Assalammualaikum warahmatullah sahabat.. Apa khabar semua? Doa dan harapan semoga semua sahabat sihat sejahtera hendaknya walau di samping apa juga rutin harian sahabat. Macamana persiapan sambut ramadhan? Semoga bersedia lah semua hendaknya ya.
Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk saya kongsikan di sini. Cuma tiba2 terasa nak mengarang. Rata2 sahabat blogger update entry tentang kedatangan Ramadhan. Ucapan sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak sesaja di mana2 blog pun. Terasa nak buat macam tu juga tadi. Tapi tiada idea untuk memulakan ayat Ramadhan. Jadi, abaikan sajalah ya. Kalau saya terus masuk Ramadhan boleh? Hehe.
Hari ni saya di Ruvena Villa. Sepanjang minggu lepas saya di kampung halaman. Lama betul cuti2 bersama keluarga. Ada rasa sikit tak puas. Tapi, tuntutan di sini memerlukan saya pulang. Hari ni juga baru ada terasa macam berehat2 selepas 2 hari hidup di dalam kenderaan2. Boleh?
Jujur, saya tidak sabar menunggu ketibaan Ramadhan. Kenapa? Tak perlulah tanya. Memang tiap Ramadhan saya akan rasa begitu. Biasanya, saya akan mengaji setiap malam Ramadhan. Selalunya lepas Asar bawa ke Maghrib. Sambung semula selepas Isyak sampai tengah malam. Selagi mata belum mengantuk. Biasanya saya akan naik syeh kalau mengaji. Bukan nak meninggi diri atau apa. Cuma, itulah saya sebenarnya. Memang akan jadi begitu kalau mengaji walau bukan Ramadhan sekalipun.
Tarawikh? Rasanya dah bertahun tak buat. Stetmen yang sangat jujur ni. Ish. Tak boleh nak ingat dah bila kali terakhir solat tarawikh. Rasanya 10 tahun lepas ada. Semasa tahun2 bergelar seorang siswa dahulu. Lama betul. Ada juga Ayah mengajak ke masjid untuk bertarawikh bersama bila kala pulang ke kampung. Tapi, entah kenapa sangat liat untuk ke masjid. Di Ruvena Villa ni bukan jauh sangat untuk tarawikh jemaah, surau tak sampai 10 langkah dari tangga rumah. Tetap liat juga. Parah!
Pasar Ramadhan? Setiap tahun juga hanya 2 3 kali menjejak kaki ke mana2 pesta makanan yang saya teringin nak jejak. Biasanya juga, saya akan pergi jika berteman. Biasanya dengan dia. Bukan kerana saya rajin memasak atau apa, cuma, saya tidak tahu apa yang hendak dibeli. Lagi pula, saya malas nak menjadi model yang dah memang terang2 bukan model. Sebab apa saya kata model? Sebab saya akan berjalan sepanjang gerai2 yang pelbagai sambil pandang kiri kanan tanpa tahu apa menu yang sesuai. Kalau ada seratus gerai, maka akan jadi model lah sepanjang jalan.
Pernah juga saya catwalk sepanjang pesta makanan tanpa membeli apa2. Sudahnya, saya pulang ke rumah, buat milo panas. Kalau ada apa2 bahan yang boleh dimasak, saya akan masak mengikut selera saya. Pernah juga berbuka puasa dengan air sejuk dan biskut atau roti. Saya akan betul2 melangkah ke pasar Ramadhan apabila saya teringin untuk menjamah makanan pelik2 yang jarang ada ketika bukan Ramadhan. Paling tidak pun, saya akan membeli karipap sardin. Lainlah pula kalau berteman. RM50 pun tidak akan cukup untuk membeli. Boros kan?
Biasanya, saya akan lebih suka untuk berbuka puasa di mana2 tempat daripada melangkah ke pasar Ramadhan. Bukan kerana saya sangat kaya untuk bersenang lenang menghabiskan duit. Tapi, jujur juga saya katakan, kadang kala perlu juga berhuha huha dan mengadu domba dengan sahabat2 daripada mati kutu berbuka seorang diri di rumah. Kalau dulu, masa ada Kucing2, ada jugalah teman nak berlawan makan. Ada juga teman bercakap2 walaupun bercakap dengan kucing! Ish ....
Sahur? Saya memang seorang yang sangat rajin untuk bangun sahur. Kecuali hari pertamalah. Haha! Sebab, liat bangun tidur adalah salah satu kelemahan yang sangat payah untuk diubah. Jahilnya rasa. Malam sebelum bermulanya hari pertama puasa, saya akan telefon dan pesan kepada semua orang2 terdekat saya. Bila masuk hari ke dua, ketiga, dan seterusnya, saya akan jadi lebih alert kerana saya tahu kemampuan saya untuk menahan lapar dan dahaga. Sebab? Malas nak cerita.
Biasanya, saya akan bersahur sambil menonton tv. Tadarus al-Quran yang akan jadi pilihan utama sementara menunggu waktu azan subuh. Ada juga kalau tiba2 rajin, saya akan mengaji selepas subuh. 30% mengaji. 70% tidur semula sebelum bangun untuk bersiap2 pergi kerja. Hehe. Normal lah tu kan? Walau apa pun, lambat atau cepat, saya tetap akan bangun sahur. Lagi 5 minit nak azan pun saya tetap akan bangun.
Esok, kalau ada masa yang terluang, saya akan pindahkan peristiwa Ramadhan saya di fotopages ke sini. Tiap kali Ramadhan saya akan taip ayat yang sama. Tapi, tak pernah satu pun dipindahkan lagi. Akeke... Cadangnya begitulah. Update peristiwa dan menu 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Mana yang ada di fotopages, saya akan kopipes sahaja. Yang tiada, akan saya update apa yang berlaku pada Ramadhan tahun ni. Kalau ada sapa2 yang dah baca, silalah baca lagi sekali kalau rasa karangan saya tak poyo. Huehue...
Sekian dulu wahai sahabat seantero dunia. Saya doakan Ramadhan kali ini akan lebih bermakna kepada semua. Selamat beribadah. Semoga dosa diampunkan. Semoga sejahtera hendaknya. InsyaAllah.
- Air dah ada semula selepas pemotongan bekalan air pukal daripada pihak Syabas. Alhamdulillah.
- Ada sapa2 nak ajak saya buka puasa sama2 tak? Hue hue... Sila booking saya dulu ya. Sebab saya suka buat2 bz.. Miahahahah!
- Bila la nak berbuka berdua2an di rumah agaknya nih... =P~
- Baiklah. Nak sambung tidur. Letih 2 hari tak hilang2 lagi.
- Assalammualaikum warahmatullah...
- Salam rindu dan sayang selalu...
No comments:
Post a Comment