It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, July 14, 2010

No Suprises ...

Ini Cicak. Nama dia Chokush.


Benci la gini.
Rasa macam hendak menaip.
Rasa macam hendak mengarang.
Tapi fikiran kosong.
Sebelum log-in tadi macam banyak sangat yang hendak di karang.
Bila dah ngadap, kosong.
Macam tin kosong yang boleh disepak terajang sampai kemek!

Kan ke bagus kalau2 masa terfikir tadi PC on sendiri.
Ayat2 terus taip sendiri.
Publish sendiri.
Huhu.
Gila.

Rasa macam hendak main belon air saja rasanya.
Boleh?
Lompat2.
Letupkan belon yang tak keluarkan sebarang bunyi.
Buih2.
Bubbles.
Suka!
Gembira!
Macam kanak2 ribena.
Kanak2 yang tak reti untuk fikir masalah sendiri.
Boleh?

Saat.
Minit.
Jam.
Hari.
Minggu.
Bulan.
Tahun.

Alangkah bagusnya kalau boleh kembali ke zaman kanak2.
Bangun pagi.
Mandi.
Sarapan.
Siap2 pakai kasut.
Pergi sekolah.
Buat kerja sekolah depan tv.
Kena rotan sebab tak buat kerja sekolah.
Kena marah sebab lambat tidur.
Makanan dah tersedia ikut waktu.
Sebat je apa yang terhidang atas meja makan.
Tak payah ada pantang larang masa makan.
Tak payah gosok baju sebab pembantu rumah dah buatkan.
Tak payah kemas tempat tidur sebab ada yang kemaskan.
Hanya tau main.
Main.
Main sampai dapat luka.
Makan jajan sampai sakit gigi.

Alangkah bagusnya kalau2 boleh kembali ke zaman remaja.
Tak ada teman.
Tak ada sahabat.
Hanya buku.
Buku.
Dan buku lagi.
Tusyen.
Taekwondo.
Badminton.
Hoki.
Kawad kaki.
Cagu kaki. Hehe.

Alangkah bagusnya kalau2 boleh kembali ke zaman siswa.
Tak payah nak fikir pasal pasangan hidup.
Tak payah fikir masa depan.
Tak payah fikir apa akan berlaku 10 tahun akan datang.
Hanya tau kuliah.
Hanya tau kelas.
Hanya tau tutorial.
Hanya tau kuiz.
Hanya tau exam.
Exam.
Exam.
Boleh mengendeng2 dengan lecturer.
Boleh membuli bila dah jadi senior. Huhu.
Boleh tonjolkan bakat yang ada.
Boleh tunjal2kan dahi junior.
Boleh buli junior cuci tandas dengan berus gigi.
Boleh melepak bila masa free sampai badan berdaki.
Boleh bersidai2 tepi kampus sambil tayang2 gigi.

Alangkah bagusnya....
Hmm...
Alangkah bagusnya kalau boleh sentiasa mengarut macam ni...
Hue hue hue...


  • Bosan!
  • Sakit perut!
  • Lapar!
  • Malas nak gi dapo carik makan!
  • Mengantuk!
  • Tidur.
  • Selamat malam!
  • Tata!









Tuesday, July 13, 2010

--==[[ How Much It Hurts!!~ ]]==--

Have you ever woken up crying? Have you ever dreamed of how it felt when you're flying? Do you catch yourself feeling like you can't control who you are? When the days are long and the weekends are short, the dreams are bad and the mind is unaware, you find yourself waking up sleeping. Dreaming of dreaming making your life last for as long as you can?

Do you think about tomorrow and all of the sorrow that night might bring? Do you remember when it didn't matter? When the world was clean, and the air was cool have you ever woken up crying?

Ah .. Ngarut. Aaarr.. Tak tau nak taip apa dah. Dah lama tak mimpi buruk macam nih. Kenapa eh? Dan kenapa pulak ada bunyi burung meriah2 kat bawah nun? Aih! Nak tido balik dah tak boleh pula! Nak keluar time2 macam ni lagi la mengarut! Woh!!!

Mata kiri ni asik gerak2 saja sejak Khamis ituari. Pejadah entah? Orang kata, kalau mata kiri gerak2, maksud, nak menangis. Is that true? Ahh.. Ridiculous!!! Ni pun masih gerak2 lagi. Cocok juga mata ni karang! Haih!

Tadi, lebih kurang 3 jam yang lalu, termuntah2. Acute gastric agaknya. Tak alih2 pula rasa mual semacam. Jenuh menahan. Buat apa pun tak kena. Sudahnya muntah juga. Sakit betul dada rasanya.

Baring. Layan House sampai terlelap. Jam berapa terlelapnya tak perasan pula. Tau2 je terjaga sebab mimpi mengarut nih. Nak mengarang mimpi tadi macam malas lah pula. Let it be sajalah.

  • Ahh.. Nak mandi2. Then, cuba sambung tidur.
  • Rasa macam nak congkel je biji mata nih.
  • Macaam ada cacing je bawah kelopak mata. Ish ..
  • Ayu, call me early in the morning esok. Hati rasa kurang bagus. Hmm .. Teringat kejadian pagi tadi.
  • Sangat sedih. Hmm ..
  • A song from House ... =)




Wednesday, July 07, 2010

--==[[ Flying Without Wings!~ ]]==--

Assalammualaikum warahmatullah sahabat ...
Lama betul tak update blog nih. Apa khabar semua? Doa dan harapan agar sahabat semua sihat wal'afiat dan sentiasa bahagia lah hendaknya ya?

Wedding adinda kembar saya yang paling bongsu, baru saja berlangsung di Gemencheh, Negeri Sembilan pada 25, 26 & 27 Jun 2010 yang lalu. Gilek ah! Seminggu berkampung nya! Bz mengalahkan PM rasanya. Tiap2 minggu, selama sebulan, saya ulang alik KL-Gemencheh-KL. Alhamdulillah. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya ni bila pula? Isk.

Malas sudah rasanya mahu fikir tentang jodoh2. Kalau ada, ada lah. Kalau tiada, maka tiada lah. Fokus pada kerjaya pula. Memang niat hati mahu buat majlis sekali dengan adik kembar saya, tak kesampaian pula. Pasrah sajalah. Bukan tiada yang saya berkenan, tapi, pada saya, biarlah orang yang dipilih matang dari segala segi. Mampu menjaga saya sampai ke hari tua. Siapa yang tidak mahukan zuriat? Kan?

Kalau sampai harinya nanti, InsyaAllah akan saya adakan majlis di Club House, hotel, atau mana2 dewan mengikut kemampuan saya. Tak sanggup pula mahu menyusahkan lagi Omak dan Ayah yang bertungkus lumus menjayakan Majlis yang baru saja berlangsung ituari. Tunggu lah harinya nanti. InsyaAllah akan saya jemput semua sekali. Kecil2an pun tidak mengapalah. Asalkan sah dari segi syarak. Betul?

Sebulan sebelum tu, berlangsung juga Mega Gathering Pangkor 2010 anjuran kelab MobileIRC dan Two-P Technology. Selesai sudah penat lelah selama lebih kurang 5 bulan bersama2 AJK2 lain yang turut menjayakan program tersebut. Ini projek saya yang pertama. Walaupun agak banyak juga cacat celanya, banyak juga yang mencabar tahap kesabaran saya. Bukan niat untuk mendabik dada. Maaf cakap lah kiranya ada yang menarik muka. Terima kasih keada semua yang buat kerja.

Hari ini, ada dua peristiwa yang menggembirakan saya. Sangat teruja! Hari Jumaat nanti akan dipanggil lagi. Doa dan harapan saya, semoga saya diterima. Payah pula nak membuat pilihan. Beza nilai dan jarak sahaja. Hmm.. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tiada, cuba lagi di lain hari lah. Apa yang penting, restu dan sokongan daripada Omak Ayah. Dan yang lebih penting, doa dan harapan daripada seseorang yang sentiasa bersama dikala susah dan senang saya.

Kalau diikutkan, agak terlalu banyak plan saya sehingga ke hujung tahun ni. Julai, Ogos, September. Saya mengharapkan satu hadiah yang paling besar dan bermakna pada 1 Oktober nanti. Nilai? Tolak tepi dulu. Yang penting, ada. Selepas itu nanti, akan saya fokus ke lain pula. Rumah? Dah lama ada. Tinggal cuma untuk ubahsuai dan senang didiami hingga ke hari tua.

Terlalu jauh pula angan2 saya. Tidak salah kan? Perlu ada perancangan jika inginkan sesuatu. Tak gitu ke? Berumah tangga dan berkeluarga? Tolak tepi dulu lah. Malas nak fikirkan lagi dah. Muak. Jemu. Menyampah. Tempoh masa pun dah ekspaiyed. Sebelum ni, macam tak sanggup untuk bujang sampai ke tua. Lama2, tidak kisah lah.

Lepas 1 Julai, makin hari makin jelek pula untuk fikir. Biar lantak lah! Takkan nak edarkan borang pula kan? Ada sapa2 yang sudi mengisi kekosongan di sebelah saya sampai tua tak? Ada? Syaratnya hormat, percaya, matang, bertanggungjawab, boleh terima teguran, hormat orang tua, pandai memasak, pandai membuat kerja2 rumah, boleh mengadap pc 24jam, bukan orang yang kontrol remote tv, NO MAIN2. Hehek!

Arr.. Mengantuk lah pula mata nih. Esok2 je la sambung. Tiba2 rasa malas pula untuk menaip. Selamat Malam Sayang.

  • Gambar tak boleh nak upload. Cadang tadi nak upload gambar pengantin.
  • VC pulak tak boleh nak masukkan pula. Line broadband. Tak cukup mantap. Nanti2 saja lah ye? Huhu.
  • nGaaaaa... Nak bela kucing lagi buleh tak eh? nGaaa??
  • Baeklah!~~ Salam Sayang daripada Abang Aidil. Hehek!! =P~







Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)