It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Saturday, May 21, 2011

--==[[ Life Is Wonderful!~ ]]==--

--==[[ Penghulu Pesaka Luak Gemencheh. Picture has been kidnaped from the owner's (Penghulu Pesaka) Facebook...My PakBusu Dato' Orang Kaya Setiawan Hj. Badarudin Hj. Dahalan ]]==--






Assalammualaikum warahmatullah Sahabat...
Apa khabar semua? Doa dan harapan semoga sihat sejahtera hendaknya di samping apa jua aktiviti dan tugasan harian sahabat semua di luar sana.


Agak lama saya tidak meng-update entry baru. Hanya copy-paste kan sahaja entry dari blog saya yang lain. Ada juga saya tukar tarikh entry saya yang lama untuk meletakkannya di muka depan. Dulu, muda2, saya suka mengarang dalam bahasa Inggeris.


Bukan kerana saya hebat berbahasa penjajah, tetapi, bagi saya, kalau mengarang dalam bahasa Inggeris, ayatnya lebih mudah dan straight to the point. Lagi pula, takkan nak taip dalam bahasa Sepanyol pula? Sumpah sepatah haram saya tak tau.


Saya juga bukan seorang yang pandai berpuitis. Apalagi membuat sajak atau syair untuk dilagukan ala2 zaman Merong Mahawangsa gitu. Kan? Kalau dalam bahasa Inggeris, kurang sikit nampak jiwang karat meleleh2nya. Itupun ada yang buleh touching juga kalau dibaca semula.


Berada di kampung halaman adalah merupakan hari2 yang istimewa buat saya. Habiskan masa bersama keluarga. Melepak2 depan televisyen menonton kartun bersama Nabyla dan Natasya juga ada sikit istimewa. Konon sajalah. Padahal boleh jadi saru kepala dengan kartun yang entah apa2 entah."Kakak nak tengok ni... Adk nak tengok ni...." Ayat paling biasa didengar kalau jari saya gatal menekan butang2 nombor channel pada remote. Mahu tidak, terpaksa pasrah menonton kartun.


Bangun seawal pagi. Membantu apa2 yang patut di waktu pagi. Dengan kelam kabut persiapan anak2 saudara, Nabyla dan natasya yang akan ke sekolah setiap pagi. Hantar mereka ke sekolah masing2 kalau rajin. Menyibuk semasa Omak menjadi chef paling agung di dapur. Menjenguk bilik tidur yang dah lama ditinggalkan sepi.


Petang, melayan kerenah Nabyla dan Natasya yang sentiasa bertanyakan macam2 tentang apa sahaja yang mereka ingin tahu. Menonton tv bersama mereka. Macam biasa, terpaksa mengalah dengan channel2 kegemaran mereka. Kadang2 mereka pula mengalah menonton channel2 kegemaran saya. 411, 412, 413, 551, 552, 553, 554, 555. 701, 703. Remote memang sentiasa di tangan kecuali kalau Omak yang on tv dahulu. Hehe.


Malam, maghrib bersama2. Makan malam bersama2. Menonton tv bersama2. Monopoli tv kalau saya dan Ayah yang ada depan tv selepas Nabyla dan Natasya masuk ke bilik untuk tidur. Opkos Ayah join together kalau ada cerita2 menarik di tv. Omak akan terpaksa mengalah dengan channel2 kegemaran anak bujang tuanya yang satu ni. Hehe. Dan apabila semua ahli keluarga masuk tidur, saya masih lagi mengadap tv. Menonton apa sahaja yang menarik sehingga mata betul2 mahu lena.


Di kampung, saya tidak tidur di dalam bilik. Saya lebih suka tidur di atas sofa di ruang tamu. Opkos lah depan tv kan? Saya tidak betah tidur di bilik saya sendiri kerana rasa kurang selesa sementelah jarang pulang ke kampung. Lagi pula, kiri dan kanan bilik saya ada dua lagi bilik kosong dan jauh dari dua lagi bilik yang menjadi tempat peraduan Omak Ayah dan Nabyla Natasya. Kira ala2 'segan' la lebih kurang. Paham2 sudah. :p


Itulah rutin seharian saya di kampung halaman saya iaitu Kampung Pulau/Air Rawa, Gemencheh Lama yang menjadi perkampungan suku Biduanda. Suku paling utama dalam salasilah adat Perpatih Negeri Sembilan. Dan rumah saya merupakan 'rumah tapak' atau ayat mudah fahamnya tanah yang mula2 sekali dibuka oleh keturunan Bangsawan Luak Kecil bumi Gemencheh. Itu yang saya tahulah. Kalau ada salah silap, boleh dibetulkan. Apa yang pasti, asal keturunan saya adalah Biduanda bumi Gemencheh.


30 tahun lalu, masih ada tanah2 sawah dan sungai2 yang cantik. Sekarang, kebanyakan tanah2 tersebut sudah menjadi ladang2 sawit dan getah yang diusahakan bersama di bawah rancangan Risda. Termasuk tanah2 waris dan pusaka milik keluarga saya selepas arwah Datuk dan Nenek meninggal. Sungai2 juga sudah menjadi parit atau sudah kering setelah Empangan Gemencheh dibina di hujung kampung. Sungai2 tempat saya dan adik beradik mandi semasa kecil dulu pun sudah tiada lagi. Kering kontang dan semak samun tanpa dibela.


Sekarang juga sudah banyak rumah2 pusaka yang telah diruntuhkan dan dibina semula menjadi rumah2 batu atau banglo oleh anak2 waris Kg.Pulau yang juga menjadi saudara mara terdekat saya. Pendek kata, pergilah celah mana sekalipun, berjumpalah dengan siapa pun di bumi Gemencheh, semua kenal tanpa kecuali. Andai kata sahabat terjejak ke bumi Gemencheh, sebut sahaja Imam Dahalan, arwah datuk saya yang telah meninggal 18 tahun lalu. Maka akan sampailah sahabat ke rumah saya.


Tiada sebarang gambar yang sempat saya sertakan di entry ini. InsyaAllah, nanti bila ada kelapangan, akan saya update apa2 gambar yang ada dalam simpanan pc saya ini. Sekian dulu sahabat, semoga ketemu lagi nanti.


Assalammualaikum warahmatullah... Salam rindu dan sayang selalu... :)







No comments:

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)