It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Thursday, September 26, 2013

Speechless

Assalammualaikum Warahmatullah. Salam Sejahtera.


Sekian lama blog ini terabai. Bukan malas atau sengaja. Tetapi tidak punyta kelapangan yang sesuai untuk mengarang atau berkongsi buah akal bersama sahabat semua.


7.15pg, 20hb September 2013, Jumaat bersamaan 14 Zulkaedah 1434 hijrah, panggilan diterima daripada Bonda Tercinta, Hjh Mahayani Hj. Dahalan yang mengatakan kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga yang sangat disanjung dan disayangi. Arwah Ateh, pakcik yang paling rapat, yang kadangkala saya panggil Ayah, Hj Abdul Talib B. Ismail telah kembali ke rahmatullah dengan membawa segala amalan indahnya sehinga ke liang lahad. 


Wajah arwah yang tidak pernah lekang dengan senyuman semasa hayatnya kekal sehingga arwah dikafan dan disemadikan. Wangian yang semerbak mengiringi jenazah bersama ahli keluarga rapat yang terlibat dalam pengurusan jenazah dari saat arwah terbujur kaku di ruang tamu anak sulungnya, Abang Atan sehingga ke tanah perkuburan Kota Damansara tempat persemadian abadinya.


Sesungguhnya saya masih lagi berasa sedih dengan kehilangan arwah. "Ateh ghaso, tahun ni rayo torakhir Ateh ni...Datang la rayo samo Ateh.. Esok kok monyosa tak sompek jumpo...." Masih terngiang kata2 arwah di telefon ketika Syawal yang lalu. Saya tidak sempat menziarahi atau beraya bersama arwah. Hanya menelefon bertanyakan khabar berita kedua2nya.


Apa yang tergambar di waktu pengurusan jenazah arwah adalah merupakan sesuatu yang paling indah pada semua yang ada. Solat jenazah telah disempurnakan oleh hampir kesemua jemaah di Masjid Al-Hidayah yang hadir selepas menunaikan solat Jumaat pada hari yang sama.


Doa dan harapan semoga roh Allahyarham Ateh tenang di sana dan rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan soleh. Tiada kata yang dapat Ad ucapkan selain doa dan hadiah Yassin serta Al-Fatihah dan bacaan ayat2 suci Al-Quran untuk Ateh. Maafkan Ad kerana tidak sempat tunaikan permintaan Ateh untuk kenalkan bakal menantu yang tidak pernah wujud. Maafkan juga Ad tak sempat ziarah Ateh seperti yang telah dijanjikan dua hari sebelum pemergian Ateh... :(


Al-Fatihah...
Takziah juga kepada abang2 dan kakak2 sepupu saya serta seluruh ahli keluarga.
Salam Sayang Dan Rindu Selalu.. Ad.. :(


Solat Jenazah Arwah Ateh Di Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya, Selangor.



1 comment:

Sue said...

Al-Fatihah buat Ateh~

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)