bergelar kanak2 Ribena. Jangan abaikan perkataan Ribena tersebut kerana saya memang dibesarkan dengan Ribena. 20 30 tahun dahulu Ribena hanya dijual dalam botol kaca yang sangat besar. Mahal. Sekarang sudah bermacam2 jenis bungkusan serta lebih murah dan mudah dibeli. Betul? 20 30 tahun dahulu juga setiap pagi saya akan bersarapan dengan segelas minuman berasaskan coklat dan sebiji telur separuh masak bersama menu sampingan yang dimasak oleh Omak atau Ayah. Wahi, Milo atau koko yang dalam tin kecil tinggi berwarna putih. Ada sesiapa yang masih ingat wahi? Tin warna hijau sama macam milo. Petang saya wajib makan semangkuk bubur barli atau oat yang disediakan oleh pengasuh atas arahan Ayah. Malam, wajib minum segelas susu sebelum tidur. Tidak boleh tidak kerana rotan akan hinggap di punggung kalau ingkar. Tetapi, saya tetap katik kerana saya kadangkala ingkar dalam diam. nGa.


Seronok jadi kanak2 kan? Semasa kanak2 dahulu, saya suka memakai 5 pakaian. Tidak boleh kotor sedikit. Mesti hendak tukar walaupun hanya terkena setitis tumpahan air sirap atau kicap Jalen. Kemudian, hanya tahu bermain sebelum tuisyen secara rasmi di waktu malam. Cikgunya Ayah saya yang sentiasa bersedia dengan rotan. Saya masih ingat lagi dengan buku latihan KBSR yang sentiasa teradvance satu tahun. Dirotan kalau terlalu nakal adalah perkara biasa. Kalau jatuh dari basikal pun kena rotan juga. Tertiarap atas tanah atau rumput kerana bermain bola lisut pun akan kena marah juga. Apa lagi kalau lukanya sangat besar. Balik ke rumah dengan seluar yang koyak di lutut atau siku yang berdarah juga akan dirotan. Dahi berdarah? Lagilah kena rotan. akan kena denda tidak boleh masuk ke dalam rumah kalau sempat lari dari rotan. Teruk betul.


Saya masih ingat lagi kepala luka dan terpaksa dijahit kerana tempurung kelapa semasa saya darjah 4. Sudahlah rambut nipis ala2 komando. Kesian saya. Memang kena belasah dulu sebelum dihantar ke klinik. Boleh? Siku saya koyak semasa bermain bola di padang sekolah pada waktu rehat di sekolah semasa darjah 5. Terpaksa pergi ke sekolah pakai sweather kerana tidak mahu Ayah nampak. Pandai kan? Pun tetap kena rotan juga kerana pakaian sekolah ada kesan darah. Hehe.


Tangan bersimen selama 3 bulan semasa di tingkatan 2 kerana jatuh tergolek2 di tangga surau sekolah. Terpaksa Omak menempah 5 pasang baju sekolah yang besar lengan kirinya selama tempoh bertangan mutan tersebut. Sampai sekarang tangan kiri saya agak bengkok berhampiran siku. Alhamdulillah sakitnya sudah tidak terasa. Cuma kadang2 kalau terpandang kes patah tangan, ingatan itu akan kembali secara automatik. Dengan spontan juga tangan yang kelihatan sedikit bengkok diusap2 tanpa sakit.


Kaki kiri berbalut selama hampir sebulan. Tulang pergelangan retak kerana turun tangga laju2 di asrama semasa tingkatan 3 gara2 teruja dengan kasut bertali jenama bata ke pallas entah yang baru dibeli oleh Ayah. Seronok! Maklumlah, dah remaja. Mana mahu pakai kasut zip-zap yang ada glow in the dark di tepi kasut lagi? Bengong! Sampai sekarang tulang pergelangan kaki kiri tersembul keluar. Kalau terlanggar kaki meja atau kerusi, atau apa sahaja yang boleh dilanggar, sakitnya MasyaAllah! Mampu membuatkan diri terjerit dan terduduk menahan sakit. Silap2, mahu berair mata menahannya.



Kepala lutut kanan terkalih terkena front-kick semasa mewakili Negeri Sembilan dalam acara Taekwondo dalam kejohaan peringkat kebangsaan 1998. Tak patut betul! Dah tak dapat nak fight back, ditendang pula lutut. Kira kecuaian sendiri jugalah. Defend belah atas sahaja. Leka dengan bahagian bawah badan. Padan muka. Layak untuk menang pingat gangsa sahaja kerana knock-out. Pernah juga terkena tendangan di 'bahagian' yang tidak sepatutnya selama 11 tahun saya melibatkan diri dalam sukan ini. Berguling2 menahan sakit. 2004 saya bersara selepas kejohanan antarabangsa di Sunway. Akur dengan kehebatan peserta dari Filipina yang agak besar dan tinggi saiz badannya. Saya kan katik? Hanya mampu membawa pulang pingat perak. Dan hari tersebut merupakan kali pertama dan terakhir saya memakai contact lens. Takut contact lens! Boleh?


Kemalangan motorsikal ketika seminggu sebelum mengambil keputusan SPM. Belakang badan luka dan calar balar kerana terseret di atas jalan raya. Bahu kiri retak kerana terhentak pada batang pokok yang menghalang saya dan motor jatuh ke dalam parit besar di tepi jalan. Bibir pecah. Batang hidung bengkak. Yang paling teruk, lutut kanan cedera lagi. Kejadian berlaku beberapa hari selepas pulang dari kejohanan peringkat kebangsaan tersebut gara2 bertekak dengan sahabat karib. Puncanya beg kontinjen saya tertinggal. Kali ini kaki di bahagian lutut terpaksa disimen selama hampir 1 bulan kerana tempurung lutut sudah tidak pada kedudukan asalnya lagi. Maka setiap harilah tingkap bilik saya menjadi pintu untuk membolehkan sahabat2 karib saya melepak di bilik setiap malam kerana saya dikenakan perintah berkurung selama tempoh tersebut. Pergi ambil keputusan SPM dengan kaki bertongkat. Mantap!


Luka kerana mangkuk kaca perisa maggi terjatuh dan pecah di kaki kanan selepas sarapan pagi bersama rakan sekolej 13 tahun dulu. Mangkuk perisa maggi bermaksud menu sarapan pagi adalah maggi kari yang tak berapa nak latuppp sebab time tu belum ada perisa latupp. Jadi, sampai sekarang parutnya masih terasa ngilu. Tidak kena marah. Itu pun kerana kejadian berlaku semasa saya di semester 1 Science. Bermakna saya jauh dari keluarga dan juga bukan lagi kategori kanak2. Sudah hampir pitam baru dihantar ke klinik oleh warden homestay dan diiringi konvoi kawan2 sekuliah. Padahal hanya 5 jahitan sahaja yang dikenakan. Siap boleh gelak2 lagi semasa MA sedang menjahit. Konon berlagak dan tunjuk hero. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu kerana menahan sakit jahitan tanpa bius. MC 3 hari kerana demam dan kehilangan banyak darah. Macam2.


Hanya satu sahaja kecederaan sepanjang hidup saya yang tidak akan hilang. Jatuh terlentang dengan belakang kepala terhentak di koridor asrama 16 tahun dahulu. Kecederaan yang membuatkan saya menjadi penghuni Hospital Tawakal selama 2 minggu selepas kejadian. Dan masih lagi perlu dibantu ubat2an sehingga sekarang. Kecederaan yang menjadi penyakit yang saya tidak tahu bila akan hilang. Datang dan pergi. Sampai bila? Saya kurang pasti. Saya tidak tahu. Yang pastinya ia akan menghantui saya sehingga habis nyawa saya di muka bumi ini. Wallahu'alam.


Perenggan terakhir ini saya taip dengan senyuman. Seorang kanak2 yang bijak. Cerdik. Pandai. Hyperaktif. Remaja yang agak nakal. Juga bijak dan pandai. Lasak. Aktif. Happy go lucky. Dewasa yang masih lagi agak aktif. Sedikit kurang bijak. Sedikit hilang wawasan. Sedikit hilang keyakinan dan kepercayaan diri. Hampir pasrah dengan ketentuan hidup. Masih lagi seorang yang kadang2 memakai 5 pakaian dalam satu hari. Masih lagi kadangkala Happy go lucky tak kena tempat. Masih lagi hantu kicap. Masih penuh dengan kasih sayang. Masih mencari2 hala tuju hidup. Masih mengharapkan keajaiban. Masih mengimpikan 9-1-6 menjadi sebuah kondo yang akan bergema dengan alunan grand piano. Masih mengharapkan KFC walaupun hanya roti setiap hari dan kadangkala nasi. Hehe.


Salam rindu dan sayang selalu. Terima kasih sayang. =)









2 comments:

Chybee said...

hahaha...banyaknye blog. bukan main byk lagi nk cerita tu. heee

Alang AD said...

Tu la pasal nye.. Kikikik...

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)