It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Thursday, July 09, 2009

--==[[ For Whom The Bells Toll!~ ]]==--

Ini perbualan saya di YM. Siapa dia ni? Jangan tanya. Saya memang tidak kenal. Saya 'kopipes' ke sini kerana saya fikir dia ni sangat mengganggu. Dari semalam dia BUZZ YM saya. Mula2 saya buat tidak faham sahaja. Petang ni tadi dia BUZZ lagi. So, saya layan la jugak. Mana la tau kalau2 ada perkara penting yang ingin dibincangkan atau apa. Kan?

Tapi, apa yang saya nampak, dia ini memang sangat mengganggu. Yang saya update di sini hanya separuh sahaja. Perbualan yang awalnya tiada. Dah close. Malas nak layan. Saya tidak save log YM saya. Kalau dia ni salah seorang rakan kepada sahabat2 pembaca, saya minta maaf.





Ayi Boyz: kenapa awak diam?
Receiving IMVironment from Ayi Boyz...
Bard Syah: entah
Ayi Boyz: kau kenal airlandzs
Bard Syah: tak
Ayi Boyz: kau berasal dari mana?
Bard Syah: tanya.utk.apa?
Ayi Boyz: yalah utk sya mahu tahu
Bard Syah: puchong.
Ayi Boyz: umur awak berapa
Ayi Boyz: ??????
Bard Syah: 29
Ayi Boyz: aku 29 juga
BUZZ!!!
Bard Syah: pastu?
Ayi Boyz: macam mana kau kasi warna kau punya huruf
Ayi Boyz: kena pula awak diam
Bard Syah: bzsket
Bard Syah: huhu
Ayi Boyz: apa tu awak cakap
Bard Syah: bz sikit
Ayi Boyz: oh kau main bz sikit ya ka
Bard Syah: ?
Bard Syah: yu ni siapa?
Bard Syah: nak apa sbnrnya?
Ayi Boyz: saya nak tahu macam mana kau kasi warna hijau kau punya
Ayi Boyz has signed out. (7/9/2009 7:49 PM)




  • Sory to say lah! Not in mood nak layan benda2 mengarut mcm nih.
  • Malam ni malam Jumaat.. Nak baca Yassin.
  • Oke. Tata.
  • Assalammualaikum warahmatullah...







Wednesday, July 08, 2009

--==[[ I Like To Move It!~ ]]==--




Hekhek!
Saya sangat bosan.
Saya main kuiz di FaceBook.
Ada banyak jenis kuiz.
Oleh kerana saya sangat bosan, saya mengambil keputusan untuk berkongsi keputusan kuiz - kuiz tersebut di sini.
K0h!! k0h!! k0h!!


KUIZ PERTAMA:::
Bard just took the "What is your lucky number?" quiz and the result is 1.

Your lucky number is 1! The number 1 is going to be lucky for you in the next few days....so watch out for anything related with this number!....Good Luck!


KUIZ KEDUA:::
Bard just took the "One Word To Describe Yourself..." quiz and the result is Moody.

You can be moody and restless sometimes... try to cheer up a bit! After all... life's not that bad!


KUIZ KETIGA:::
Bard just took the "Who are you in you're group???" quiz and the result is Scene.

You love to make a scene doesn't matter who's there or watching you always want the spotlight on you.


KUIZ KEEMPAT:::
Bard just took the "What Kind of -oholic are you?" quiz and the result is workaholic.

you need a vacation. you work way to much. stop working. go to the gym, go shopping!


KUIZ KELIMA:::
Bard just took the "What Animal Are You?" quiz and the result is Tiger.

You are smart, sneaky and adventurous


KUIZ KEENAM:::
Bard just took the "what mythical creature are you" quiz and the result is minotaur.

you are big tough and stand up for your friends


KUIZ KETUJUH:::
Bard just took the "What Is Your Inner Power?" quiz and the result is Strength.

Your inner power is strength, you don't always put your friends first, but your power helps you get out of any situation-alive! You are just as strong as a forest!


KUIZ KELAPAN:::
Bard just took the "Are You Addicted To Your Computer?" quiz and the result is Yes.

You use your computer whenever possible and you seem to think it is the only form of entertainment in life.



nGam nGam lapan kuiz. Hue Hue Hue....
Sila melawat ke Fesbuk saye kalau tidak percaya...AhaKk!~



  • Memang sangat busan oke!~
  • Lepas ni nak tido...heuheuehueu!~
  • Gambar Tadek..Maleh nak upload.. nGe!~
  • Belum tgk Madagascar 2!~
  • Sekian. Terima kasih!~
  • nGa!~










Sunday, July 05, 2009

--==[[ Message To You, Rudie?!~ ]]==--






Buffalo soldier... Dreadlock Rasta...

"Ko buat apa?"
".......tido...."
"Maghrib2 tido... Apa nak jadi ko ni... Ya Allah...."
"Ha? Tadi tido kol 5 lbh.."
"Dah... Bangun2.... Dah Maghrib..."
"Tadi dah bangun... Tengok belum terang... Tido lah lagi... Rasa macam dah nak pagi..."
"Pale otak engkau dah pagi?"
"Tak cukup tido ni... Nak datang sini ke..."
"Ko lah datang sini..."
"Isk... Sakit pinggang..."
"Pulak... Dah... Bangun2... Pegi la mandi ke... Apa yang patut... Kang sms..."
"Hmm..."

Tutt...Tutt... Tutt... Panggilan daripada Uj.


Mula2 yang ni...


Ah.... Malasnya nak bangun. Pandang ke arah dapur, gelap. Pandang ke arah ruang tamu, samar2 cahaya dari skrin laptop. Pandang ke arah tingkap, sudah gelap. Baru sahaja tolak2 selimut, Jr pula datang, landing sebelah. Biasanya, kalau Jr ada, jawabnya memang payah lah nak bangun tidur. Tarik semula selimut. Haha!


Lepas tu yang ni... Sama tak? Hak! Hak!


Ding! Ding! Berbunyi pula jam. 8pm. Kena bangunlah! Takkan nak tidur sampai Subuh pula? Tolak2 selimut. Tolak2 Jr suruh bangun. Kekeke... Duduk termenung sekejap. Liat sungguh!!! Aih!! Tiba2 teringat dia pula. Rasa macam nak call, ajak pergi pasar malam. Haha! Ngarut betul.


Ai Rili2 Mish Yu Laik Krezii.... Huwaaa~~


Bangun. On lampu dapur. On lampu ruang tamu. Tengok2 laptop kejap. Masuk bilik air. Huhu. teringat pula mimpi2 semasa tidur tadi. Lagi mengarut! Siap mimpi bekerja dengan Dr. House. Ahak! Yang bestnya, Dr. House bekerja di Malaysia oke! K0h! k0h! k0h! Dah la. Pergi mandi lagi baik. Lepas ni keluar jalan2 cari makan di pasar malam. Hehek!


Teringin nak makan cenggini di Tomburi ...



  • Nak keluar, tapi sangat malas.
  • Sangat2 lapar.
  • 9.47pm. Pasar malam pun dah closing.
  • Mandi? Jauh sekali. Ahak!
  • Njin! I want u.... S0b!~ s0b!~
  • Nyamuk2 ini sangat mengganggu emosi. Cis!
  • Lagu::: Calling to Mr. Bell! Ahak! Bila nak lepak2 makan megi lagi Mr. Bell? Agagaga!~
  • Kualiti gamba kureng sket sbb amek guna hempon..huehue..
  • Dah. Habis. Sila pegi makan.










Monday, June 22, 2009

--==[[ Kenangan Semalam!~ ]]==--






Ini lirik lagu :


Oh kenangan
Kenangan mengusik jiwa
Ku terhempas...

Jauh di sudut mata
Jiwa kian terpisah
Makin sengsara...

Oh sesalan
Sesalan datang meragut
Hati pedih...

Tak mungkin dapat dilupa
Segala yang kita bina
Hancur akhirnya...

Sampai masa ku teringat
Segala pahit menikam rasa
Hening semalaman
Ku di pusara
Cinta airmata

Oh semalam ku terbenam
Di lubuk asmaraku
Yang jauh ku kembara
Jauh perjalanan
Jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
Ke arah tujuanku...



Ini VC asal :





Ini VC baru :




Apa yang ingin saya taip :

VC versi lama lagi indah best bunyi dia dari versi baru. Tapi, versi yang saya nyanyi lapan kali ganda lagi best dari dua2 versi. KOh! kOh! kOh!!!

Dah. Itu sahaja. Jangan mara aaa!~ AhaKk!!~



  • Gamba tadak! Maleh nak upload!
  • Suka ati ai la nak taip apa pon kan? Ai punya blog! aku punya suka!
  • So!~ Tak payah la nak kata rare atau apa2 yang boleh mendatangkan kemarahan.. Oke?
  • Hak individu... Heuheuhe!~

Monday, June 15, 2009

--==[[ My Way!~ ]]==--

Pandang.
Senyum.
Jabat tangan.
Nama.
Mesra.
Gurau senda.
Terasa.
Marah.
Kecil hati.
Sendiri.


Kawan? Rakan ? Sahabat? Saudara? Musuh?


Semuanya bermusim. Suka masa lepas. Suka masa sekarang. Saya tidak malu dengan apa yang dimiliki kerana ianya tidak lama. Semuanya bermusim. Beberapa tahun yang lalu, saya mula kenal dengan kehidupan. Saya bukanlah seorang manusia yang sangat bagus dalam meniliti segala apa yang ada di muka bumi. Akan datang? Sekarang? Masih ada yang ketinggalan. Apabila semuanya sudah terlihat, segalanya mungkin sudah terlambat.


Jika biarkan musuh hidup, mungkinkah akan menjadi seorang sahabat? Bolehkah percaya kepada sahabat apabila merayu sebuah kejujuran yang membuahkan pembohongan? Sahihkah apa yang dimahukan adalah semata2 untuk menjaga sebuah perhubungan dengan menyatakan idea2 yang difikirkan bernas? Macam beras keluaran Bernas. Perlukah kepuraan? Haruskah jadi seperti pelakon? Macam Rosyam Nor..nama ni je yang terlintas.. ehek!~ Dimana kejujuran? Dimana keikhlasan? Bodoh!


Tiada sahabat yang punya hak untuk pertikai arah tujuan kematangan sebuah kehidupan. Tidak lahir sehingga ia hadir dengan kemesraan yang dibina atas dasar sebuah kejujuran. Tapi kadangkala, musuh itu madu, sahabat itu racun. Kadangkala kesunyian itu sesuatu yang paling indah.


Yang sebenarnya, macam tajuk lagu Yuna pula saya sudah bosan dengan kerenah birokrasi mereka yang kononnya berlagak macam bagus. Apa dia fikir dia hebat? Apa dia fikir dia punya kuasa? Apa dia fikir sahabat lain suka? Apa dia fikir kata2 dia penentu segala?
Boleh blah!
Memang mula2 semuanya nampak elok. Nampak cantik. Tiada apa yang buruk. Tiada apa yang busuk. Wangi sentiasa.



Kenapalah dia tidak nampak kejelekan yang ditonjolkan di depan matanya. Kenapalah dia tidak mendengar ketawa yang hadir ditelinganya. Kenapalah dia tidak sakit apabila luka benci semakin menghiris dikulitnya. Kenapalah dia tidak sedar kehilangan bait2 manis yang sentiasa meniti dilidahnya. Kenapalah dia tidak menghidu bau busuk yang semakin hari semakin menebal dihidungnya.


Marah.

Memberontak.

Kasihan.

Tidak mampu.

Diam.

Biarkan.

Fikir.


Cakap2 belakang, bila berdepan terus senyap. Marah2 dibelakang, bila bersemuka terus hilang. Asah parang dibelakang, bila berdepan terus tumpul. Buat apa asingkan diri kalau hati masih tidak puas? Bukan rakan namanya kalau menikam belakang. Bukan sahabat namanya kalau mengabaikan. Berubahlah. Umur pun makin besar angkanya. Sedarlah apa kepincangan yang berlaku semuanya berpunca dari diri sendiri. Bukan orang lain. Bukan suara lain.


Saya rayu. Saya mohon. Jagalah ikatan ini. Gembira apabila yang lain diam? Saya bukan begitu. Saya tidak simpan apa yang tidak perlu. Kata sahaja saya pemberontak. Kata sahaja saya keras kepala. Kata sahaja saya berlagak. Tapi hakikatnya saya bukan begitu. Saya cuma menyatakan apa yang saya rasa tidak betul. Semuanya adalah untuk kukuhkan persahabatan ini. Jangan pura2 konon untuk jaga hati. Engkau bukan Robocop. Engkau bukan Frankenstain. Engkau manusia yang sebenarnya manusia.


Uj kata, kalau mahu kekal lama, biarkan sahaja. Memang diam itu ada baiknya. Maaf. Saya bukan begitu. Saya juga bukan seorang yang bagus. Bukan seorang yang hebat. Bukan seorang yang baik sekalipun. Tapi, saya tidak suka dengan apa yang berlaku. Saya tidak akan membiarkan 'benign' menjadi 'malignan'. Biarlah saya dibenci sekalipun. Saya rela. Kalau akhirnya saya akan terasing macam tajuk lagu Sudirman, saya akan sendiri macam tajuk lagu May. Maafkan saya.



  • Dulu..masa kecik2... Omak pernah pesan... "Bia oghang buek kito..jangan kito buek oghang..."
  • Entahlah... tak buat salah... dibuat lagilah salah...
  • Pasrah ajelah... aku dah memang tak perfect! Huehueheu!~
  • Aku tau... org yg sgt aku syg tak macam tu... mungkin, tapi makin lama makin kukuh... 10 tahun oke! Yeay! =D ai lap yew swithat! Hek! =P
  • Yang penting... 5 deria masih berfungsi untuk mentafsir segala...
  • Sorry to say... this is what i believe... that i am i... that i will never let mankind put anything over me... that honor is to be earned, not bought...
  • A creed...



Credits to Uj for this song .. A very great song from Frank Sinatra .. but i found that this is the best vc form youtube .. Tq friends ...





Wednesday, June 03, 2009

--==[[ Unchained Melody!~ ]]==--

While You Were Sleeping...

While you were sleeping i wish that i felt your heart beating...

While you were sleeping in my head love was repeating...

While you were sleeping all i could do was smile...

While you were sleeping i wish that i can watched you for a while...

While you were sleeping i wish that i always held your hand...

While you were sleeping i knew where my heart would land...

While you were sleeping i wish that i would hold you near...

While you were sleeping i would cry all my tears...

While you were sleeping from you i knew i wouldn't part...

While you were sleeping i gave to you my heart...

While you were sleeping i wish that i can wish you goodnight...












Sunday, May 24, 2009

--==[[ MaLaS!~]]==-- II



Huwargh!~
Malas lagi hari ini. Bangun tidur jam 3.12ptg. Apa nak jadi entah. Celik mata. Call dia. Cadang mahu deting. Tapi bila call, dia kata sudah siap masak. Kensel! Sebenarnya tidak perasan pun jam dah 3ptg masa bangun tidur tadi. Hehe.



Apa nak buat? Online. Cadangnya mahu ber DJ. Tapi ada yang kata lagu lompat2 pula. Kensel lagi. Mana pula pergi Junior agaknya. Tidur bersama Junior, memang payah untuk bergerak dari tempat tidur. Berlawan2 tidurnya. Memang tidak akan bangun selagi salah seorang tidak bergerak. Salah seorang kah? Salah satu. Entah. Hakhak!




Uj call. Ajak pergi makan ikan bakar. Mahu belanja katanya. Wah! Memang tengah lapar sangat. Malam tadi lepas badminton tidak menjamah apa2 makanan. Milo ais sahaja yang masuk ke dalam perut. Huk! Ah! Malas untuk manaip apa2 lagi.




Junior dah masuk bilik. MeoW~ MeoW~~ Perut bulat. Mewah betul makanan dia. Aik! Dah keluar semula. Datang melawat agaknya. Tengok2 tuannya masih belum mandi. Haha! Mahu pergi ke tidak ye? Tadi RedLipStik pula call. Katanya Uj ajak makan ikan bakar. Sudah tau. Hek! Malas betul mahu pergi mandi. Kalau tidak mandi boleh? Huhu! Yang sebenarnya saya malas untuk ke mana2 hari ini. Kerana poket saya sangat2 kering buat masa ini. Hmm...










Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)