•Yang Anda sukai: Ornamen cantik, mainan lucu, suasana romantis dan nyala lilin.
•Yang tidak Anda sukai: Game komputer yang keras, gulat, mode tahun lalu, dan sendirian
•Kemampuan terbaik Anda: Menyelesaikan masalah antar teman, selalu berusaha melihat kedua sisi cerita, dan berada diantara teman dan hal-hal indah.
•Diri Anda yang dalam: Anda ingin mencari pasangan jiwa Anda. Orang yang akan membuat Anda melayang dan mengendarai kuda bersama menuju matahari terbenam. Cinta dan hubungan adalah hal yang sangat berarti untuk Anda.
•Karir Anda: Sesuai dengan pribadi Anda yang mengasihi, pilihlah ilmu kedokteran hewan, mengajar, atau pengobatan.
•Busana: Anda suka baju yang bernuansa seksi dan feminin. Anda suka baju yang berenda dan berbunga-bunga tetapi Anda tidak akan mengenakannya kalau baju itu tidak sedang mode. Anda tampak cantik dalam berbagai warna, baik dari merah cerah ke warna-warna lembut pastel. Anda lebih menyukai perhiasan yang berbeda. Anda tidak akan pernah menyukai tiara!
•Sebagai seorang teman: Anda akan mencoba sejauh mungkin untuk menghindari pertengkaran, dan sangat membenci pecahnya persahabatan. Teman Anda menemukan bahwa anda orang yang menarik dan objektif, tetapi mereka akan frustasi ketika Anda tidak dapat memutuskan. Tetapi sebagian besar menerima anda sebagai orang yang baik dan dapat dipercaya.
Maleh nak komen apo2.
Baco yo dah. Sok2 la la baco balik.
Kopipes sobab nak baco balik yo nih .. heuheue
Nak poie kodai lak. Lapa. Nak boli baghang main masak2.
Gaso cam nak masak ayam halio.
Pehtu kang nak sobat jr. yg tongah histeria.. abih sumo bondo dijatuh-an eh.. gRr..
Okek!~
Lagu kek bawah nih banyak konangan eh kek den .. jaman kinchi .. hukhuk ..
Tadi saya singgah beli makanan di gerai depan pagar apartment saya. Kali terakhir saya membeli makanan di situ adalah pada bulan puasa tahun lepas. Makanan yang dijual setahun yang lepas adalah seperti nasi putih dan beraneka jenis lauk pauk. Saya pernah beberapa kali membeli nasi nasi campur di situ. Agak sedap lah juga. Ikan yang dimasak gulai pula telah digoreng terlebih dahulu. Mungkin untuk mengelakkan gulai cepat basi. Maklum lah kan? Bulan puasa.
Itu kisah lebih kurang satahun yang lalu. Sebenarnya, sudah agak lama saya teringin untuk merasa masakan kakak yang berniaga itu lagi. Boleh dikatakan kesemua jenis masakan yang dijual semuanya sedap. Jadi, tadi saya singgah lagi. Tapi, kali ini agak mengecewakan. Nasi putih tiada, lauk pauk juga sudah tinggal baki2 sahaja. Tidak mengapalah. Mungkin kerana saya terlambat. Dengan rasa yang agak kecewa, saya hanya membeli nasi kerabu dengan lauk ayam masak merah.
Ah.. Bukan ini tujuan sebenar saya menaip entry ini. Apa yang ingin saya perkatakan adalah sesuatu yang agak pelik. Pelik? Aneh? Mungkin tidak. Tapi, saya rasa sangat tidak berpuas hati dengan perlakuan kakak peniaga tersebut. Sebab? Kerana dia tiba2 menjadi warga 'klate'. Kenapa saya tidak puas hati? Sebab, kali pertama saya membeli makanan di situ, saya mengambil lauk ayam masak lemak cili api. Masakan paling popular di kalangan orang N9. Saya yang jenis peramah pernah bertanya dengan kakak yang menjual tu sekiranya dia orang N9. Dia menjawab tidak, dia orang Perak. Saya terus pulang untuk berbuka puasa pada hari tersebut.
Kali kedua, saya beli lauk asam pedas ikan kembung. Sebelum tu, saya sempat memuji masakan masak lemak yang saya pernah beli. Saya bukanlah seorang yang gemar masakan ikan yang berkuah. Saya beli pun sebab ikannya digoreng terlebih dahulu. Dan kuah asam pedas itu pun agak pekat. Malah, saya bukanlah seorang yang suka masakan asam pedas. Saya hanya akan ambil lauk asam pedas di mana2 kedai sekalipun, sekiranya kuahnya pekat dan sangat2 merah. Dengan spontan, kakak penjual tu kata suami dia orang Melaka. Dia belajar memasak asam pedas dari mertua dia kerana suami dia suka asam pedas. Normal lah bagi orang Melaka. Betul?
Tiba2 pula tadi kakak tu jadi warga 'klate'. Dan2 itu pula dia fasih bertutur dalam loghat Kelantan. Sebelum ni tidak pula? Nak kata saya salah orang, tidak mungkin! Kerana saya cam anak dia yang membantu di gerai. Dan saya juga cam muka kakak penjual tersebut. Apatah lagi kereta yang digunakan juga adalah kereta yang sama seperti setahun yang lalu. Dalam hati saya berkata, sejak bila pula kakak ni jadi orang Kelantan? Ketika itu jugalah fikiran saya terdetik, kalau belum minta makanan tadi, memang saya dah pergi beli makanan di tempat lain.
Bukan kerana kakak penjual itu orang Kelantan. Tapi, kerana dia tiba2 'bertukar' jadi orang Kelantan. Dan tiba2 dia bercakap2 dalam longhat Kelantan. Apa baiknya? Sebelum ni elok sahaja bercakap macam biasa. Oleh kerana dia menjual nasi kerabu, sebab tu dia jadi orang 'klate'? Gitu? Bukan sekali dua saya mendengar orang menggunakan loghat Kelantan ketika bercakap! Jiran saya di rumah bujang bawah ni pun orang Kelantan. Jelas telinga saya menangkap butir perkataan yang sengaja dibuat2, diubah menjadi seperti loghat Kelantan.
Jujur, makanan yang saya beli tadi, nasi kerabu dan lauk ayam sambal tidak habis pun saya jamah. Entah? Rasa jelek pula. lagi pulak, nasik kerabu dia tidak menjadi. Dan budu yang digunakan agak hanyir. Tidak seperti nasi kerabu yang pernah saya beli sebelum ni di tempat lain. Saya hanya ratah ayam sampai habis. 3 per 4 nasi saya buang kan sahaja. Kerana selera saya tidak boleh terima. Sangat tidak sedap!
Biarlah saya tidak kenyang sekali pun. Yang penting, saya tidak makan makanan yang saya beli daripada orang yang saya fikir dia menipu. Buat apa nak berpura2? Pada saya, tidak perlu nak jadi orang lain semata2 kerana mahu tarik pelanggan. Pertama, dia orang Perak. Baik! Saya boleh terima jawapan dia dengan telo orang Perak. Kali kedua, dia orang Melaka. Baik! Saya terima jawapan dia dengan telo orang Melaka. Kali ini dia tiba2 jadi orang Kelantan. Maaf! Saya tidak boleh terima jawapan dia dengan telo orang Kelantan yang sengaja dibuat2. Ceh!
Saya mohon maaf juga sekiranya ada antara sahabat yang merupakan orang Kelantan. Bukan saya mengutuk orang Kelantan. Tapi, saya tidak boleh terima dengan siapa2 sahaja yang tiba2 menjadi orang lain, sedangkan dia tidak. Saya tidak akan pergi lagi membeli di gerai tersebut. Kali ini dia tiba2 jadi orang Kelantan. Esok? Lusa? Tahun depan kalau saya pergi lagi, tiba2 dia jadi orang Sabah pula. Tak pun, tiba2 jadi orang N9 dengan lidah yang bukan orang N9. Cet! Tak kuasa la!
Laie skali den mintak maap kek sepo2 oghang klate yang baco entry ni.
Den tak kutk oghang klate. Tapi, den tak pueh ati ngan akak yang jua tu. Tu yo. Takdo sobab lain.
Lagu kek bawah ni den jumpo kek yu-tiub. Cam tokono lak. Miakaka! Sobona eh den nak caghik lagu apo kono ee jang. Tojumpo lak nang ni. Hueheuhue!~
Cubo la donga lagu kek bawah ni sampai abih. Den pun tak ponah tau pon lagu ni. KohKoh!~ Komen2 kek yu-tiub tu pon sumo eh loghat den yo. Huehuee!~
Lain kali den takkan poie laie la boli makanan kek situ. Patah boto solegho den tadi. Ampo moghaso..Kabu moghano. Poie ombush pulang ongap yo la jawab eh. Cueh!
Punyo la tak nyompek2 boli ditu kan...ampeh yo.. isk!~
Oke la. Layan yo la lagu kek bawah ni eh! Osah poning eh! Ahak!!~
Arr .. sapa2 yang tak paham ayat dlm loghat N9 ni mintak maap la ye! Hueheuhue!~
Akak yang jual tu tak pasan saya agaknya. Dulu, saya botak. Sekarang dah ada rambut. Panjang lak tu. Ahak!~
Mahu update. Tapi macam letih sangat pula. Mengantuk. Lemau. Hujan. Sejuk pula. Rasa macam hendak tidur. Mata kuyu semacam. Tidur.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ni sambung mengarut Jam 9 Lebih.... ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam tadi, semasa makan di Tomburi dapat sms dari Omak. Kata ada orang buat sekian2 report ke atas Ayah. Terus bayar makan. Bungkus ikan masak pedas. Balik. Telefon Omak dan Ayah. Tanya perkara sebenar yang berlaku. Ayah kata di Tampin. Sedang tanya kes dengan pegawai yang bertanggungjawab. Belum habis bercakap, panggilan putus.
Restoran Tomburi
Tunggu panggilan semula daripada Ayah dan Omak. Risau. Runsing. Susah hati. Tertanya2 apa yang sebenarnya berlaku. Buat apa pun tak betul. Duduk salah. Baring pun salah. Ngadap PC pun tiada mood. Hampir tengah malam, Ayah telefon semula. Katanya dah sampai di rumah. Alhamdulillah. Maksud, tiada apa yang buruk berlaku.
Menu Saya Semalam
Pagi tadi, bangun tidur hampir jam 7 pagi. Sangat liat untuk bergerak dari tempat tidur. Golek2 lagi. Tarik selimut sampai ke leher. Tunggu snooze lagi 10 minit. Tapi, belum pun sampai 10 minit, Omak telefon. Katanya di Gedok. Ada masalah dengan pekerja Ayah. Pekerja? Entah? Sub-contractor. Lebih kurang begitulah kata Omak. Orang tu ambil barang2 kerja di ladang. Ambil lori. Bla2... Bla2... Kurang faham pun ada juga.
Suruh Omak telefon Pian. Beritahu apa yang berlaku. Suruh Pian datang ke tempat kejadian. Duduk sekejap. Tertidur semula. Haha! Apa yang liat sangat Agaknya. Sejam kemudian dapat panggilan lagi. Kali ini dari mem. Beritahu dia mahu pergi Seremban. Ada hal penting. Omak Ayah akan ada di Seremban jam 11 pagi.
Tengok jam. Ah! Dah lewat! Bangun. Mandi2. Siap2. Keluar. Mem call lagi. Minta dia tunggu di stesyen petronas Bangi untuk ikut saya ke Seremban. Dalam 10.30 sampai Bangi, keluarkan duit, isi minyak. Terus gerak ke Seremban. Kira tidak kerjalah! Ahak!~ Hampir 11pagi sampai ke Seremban. Terus ke tempat yang diberitahu oleh Ayah. Kami sampai dulu. Kebetulan ada bawa kamera. Ingat nak ambil gambar. Tapi, ditegur pula oleh pak guard. Tidak boleh katanya. Dilarang. Arahan pihak berkuasa. Ambil gambar pun tak boleh? Ceh!
Berbual2 sekejap dengan pak guard. Dia tanya ada apa hal. Bla..bla..bla.. Dia suruh lapor diri di pondok guard. Tanya dia pasal kafeteria yang macam tiada orang. Katanya dah 6 tahun tutup. Boleh? Kafe tutup? Sangat tidak sesuai jawapan tersebut. Huh! Pergi ke guard post, tulis nama ic semua bagai, nampak kereta Honda ayah sampai. Terus ke kereta. Salam2. Cium2.
Masa snap gamba ni, dua2 dah pusing lakang lak.. Ekeke...
Jelas garis risau pada riak wajah Ayah. Hmm .. Diam. Tasya dan Bila pun ada sama. Masih berpakaian sekolah. Comel. Sempat main nyorok2 di belakang kereta dengan Tasya di dalam kereta. Hilang sekejap rasa susah hati. Kunci pintu kereta, terus masuk ke dalam bangunan. Ayah terus melangkah ke bilik pegawai penyiasat dengan dokumen2 penting yang Ayah bawa. Kami semua tunggu di luar.
Tempat Menunggu Yang Busan. Cis!! Tong Sampah Pon Tadak!!!
Agak lama juga Ayah di dalam. Tadi, sebelum Ayah masuk, saya kata nak ikut masuk sama, Ayah tak bagi pula. Duduk lah kami di tempat menunggu. Sabar. Sambil baca Berita Harian yang di kidnap dari kereta Ayah. Sambil melayan kerenah Tasya dan Bila. Sambil berbual2 dengan Omak. Omak masih lagi menceritakan hal yang berlaku pagi tadi. Mujur Pian ada di sana. Semuanya dah selesai kata Omak.
Kakak Yang Sangat Hepi Dapat Makan! Huehue!~
Menjelang jam 1 tengahari, Ayah keluar dari bilik siasat. Ceh! Macam besar sangat je kesnya. Huehue... Padahal, Ayah dipanggil untuk membantu siasatan sahaja. Tidak mengapalah. Sekurang2 nya boleh menenangkan Omak yang sangat susah hati. Selesai. Berbual2 seketika dengan 3 orang pegawai. Tanya status kes. Bla2... Bla2...
Adik Buat Muka Tak Berasalah Amek Peha Ayam Saya.. nGe!~
Ajak Ayah pergi makan. Buat2 macam tiada apa yang berlaku. Kata Ayah, makan di rumah kakngah. Omak pula tidak mahu. Katanya nanti menyusahkan Kakngah yang sarat. Hmm .. Sudah nya Ayah kata makan di kedai yang dekat dengan rumah Kakngah. Lepas tu nanti terus ke rumah Kakngah. Alang2 dah sampai, takkan tak singgah kan?
Omak ...
Dalam perjalanan ke tempat makan, dapat pula panggilan. Jadinya, dengan pantas ambil makanan. Makan2. Bayar. Singgah sekejap di rumah Kakngah. Salam2. Terus balik. Ayah pun kena balik awal ke Gemencheh, ada temujanji dengan doktor. Lupa pula! Semasa di tempat menunggu tadi, Omak tunjukkan kad rawatan Ayah. Belek2 rekod perubatan ayah. Erm... Ayah baru sahaja di diagnosis mengidap DMII. :(
Ayah ...
Gedebak! Gedebuk! Terus ke tempat kerja. Pergi tengok2 apa yang patut. Ke Kajang pula untuk hantar mem ke pejabat. Tunggu sekejap. Gerak ke Bangi untuk mengambil kereta. Singgah gerai cendol, dapat sms daripada Uj dan As mengajak ke FishBurn. Ah! Letih. Tak larat nak ke KJ mengambil As, kemudian ambil Atung, lepas tu nak ke Langat pula. Maaf ye sahabat2 yang dikasihi. Saya memang betul2 rasa malas untuk memandu kereta lagi. Huhu...
Ini Ialah Cendol. Sekian. Terima kasih. nGe!~
Sodih bona ati den ghaso eh.
Apo la masalah oghang tu buek Ayah den macam ni.
Pado den, Ayah punyo gisau buleh tahan lagie. Tingat muko Omak, toghuih yo gaso sodih tu datang. =(
Njin.. timo kasih tomankan tadi. Takdo la den gisau soghang2. Timo kasih gak la boponek mandu keto poie balik Somban tadi ek. Sian.. sampai poning2. Den nak mandu ekau tak bagi lak. Tapi.. lopeh tu den bawak lak kan? Hueheuhe.. Suko Omak tadi kan? Gindu bona Omak ngan kito. Huehue.. Den sayang ekau sampai mati...
Cendol tadi memang sodap ah! Takdo nyaing. Sodap nak mampuih. Tapi tak la sampai mampuih kan.. Hekhek!~
nGaaa.. Lagu kali ni den dediket untuk Ayah. Dulu, maso kocik2, Ayah solalu nyanyi an lagu ni kalo den adik badik nak tido. Kalo tak nyanyi pun, Ayah akan suh donga dio main lagu ni kek piano maso kocik dulu.... Sampai sokaghang den ingat lagu ni. Pehtu, kalo donga..nyanyi.. tibo2 yo cam sobak2 toingat jaman kocik2. sOb!~ sOb!~
Mem pun dah muak donga den nyanyi lagu nih.. Agagaga!~
Aghap2 Ayah dah oke. Tak gisau2 laie cam tadi. Omak pun.. den aghap tak susah2 ati dah..bondo dah solosai...
For this time being .. den memang boto2 sodih yang to-amat.. =(