It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Thursday, February 05, 2009

--==[[ 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' !~ ]]==--

Awie (2/5/2009 12:41:21 PM): Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang


noor_arin1809 (2/5/2009 1:48:27 PM): Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang


Aishun Rafiq (2/5/2009 3:02:31 PM): Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang


maxtor019 (2/5/2009 5:59:46 PM): Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang


bella 85 (2/5/2009 6:08:39 PM): Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang


Wednesday, February 04, 2009

Cancer ...




Assalammualaikum Warahmatullah. Hai. Hello.
Saya masih di Gemencheh, Negeri Sembilan. Hari ni hari ke-5 saya di kampung. Badan semakin sihat. Semakin kuat. Macam tema Milo kegemaran semua rakyat Malaysia. Tadi makan kari ayam masakan Omak. Banyak juga yang masuk ke dalam perut. 3 hari lepas hanya bubur sahaja yang mampu ditelan. Alhamdulillah. Semakin berselera.


Waktu ini, saat ini sedang melayan drama bersiri Indon yang saya tonton pada minggu lepas. Primata Cantik tajuknya. Tidak tahu pula drama ini disiarkan setiap hari atau tidak. Apa yang pasti, keletah Lisa, Ncup, Raka, Nyak, Babe dan watak2 lain mengingatkan saya dengan apa yang berlaku pada hari sebelum saya dibawa pulang ke Gemencheh.


Entahlah. Sebenarnya saya sihat. Sangat2 sihat. Tapi, kadang2, bila sakit datang, beginilah saya. Emosi memang akan terganggu. Hal kecil akan jadi besar. Hal remeh akan jadi penting. Buntu. Payah untuk berfikir. Blur.


Sekarang saya menggunakan Celcom GPRS. Lambat. Nak train RV dan TC pun susah. Tidak mengapalah. Lebih baik daripada tiada. Banyak yang ingin saya luahkan disini. Entah kenapa pula tidak mampu menyusun kata2. Masih blur.


Terima kasih tidak terhingga saya kepada nama2 yang saya nyatakan di bawah:

  • Omak Ayah.
  • Cemey.
  • Uj.
  • Nurul.
  • Bujal.
  • Atung.
  • Dan lain2 rakan yg call dan sms bertanyakan khabar.

*** Ini entry yang ditaip semasa di Gemencheh. Tidak dapat dipublish. Tengok ada dalam draft. Saya publishkan hari ini.







Tuesday, February 03, 2009

--==[[ Khairunisa Nadia!~ ]]==--





Bard Syah: meh send gamba yg rayetuh
Bard Syah: nGaa
dya: ermm gamba raye
dya: yg manee
Bard Syah: yg gamba hp tu ... yg send tu
dya: cehh
Bard Syah: tp takleh bukak
Bard Syah: agaga
dya: betaun punye story
dya: owang dah nek lupe da
dya: cepat ahh
Bard Syah: knp senyum cenggitu
Bard Syah: miakakka
dya: mane la along tau
dya: alang yg wat senyum
dya: ekeke
Bard Syah: kohkohohhh
dya: owang senyum ahh sopan2
dya: wahahaha
Bard Syah: kahkahakha
dya: ni mate pon tak nmpak
dya: ekekek
Bard Syah: tu sopan la tuh
Bard Syah: miakakaa
dya: wahahaha
Bard Syah: ingat lagi cameraman kaklang rani tanye... knp ko tutup mata time amek gamba?
Bard Syah: miakakak
dya: ehehehhe
dya: jawap ahh pasal tak nampak
Bard Syah: kohkohkoh

------------------------------------------------------------------------
Dah nak publish. Tiba2 lak tidak tahu hendak letak lagu apa..huehue...

Bard Syah: huhueue
Bard Syah: along
Bard Syah: bg satu lagu
Bard Syah: apa2 lagu yg along suka
Bard Syah: agaga
Bard Syah: nustan
dya: ermm lagu pe
dya: tamo ah
Bard Syah: bg jek ah
dya: nak lagu BCL tu
dya: lagu aku dan dirimu
Bard Syah: tubukan nustan
Bard Syah: heuheuhe
dya: ermm nustan tatu ah
Bard Syah: ek
Bard Syah: baek!
Bard Syah: taksesuai ah lagutuh
dya: ermm nape
Bard Syah: ade ahh
Bard Syah: lagu nustan ehh
Bard Syah: heuhe
dya: lorhh
dya: og tamo
Bard Syah: bcl apekah
dya: bunga citra lestari
dya: ngan arilaso
Bard Syah: tak sesuaii
Bard Syah: alah..
Bard Syah: yelah..yelahh
dya: npe
Bard Syah: adelaa
dya: ermm lorhh


Monday, February 02, 2009

--==[[ Sebelum Cahaya!~ ]]==--





Home sweet home? Really ? Dunno...
Lama betul tak update. Dua hari lepas ada cita2 mahu update. Tapi line GPRS terlalu lembap. Taip banyak2, tidak boleh publish. Ada save di Laptop. Hari ni saya di rumah. Puchong. Hampir seminggu di kampung halaman. Lain betul rasanya. Erm..

8.46pm semalam:
Layan TV bersama Kakak dan Adik. Sambil bergurau senda. Gelak ketawa. Seronok. Rindu pula suara kanak2 itu.

8.46pm hari ini:
Layan RV seorang diri. Sambil menaip entry ini. Sunyi sepi. Tiada senyum. Tiada tawa. Hanya bunyi Junior yang mengiaw tanpa henti. Gesel2 di kaki. Gigit2 hujung jari. Seronok juga.

Kuat betul bunyi angin. Hujan. Sejuk. Mengantuk. Esok, masih lagi bercuti. Esok, mahu ke Giant Bukit Jalil ambil cermin mata baru kepunyaan dia. Baki lagi rm200. Ah! Tidak tahu apa yang mahu dibuat. Main mata dengan Junior lagi? Tidak. Junior muka kelat. Marah ditinggalkan agaknya. Hehe!~

Entahlah. Ketandusan idea untuk mengarang. Masih blur. Bilalah fikiran boleh kembali seperti biasa agaknya. Entah. Macam apa entah. Sangat2 blur. Isk. =( Erm...






Monday, January 26, 2009

--==[[ I'll See You When You Get There!~ ]]==--

Hola!~ Sangat lewat saya bangun tidur hari ini. Celik mata. Tengok jam di hp, 12.26tghari. Dah tengahari. Bangun. Jemur bantal. Layan keyboard. Canon dan Fur Elise berulang2. Bosan lagi. Putar mesin basuh. On RV. Wah! Jam di pc 2.53pm! Tengok pula jam tangan. 2.58pm! Jam dinding 3.03pm! Ahak!~ Jam hp salah rupanya.

Mendung. Teringat pula gerhana matahari annular yang akan berlaku hari ni. Explore exploratorium. Explore Falak Online. Tidak ada apa yang menarik. Liputan pun lambat lagi. 4.09pm. On tv. Semua channel saya tekan. Tiada satu pun yang membuat liputan gerhana matahari. Bosan. Kesal. Kecewa.

Call dia. Langsung tidak berjawab. Sedih. Layan CatDog di tv9. Layan Spongebob. Layan drama indo, apa entah tajuk. Macam menarik. Cerita kanak2. Layan sampai habis. Try call dia lagi. Langsung tidak berjawab. Sedih. Call Omak. Tidak berjawab. Bertambah2 sedih pula. Huhu. Jangan gelak okek! nGa.

Tak sampai lima minit, Omak return call. Yeay!~ Gembira semula. Lama juga sembang dengan Omak. Berbunga2 hati. Hehek! Nak balik. Tapi, saya tidak berani untuk redah 2 jam perjalanan dengan tayar kereta yang macam bila2 masa boleh meletup. Tayar spare tidak ada pula. Aduh!

Try call dia lagi. Sepi. Pandang ke luar tingkap. Menung. Kenapa dia tak jawab call. Tiba2 rasa sebak menyerang. Argh!~ Semacam pula emosi. Layan pula Mari Bertarannum. Bagus sungguh kanak2 itu mengaji. Iklan lama sangat pula. Bosan lagi. Cuba call lagi. Sepi. Sunyi. Benci. Abaikan. Layan tv lagi.

Kring!~ Kring!~
Panggilan dari dia. Saya jawab. Kali ini saya pula yang sunyi. Tidak mampu berkata2. Sebak. Entah mengapa pula emosi lain macam. Haha! Tak baik! Dia balik kampung. Kenapa pula nak emosi2? Heuheu! Jangan gelak! Tiba2 rasa macam nak bermanja. Tiba2 rasa macam mahu baring2 di riba Omak. Urut2 kaki omak sambil layan tv. Sembang2 dengan ayah. Cerita pasal 'bisnes' ayah. Cerita pasal adik beradik. Argh!~

Bosan betul rasanya. Main lawan mata dengan Junior. Tiba2 dia terkam pula. Ahak! Nasib baik sempat elak. Heuheu!~ Lapar. Bangun. Masak air. Bancuh Red Guara. Kunyah2 keropok lemau. Pergi dapur. Niat mahu main masak2. Malas mengatasi segalanya pula. Ngadap pc. Buzz dari abang Dr. Hassan. Dia kongsi cerita dan gambar semasa dia pergi ke Bangkok. Seronok pula tengok.

- hassan: salam. bz ke?
Bard Syah: salam bang. sihat ?
- hassan: alhamdulillah. pekabar?
Bard Syah: hari ni .. tak sihat. saket badan .. tido lama sgt
.. 2.30 baru bgn tido .. huehue
- hassan: uishh lamanye. tgh MC lg ke?
Bard Syah: tak. ekeke. keje ke bang ? tak cuti ? raya loo .. huehue
- hassan: kat ofis ni. x balik kg family dtg sini
Bard Syah: eehe .. angpow pliss...
- hassan: aikk? mai laa

Bard Syah: wah! family dtg ? kirim salam kakak ye bang.
- hassan: dah balik dah
Bard Syah: mai la.. hekhek ... naik beskal ek . agaga
- hassan: sbb tu mai ofis ni
Bard Syah: owh! cepat nye balik . cuti kan sampai esok
- hassan: yerla..ada hal. tiket bas esok
pun dh abis. balik tumpg adik ipar dtg tganu. bad watper tu? apa citer skrg?
Bard Syah: tak buat apa pun. layan tv td. busan. tu yg ngadap pc semula ni lapar pula. nak buat air jap. air dah masak. kejap ek
- hassan: ok..sila2. mai secawan
Bard Syah: guara coffe **bagi dua.. amek la.. heuuhe ..
- hassan: tq2. CUKUP KE BAD NK MINUM TU?
Bard Syah: ekeek... cukup jek .. dah makan bang ?
- hassan: blm. tgh mkn maggi cup
Bard Syah: uih .. dah nak maghrib dah ni . wah! megi!
bes2.. dah sbln takmakan megi .. heuhue
- hassan: ada mknan lain ke?
Bard Syah: biskot meri .. heuhue

- hassan: hehe.. healthy skit
Bard Syah: oat. ekekek
- hassan: takde MSG
Bard Syah: ekekeke

- hassan: ni pun megi yg x abis masa gi bangkok bln lepas

Bard Syah: uih .. gi bangkok .. buat apa jek ?
- hassan: gi present paper kat conference
Bard Syah: wohh .. sonok ? hehek ..
- hassan: best gak. tgk pic?
Bard Syah: wah! nak! blog abg tadek ke? nGa.
- hassan: takde..x smpt nk upload la
Bard Syah: woh .. okek2. share2. wah! tu kapal2 tu. ni pasar ek ? waw!
- hassan: kat floating mkt
Bard Syah: leh naik tak ? hek! siap ada sign board ke? uih! eh .. bang .. sungai tu .. kiri kanan dia rumah2 ke ek ?
- hassan: yerla. kg air. sebelah pasar tu
Bard Syah: wohh. bes2. isk! dlm tak sungai tu ? nGa. leh mandi2 ke.. isk
- hassan: isk..xleh la. nampk cam air kotor
Bard Syah: wah .. kalo la ade sayur2 tu kan . msti segar kan ? celup2 je kat dlm ari tuh haa.. erk. air kotor lak! aiyak!
hassan: heheh. teksi2 kat bgkok lawa. semuanya altis & vios
Bard Syah: ping karer. kalerful nye. keta mewah lak tu. murah ke keta2 tu kat sana ?
- hassan: murah skit dr mesia
Bard Syah: tu lori tu. bas ke ? erk
- hassan: haha..public transport gak tu
Bard Syah: ekek.. brp bath? agaag.. serabutnye.. naik tang lakang la ek ? uih.. waw!ni dpn hotel kah?
- hassan: tu teksi dr airport ke hotel camry baru. yer
Bard Syah: uih.. mewah nye.. bang .. moto keta tu apa nama ek ?
- hassan: tuk-tuk
Bard Syah: tuk tuk? tuk tuk .. tak bes nye nama.. agagaga
- hassan: hahaha
Bard Syah: tuk tuk. aiyak! bot tu gi mane bang ? canteknye gerbang dia nih
- hassan: bot pusing2 dlm pasar la
Bard Syah: woh.. ek? aik. gi pasar kena naik bot kah? aiyo
- hassan: floating mkt ni. mmg pasar atas air. penjual & pembeli kena naik bot
Bard Syah: wohh.. gitu. tu kat ne lak? yg moto tu
- hassan: sori2..bot tu salah satu public transport kat bangkok. yg naik ramai2 tu. moto tu pun public transport gak
Bard Syah: erk! moto pon ? wah!
- hassan: tu lambang bila BN bergabung dgn PAS
Bard Syah: ade rempit2 tak bang?
- hassan: ish...takde pun kat bgkok
Bard Syah: aik... miakaka. tu parti sana ke? sempat pulak nak amek gamba tu pulak. akaka
- hassan: sign board tepi jln. taktaulah apa maknanya tu
- hassan: tu je lah. pic nye. abg nk gi solat maghrib la bad
Bard Syah: ha. okek2. tak mandi lagi gak ni. ueuehe. masyem dah tiak!
- hassan: lerr... tu la..bau smpi sini
Bard Syah: bang .. nak save gamba2 ni buleh ?
- hassan: save la. no prob. ok
Bard Syah: oke dah. heuhue.
- hassan: ok
Bard Syah: 7 stgh dah.. nak mandi manda lak..
- hassan: orait. bereh
Bard Syah: oke bang .. tata .. assalammualaikum warahmatullah..
- hassan: w'salam wbt

Last message received on 1/26 at 7:38 PM


**Okek! Nak mandi manda.
Rasa macam nak pitam. Isk!~
Alangkah bagusnya kalau ada tab mandi time2 gini.
Heuheu.. Tata!~ Jangan gelak okek! Gong Xi Fa Cai!~
Tengkiu Dr. Hassan sbb share pengalaman gi Bangkok, Thailand. :)

Monday, January 19, 2009

--==[[ HueHueHue!~ ]]==--

Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..

--==[[ Ekekeke!~ ]]==--

Entah siapa punya hari lahir agaknya dalam dewan di bawah tu. Meriah sungguh! Macam seluruh Villa pula yang dijemput. Siap ada mercun. Alangkah bahagianya orang yang sambut hari lahir tersebut. Hari lahir saya lambat lagi. Ada lagi 9 bulan 11 hari. Hehe!~

--==[[ S0b!~ S0b!~ ]]==--

"Hello. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam. Paklang!"
"Ye...Kakak dah makan?"
"Dah."
"Uwan masak apa tadi?"
"Uwan masak ayam goreng. Kakak makan banyak. Adik pun makan banyak. Kakak suka ayam goreng."
"Iya? Bagusnya. Kenyang tak?"
"Kenyang sangat. Perut kakak dah jadi besar. Adik pun sama. Tadi masa kat sekolah pun kakak makan banyak."
"Wah! Makan apa yang banyak sangat kat sekolah tu?"
"Makan ayam goreng. Makan mee goreng. Lepas tu ada air sirap. Ada air oren. Kakak suka sekolah. Asyik makan je."
"Hehe. Ada pulak suka sekolah sebab makan. Cikgu ajar apa tadi kat sekolah? Adik sekolah sekali dengan kakak ke?"
"Ye. Adik sekolah dengan kakak. Tapi adik suka main. Cikgu marah. Kakak tak main. Kakak pandai. Cikgu suka suruh kakak ajar kawan2 kakak ABC."
"Ye? Pandainya! Ada kerja sekolah tak? Dah buat ke belum?"
"Dah buat dah. Cikgu suruh koyak2 kertas. Lepas tu gam buat ekor. Nanti main tarik2 ekor. Tadi pun dah main dah. Tapi kakak asyik kalah je. Adik pun kalah je."
"La.. Kenapa pulak kalah tu? Hehe!"
"Memanglah kalah. Kakak kecik. Kawan2 kakak semua besar2. Adik jatuh tadi. Kakak nangis."
"Alah..Adik luka2 ke?"
"Tak. Tapi kakak tak suka adik jatuh. Kakak sedih. Kakak tumbuk kawan kakak."
"Uih! Garangnya kakak. Siapa nama kawan kakak tu?"
"Kawan kakak ada 3 orang. Natirah. Syafiqah. Hazilah. Tapi yang kakak tumbuk tu kawan lain. Lelaki. Dia suka kacau kakak. Nama dia Abdul Azim. Kakak tak suka."
"Ahaha! Kenapa pulak macam tu? Cikgu tak marah ke?"
"Tak tau. Cikgu marahlah. Siapa suruh dia tolak adik?"
"Uwan tau tak?"
"Tau. Kakak cakap dengan uwan tadi. Uwan kata jangan tumbuk kawan sekolah. Nanti kakak kena rotan."
"Yelah..Memanglah cikgu rotan nanti tu. Kakak jangan tumbuk kawan lagi nanti ye kakak. "
"Adik nangis. Kakak sayang adik. Kakak tak suka adik sakit. Nanti kakak takde kawan."
"Hehe..Kakak..Kakak.. Nanti kakak belajar rajin2 tau. Dah besar nanti boleh tolong Atok. Tolong Uwan."
"Ye. Nanti kakak belajar pandai2. Kakak nak jadi doktor macam Paklang. Bila Paklang nak balik kampung?"
"Nanti cuti nanti baliklah. Kakak jangan nakal2. Dengar cakap Uwan Atok. Dengar cakap cikgu ye!"
"Ye. Kakak tak nakal. Kakak baik. Adik je nakal. Cikgu suruh tulis ABC, adik lukis2 lak. Kakak gelak je."
"Ehehehe..Macam tu pulak adik. Takpelah kakak. Nanti cakap2 lagi ye."
"Paklang nak pegi mana? Kakak nak pegi rumah sana. Nak main piano tu."
"Owh.. Nanti bila2 datanglah. Kirim salam Atok Uwan ye kakak."
"Ye. Babai Paklang!"
"Tata...."

--==[[ Adik!~ ]]==--

Perbualan melalui telefon diantara saya dan Kakak. Anak saudara saya yang nombor dua. Nabyla Bilqis. Comel. Selalu bersemangat kalau bercakap. Teringat raut wajah dia yang sentiasa tersenyum. Suka merajuk. Kalau dimarah, belum habis marah dah menangis. Manja. Berbeza sungguh dengan Adik, Natasya Bilqis yang selalu bersahaja bila berkata2.

--==[[ Kakak!~ ]]==--

Hari ni, 19 Januari hari lahir Kakak yang ke-6. Sekolah Tadika Gemencheh. Adik baru 4 tahun. Beza 2 tahun dari Kakak. Terpaksa dihantar juga ke sekolah kerana kemurungan berpisah dengan Kakak yang pergi ke sekolah tiap2 pagi. Comel!

--==[[ Kakak Merajuk!~ ]]==--

Saya sebenarnya tidak begitu mesra dengan Adik. Kakak manja. Adik kasar perlakuan dia. 4 tahun lepas, Omak kata, rupa paras Adik saling tak tumpah seperti saya. Hehe. Bila dah besar sikit, lain pula rupa dia. Sikap dan perangai sahaja yang masih sama. Itu kata Omak dan Ayah. Tidak tahu pula sama yang macamana agaknya. Huehueheu!~

--==[[ Ehek!~ ]]==--

Baiklah!~ Mahu baring2 sekejap. Mata semacam minta direhatkan pula. Nak mandi pun malas. Suara kanak2 yang menyanyikan lagu 'Happy Birthday' tadi pun dah hilang. Sunyi. Esok Selasa. Ada agenda penting yang perlu dilaksanakan. Mandi, tidur sekejap, makan, ngadap PC semula nanti. Harap2 tidak tertidur sehingga besok pagi. Huheuhe.. Daaa~~ =P

--==[[ Lots Of Hugs N Kisses!~ ]]==--


Friday, January 16, 2009

--==[[ Di Pondok KeciL!~ =( ]]==--

salam, malam ini palestin akn di bom habis oleh yahudi termasuk masjid al-aqsa. ini benar ikhwan palestin yg menalipon ikhwan m'sia. kt diwajibkn membaca surah yunus 85-88 n al fath 26-27..tolong fowardkan.. ALLAHUAKBAR!!! dolphine cha's: Pimpinan Hizbullah, libanon sydHasanNasrallah meminta Seluruh msulim utk MELAFADZKAN QS. AL-FATH ayat 26-27. MALAM INI.. tolong disebarkan agar Israel hancur. skrg masjid Al Aqsa Sdg diserang oleh IsraelSkutu. Mhn disebarkan ke 10orang. jangan dihapus klo blom disebarkan. ini amanat!

Assalammualaikum warahmatullah...

Hari ni, dapat lagi berita tentang serangan Rejim Zionis ke atas Umat Islam di Israel. Jujur, saya sebenarnya tidak ambil kisah tentang propaganda2 yang diwar2kan kebelakangan ini. 'Jual-ikan'? Tidak. Hari ini saya terpanggil untuk mengkaji tentang bagaimana bermulanya serangan tersebut. Saya bukanlah ahli politik atau pengulas. Tetapi, saya rasa perlu untuk kita berkongsi bersama kerana saya percaya mungkin ada antara kita tidak tahu menahu langsung atau tahu sedikit sahaja tentang perkara ini.


Sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Bersempadan dengan Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. Penduduk2nya termasuk warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama yang melebihi 7juta orang. Diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.
  • Bible Ibrani. Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya menewaskan seorang musuh misteri yang mengaku dirinya Tuhan. Diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel".
  • Al-Quran. Disebut Bani Isra'il. Bani bermaksud keturunan. Isra'il pula adalah nama asal Nabi Ya'akub a.s. putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. yang berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah. Di sana, generasi pertama Bani Isra'il berkembang.
Israel mengalami pelbagai fasa pemerintahan sehingga berlakunya pengusiran beramai2 penduduk Yahudi. Jajahan paling besar dilakukan oleh Empayar Rom pada tahun 132M dan menamakan Israel sebagai Palestina Syria untuk menghapuskan ikatan Yahudi. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Yahudi lemah sepenuhnya selepas Empayar Byzantin dikalahkan oleh orang2 Muslim pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani dibina di Tiberias. Akhirnya diperintah oleh Omayyad dan kemudiannya oleh Abbasid, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.

Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Merupakan tapak pengembangan agama Yahudi. Raja Yahudi, Solomon membina Kuil Pertama dan Kuil Kedua dan menjalankan upacara agama yang penting dan dijadikan aspek utama pengamalan agama Yahudi moden bermula dari sekitar abad ke-11 SM. Pelarian Yahudi telah cuba untuk berhijrah semula ke Israel selama berabad2.
  • 1141, Yehuda Halevi yang meninggal dunia di Baitulmauqaddis telah membawa Yahudi masuk ke Israel Eretz.
  • 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan mengakibatkan kehadiran Yahudi yang berterusan.
  • 1535, Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar di Safed.
  • 1209-1211, Perancis dan England ke Acre.
  • 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikut. Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikut. Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut. Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut dan keluarga yang dikenali sebagai Perushim.
  • 1808 - 1809, berlaku pula perpindahan guru2 dan penuntut2 agama Yahudi dan menetap di Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmuqaddis.
  • 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis membina semula komuniti di luar dinding Bandaraya Lama. Mishkenot Sha'ananim merupakan yang pertama.
  • 1878, petempatan pertanian moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.
  • 1881, penyeksaan terhadap Yahudi menyebabkan berlakunya gelombang penghijrahan semula yang besar. Idea Zionisme Sosialis tentang "penebusan tanah" diasaskan oleh Moses Hess. Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik2 tanah perseorangan Arab. Ketegangan tercetus antara Yahudi dan Arab selepas petempatan pertanian dimulakan oleh Yahudi.
  • 1860 – 1904, Theodor Herzl seorang Yahudi Austria-Hungary mengasaskan gerakan Zionisme dan menerbitkan Der Judenstaat(Negara Yahudi) pada 1896. Pembentukan sebuah negara Yahudi dan membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia I membawa kepada perpindahan 40000 Yahudi. 1917, Arthur J Balfour Setiausaha Luar Negara British mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin."
  • 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa Bersatu.
Penghijrahan Yahudi berterusan selepas Perang Dunia I. 1929, berlaku pembunuhan beramai2 Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron. 1933, Kebangkitan Nazisme di Jerman mengakibatkan kaum Yahudi di rantau ini bertambah. 1941 - 1945, 'Holocust' dilaksanakan oleh Nazi sebagai penyelesaian terakhir permasalahan Yahudi. 6juta orang2 Yahudi terkorban. 'Holocust' dijalankan di semua jajahan takluk Nazi. Kaum Yahudi dibawa ke kem pelupusan dengan kereta api, dibawa ke bilik gas, pil Zyklon B yang mengandungi gas 'cyanide' diberi dan mayat mereka dibakar.

Hampir 4 jam baca, kaji, teliti dan faham. Ini kesimpulan yang dapat saya sediakan. Teringat pula zaman bertungkus lumus mengadap buku2 semasa bergelar seorang siswa dulu. Selagi tidak dapat apa yang dicari, selagi tidak siap apa yang dibuat, selagi itu tidak berganjak. Kira macam lagu tema FungkurFM juga lah! Hehe!~ Saya tidak pandai mengulas. Kalau tidak faham, sila klik 'link2' yang saya selitkan. Baca sendiri okek!

Pendapat saya:
  • Perkara ini memang tidak akan ada kesudahan seperti yang telah disebut di dalam kitab2 Allah sehingga kiamat.
  • Yahudi seperti mahu membalas dendam dengan apa yang berlaku.
  • Adolf Hitler baik sebab bertindak sebagai pengaman. Tapi, akan wujudkah pemimpin seperti Hitler? 'Cakap tak guna, tembak tak kena'. Kita cuma boleh mengutuk, memboikot, mengumpat atau dalam erti kata lain, 'perang mulut'. Beranikah pemimpin2 dunia sekarang jadi Hitler nombor dua?
  • PBB bodoh kerana membahagikan tanah Israel kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk penduduk Islam. Satu bahagian untuk penduduk Yahudi. Rakyat tidak bersatu untuk membentuk sebuah negara yang aman permai seperti negara kita Malaysia.
  • Kenapa negara2 Arab yang berjiran dengan Israel tidak membantu? Yahudi pula dibantu oleh negara2 sekutu besar seperti Amerika dan British.
  • Saya baru tahu yang King Solomon ialah Yahudi. Dulu, masa kanak2, saya pernah baca sebuah buku yang ayah saya belikan bertajuk 'King Solomon's Mines'. Huhu!
  • Peperangan sebenarnya wujud di atas sebab peperangan.
  • Yang lain2, fikir sendiri ya! :D
Teringat kata2 AyuL dan Jeli Meli dengan siapa lagi entah? Lupa pula. Mereka berceritakan tentang MUET di mspeek pagi semalam. Macam2 la korang! Summary salah satu perkara yang dibincangkan. Lain orang, lain kesimpulan, lain pula pemahaman. Terpulang pada pandangan masing2. Betul? Perut semakin berlagu pula. Masa untuk makan! Err..hari ini dan semalam saya banyak makan. Syhh... dendiam.... :D Baiklah sahabat, dah boleh sambung apa yang tergendala tadi. Huhu!~ Daaaa!~~

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)