It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Sunday, March 27, 2011

--==[[ Mr. Lonely!~ ]]==--

--==[[ Merrah Amanie at Fiza's Wedding, Taman Tasik Titiwangsa ]]==--



Apa ni? Tiba2 rasa tak best...

Apa ni? Tiba2 rasa berdebar2...

Apa ni? Tiba2 rasa sayu...

Apa ni? Tiba2 rasa sedih...

Apa ni? Tiba2 rasa kurang senang...

Apa ni? Tiba2 rasa nak keluar jalan2...

Apa ni? Tiba2 rasa nak melaung kuat2...

Apa ni? Tiba2 rasa nak bawak diri jauh2...

Apa ni? Tiba2 rasa nak makan banyak2 sampai termuntah...

Apa ni? Tiba2 rasa nak pergi berenang2 di Putrajaya...

Apa ni? Tiba2 rasa nak melepak di karoke sampai pagi esok...

Apa ni? Tiba2 rasa nak layan piano sampai puas...

Apa ni? Tiba2 rasa nak minum ribena banyak2... Haha!

Apa ni? Tiba2 rasa nak balik kampung tanam nenas...Buleh?

Apa ni? Tiba2 rasa nak bawak kereta laju2 tanpa arah... Walah!

Apa ni? Tiba2 rasa nak Huwaaa!!!

Apa ni???

Apa ni???

Apa ni???

Apa ni???

Apa ni??? Tiba2 rasa dah lama tak baca Yassin...

Astaghfirullah...

Tolong! Tolong! Tolong!

Rasa tak keruan ni!!!!

Tolong!!!!!!!

Tiba2 rasa LONELY... Hue... Hue... Hue... =P~







Thursday, March 24, 2011

You Raise Me Up ...

16.31 :
Ringtone You'll be in my heart nyanyian Phill Collins beebunyi di hp atas katil...


"Hello... Assalammualaikum... Ayah..."
"Ha.. Ado mano tu?"
"Kek gumah ni.. "
"Ayah nak tanyo ni..."
"Tanyo apo tu Yah?"
"Takdo.. Ayah mimpi bondo tak elok malam tadi..."
"Apo lak tu Ayah?"
"Ayah nak tanyo ni... Sakit macam dulu lagi ko?"
"Arr.. Konapo lak Ayah tanyo macam tu?"
"Takdo la... 2 3 kali balik kampung... Ayah tengok lain macam yo... Ubek bolambak2 dalam beg tu Ayah nampak... Tido yo.. Tak corio macam solalu pun"
"Apo lak yang lain eh tu Yah... Bilo lak Ayah tengok beg lak... Hehehe... "
"Kok sakit lagi macam dulu.. bagitau lah Omak Ayah... Jangan la simpan... Apo2 sok kok susah... Sorang2 tu..."
"Erm.. Takdo la Yah.. Ok yo nih..."
"Ok.. Ok.. Omak pun nanyo yo tu.. Sampai domam2 Omak risau.. Umo dah 30.. Ayah ngan Omak makin tuo. Carik la toman dogheh. Ado orang jago makan pakai. Kok sakit ko.. Apo ko.. Ado orang samo2..."
"........."
"Hello... Apo diam yo? Sakit ko tak? Jawab la Ayah tanyo ni..."
"Erm.. Takdo apo2 la Yah.. Ok yo ni..."
"Hmm.. Kalau macam tu takpo lah.. Jago diri elok2.. Ajak2 la kawan datang ghumah tu.. Nomankan.."
"InsyaAllah Ayah... Hehehehe..."
"Yo lah... Kalau tak sihat balik la kampung... Ayah ngan Omak risau..."
"Iyo Ayah..."
"Ayah takdo apo2 nak cakap lagi dah... Makan jangan tingga tu..."
"Iyo Ayah... Tak..."
"Ok lah... Ayah nak poie Gomeh ni..."
"Yo lah Ayah.. Assalammualaikum..."
"Waalaikummussalam..."

Tutt... Tutt... Tutt... :( :( :(


Panggilan dari Ayah petang tadi.
Terus mood merudum.
Isk.
Terus rasa badan seram sejuk.
Ish...
:(
Speechless...

************************************************

Yang sebenarnya saya tidak tahu apa topik utama perbualan antara saya dan Ayah saya petang tadi. Macam tentang rasa risau Omak Ayah terhadap kesihatan diri saya. Macam juga tentang rasa risau Omak Ayah terhadap status bujang terlajak saya ini. Entah lah. Macam2 juga yang saya rasakan buat masa sekarang.

Gembira.

Sedih.

Kelakar.

Sayu.

Terpinga2.

Blur.


Dah tak ada idea nak taip apa. Tadi macam nak bercerita sikit2. Tapi dah hilang pula. Mana pergi entah idea yang tak berapa nak idea tadi. Esok la pulak sambung. Hendak tidur sekejap. Azan Isyak dah. Rehat2 baring2 jap.

Assalammualaikum Warahmatullah ....
Salam Sayang...




Thursday, February 24, 2011

Fix You

Port Dickson. Mei 2009.


Hari ini. Keputusan saya adalah muktamad. Last week, surat perletakan jawatan saya telah direject oleh one of main board tempat saya bekerja. Saya tahu, saya faham ramai yang akan berasa sangat terkejut di atas pemberhentian saya ini. Tapi, untuk apa? Mereka faham kah apa yang ada dalam fikiran saya? Mereka sanggup kah rasa apa yang saya rasa sekarang ini? Mereka kah yang menentukan masa depan saya yang dah tua bangka ini? Tadi pun tetap direject jugak! Wohoo! That's it lah...



Memang, bagi sesetengah orang, mereka akan menganggap keputusan saya ini kurang bijak. Tapi, ini lah keputusan saya. M.U.K.T.A.M.A.D. Lepas 3 bulan, akan keluarlah cek bernilai RM******* ke atas nama saya. Mamfus lah next three months ni akan dok sangap ngan belen gaji bulan lepas. Akeke... Andai kata lah kan. But, anyway, soon, InsyaAllah, i will work with another job. Itu pun kalau saya dah sihat sepenuhnya lah.



Tidak pernah lagi rasanya saya bercerita pasal kerjaya saya dalam blog yang tidak seberapa ini. Jarang kot? Ke? Entah? Rasanya tidak pernah. Akeke... Pada saya, perkhidmatan swasta dan kerajaan adalah jauh berbeza. Dalam perkhidmatan keraajan, walau setinggi mana pun jawatan, bos adalah kerajaan. Yang dikejar adalah kenaikan gaji. Bukan pangkat. Dalam perkhidmatan swasta, pangkat akan jadi keutamaan. Gaji akan bergantung kepada pangkat yang dimiliki. Ini adalah pendapat saya. *Feel free to argue*.



Buat apa pangkat tinggi2 tetapi life zero? Memang senang lenang boleh kumpul kekayaan, tapi, pada saya, apa perlu kekayaan tanpa kehidupan yang normal? Keluar pagi, balik malam. Itu pun bernasib baik lah dapat balik malam. Boleh dikira juga berapa kali saya pulang betul2 ikut waktu bekerja. Paling lewat saya pulang? 48jam selepas waktu bekerja. Hahah! Mandi pun di tempat kerja. Anda pernah buat macam saya? Makan entah ke mana. Tidur pula tidak lena. Telefon di pangkal telinga. Kalau tidak diangkat, maka akan merana. Boleh? Macam2 lah yang perlu dijawab apabila menapak masuk ke pejabat esoknya. Walaupun saya juga seorang bos. Huhu...



Tujuh bulan bukan lah satu jangka waktu yang lama. Tetapi, masa tujuh bulan ini cukup untuk buat hidup saya huru hara. Memang seronok semasa mula2 diterima bekerja. Tiga kali interview. Memang sangat teruja lah! Siap beli seluar slack baru lah bagai pasal semua seluar saya jenis Khakis bermacam2 kaler. Dalam erti kata lain, tujuh bulan saya telah berjaya mengumpul 5 uniform yang sangat payah untuk diiron dan sentiasa mendatangkan kemarahan setiapkali tibanya hujung minggu. Sebab? Kompom tidur lambat sebab sudah jadi kebiasaan saya iron baju untuk seminggu terus. Hahah!



Soon, all that will be in my memory. And, 7 months is worth. Since i am a very low profile person indeed, i will always like that. Rite? People will see me and know me as who i am. The best part is, i will be sick for the whole rest in my life. If this is my holly mistakes, i will not regret for this things is my choice. And i'll consider this as my destiny. Just set in mind that... *Rezeki saya di tempat ini hanya sampai di sini...*



Esok, saya bakal menjadi penganggur yang terhormat sehinggalah saya kembali pulih seperti biasa. Sehingga saya mula bekerja di tempat lain. Entahlah... Bila hidup ini akan clear daripada ubat2an pun, saya tidak tahu. Bercinta betul nak menelan pil2 yang macam2 atas meja di ruang tamu sana. Berjaya la juga tadi menelan sebiji. Ni kira on the way nak mamai juga lah ni. Huhu. Sehingga itu, selamat malam sahabat. Jumpa lagi di lain waktu... Terima kasih kerana masih sudi mengadap ayat2 yang tak berapa nak best ni.



"Allahuakbar.. Allahuakbar.."

Julung2 kali menghayati laungan azan Maghrib di Surau Ruvena Villa selepas tujuh bulan. Baeklah... Solat time. Assalammualaikum warahmatullah ..

Salam Sayang...



Plan hari esok:
  • Mentenen rumah. Rasa macam nak ubah kedudukan perabot living hall.
  • Mendobi. Kok rajen la nak menyidai .. kan... Akeke...
  • Jap gi nak cas camera untuk xtvt amek2 gamba yang dah lama gile berwsawang. Lokasi? Tak tau lagi di mana. Huhu....
  • Lain2 entah lah.. Tak tau nak taip apa dah. Tetiba rasa cam poyo lak nak plan2 utk hari esok. Ahahahahahah!!~









Wednesday, January 05, 2011

Hope For The Hopeless

Mini Gathering MobileIRC New Year, Sg. Lepoh, Hulu Langat, Selangor.
Credit to As for this nice pict.



Hands. Nampak kedut2 dah kulit. Hahah!





5 Januari 2011. Umur saya 30 tahun 2 bulan 5 hari. Macam dah tua kan? Ke memang dah tua? Huhuh. Hmm... Tak tau la nak karang apa je nih.. Haih! Rasa cam nak je tuka katanama 'saya' tu ke 'aku'. Tapi, macam kurang sopan pula rasanya. Dah terbiasa? Maybe la kot? 60% katanama saya gunakan 'saya'. 20% 'aku'. 10% 'i' dan 'u'. Mengikut keadaanlah. Hehe.

Kalau time bekerja, memang biasanya akan jadi 'saya'. Dengan kawan2, 'aku'. Rakan sekerja, kadang2 akan jadi 'saya', jarang2 akan jadi 'aku'. Pun, mengikut kesesuaian. Dengan sahabat, 'i' dan 'u'. Dengan yang tersayang, selalunya 'saya-awak'. Kadang2 'aku-engkau'. Jarang2 'i-u'. Pun.. mengikut kesesuaian dan keadaan. Akeke.


Apa yang saya merepek ni entah? Tak tau nak taip apa sebenarnya. Tapi, keinginan untuk meng-up-date blog meluap2 pula. Apa eh topic menarik? Hmm...


New year? ZERO. Malam new year saya di tempat kerja. Jam 2pagi lebih kurang baru sampai rumah. Terkilan? Ada lah sikit kot? Cadang nak layan tengok bunga api di mana2 yang ada lah kan? Tapi, sudahnya, saya ber-tahun-baru di tempat kerja. Hampir terlupa pun ada juga tu. Huhu.


Kalau di tanya apa azam baru, sumpah saya pun tak tahu apa azam saya tahun ni. Ada ke? Macam tak ada. Penat dah berazam yang tak berapa nak azam tiap kali menyambut tahun baru. ah memang tak sambut tahun baru pun kan?


Kalau dulu, zaman2 muda remaja, tahun baru itulah yang dinanti2kan. Bukan kerana ingin menanam azam, tapi, semata2 kerana hendak beronggeng dengan rakan2 sebaya. Majoriti macam tu kan? Tak kira lah apa jenis ronggengan sekali pun. Yang penting, menghabiskan masa, chill out with friends.


Mungkin, pada saya lah, dah bukan umurnya untuk menyambut tahun baru bersama rakan2 sebaya. Bak kata seorang sahabat, umur dah suku abad. Kalau diminta untuk flash back semula apa azam atau aktiviti tahun baru sebelum2 ni, memang saya tak boleh nak ingat.


Cuma, kalau ditanya apa sambutan tahun baru yang paling indah, jawapan saya hanyalah satu. Qiamullail pada malam tahun baru millenium. Tahun 2000. Sedekad yang lalu. Itu sahajalah yang betul2 menarik untuk dikongsi. Yang lain2, melalaikan diri di tempat2 yang melalaikan. Macam2lah...


Tahun ini, 2011, saya memang tidak menanam apa2 azam untuk ditunaikan. Buat apa tanam azam kalau azam hanya tinggal azam. Kan? Pada saya, tidak ada apa2 yang istimewa pun untuk diraikan. Cuma satu sahaja lah, andai kata saya boleh kembali ke sedekad yang lalu, selepas Qiamullail, saya akan semat kan dalam hati yang saya akan berubah menjadi seorang yang cemerlang dalam semua perkara, dunia dan akhirat. Hmm...



Kronologi 3 dekad:

1980: Tahun saya dilahirkan. Tak tau apa2 pun. Bayi yang suci murni dari segala dosa. Apa kenangan pun saya tak boleh nak ingat. Opkos la kan? Hue hue...

1990: Umur saya 10 tahun. Darjah empat. Saya kaki buli. Hahah! Suka buat hal yang tak elok di sekolah. Cikgu2 semua kenal saya. Cikgu disiplin panggil saya 'Klinik'. Sebab? Omak saya seorang nurse di Klinik Gemencheh. Rumah saya di Kuartes Klinik Gemencheh. Lain2 kenangan? Entah...

2000: Umur saya 20 tahun. Saya seorang siswa di salah sebuah Universiti ternama di Malaysia ni. Di mana? Sapa2 yang rapat dengan saya sajalah yang tahu. Time ni, saya tengah ligat. Semua benda saya cuba. Yang baik, elok, yang tak baik, tak elok, semua saya cuba. Nakal2 remaja tu biasalah kan? Hue hue.

2010: Umur saya 30tahun. Macam2 perkara dah saya lalui. Macam2 kenangan telah pun saya harungi. Wuceh! Hampir juga saya tunaikan janji saya pada azam Januari 2010 yang lepas. Tapi? Melepassss... 2010 juga saya rasakan yang saya telahpun miliki segala2nya sebagai seorang dewasa. Dewasakah? Dewasa dari segi umur lah. Kan? Malas nak cerita panjang. Adik saya yang bongsu pun dah berkeluarga. Akeke...

2020: Wawasan dua puluh dua puluh! Satu gagasan murni... Nyanyi sikit! InsyaAllah... Kok panjang la umur den. Buleh la samo2 baco watikah yang Tun Dr. Mahathir tanam 10 tahun dulu. Di mana eh? Sapa ingat? Umur saya akan jadi angka 40. Life begins at 40? Hehe. Tah macamana pula life saya 10 tahun akan datang.


Satu jangka waktu yang panjang. Banyak lagi perkara yang akan diharungi. Jodoh? Go to hell with jodoh! Boleh kata cenggitu? Kalau dah ditentukan Ilahi ada jodoh saya dengan sapa2, maka akan bernikah lah saya dengan sapa2 yang bertuah. Bertuah? Ke malang? Hahah! Apa yang saya tau, 2011, saya dah pun punyai anak seramai 7 orang. Biarlah bukan anak kandung sekali pun, sumber kewangan saya akan saya habiskan kepada mereka. InsyaAllah....



Selamat malam sayang...









Monday, December 27, 2010

Monday, November 29, 2010

--==[[ All These Things That I've Done!~ ]]==--

Assalammualaikum warahmatullah ...

Sebulan dah tak update blog ni. Niat nak update nya 2 3 hari lepas. Tapi, hanya mampu melihat2 sahaja apa yang ada. Malas nak menaip punya pasal. Klik klik saja lah tukar lay out. Hue hue. Apa kabar sahabat semua? Ada bagus ka tada bagus? Doa dan harapan semoga semuanya baik2 lah hendaknya ya?

Suasana di sini sangat sejuk. Tak payah nak ber air-cond2 dah. Hujan ala2 cam lebat tak lebat. Angin kuat. Nak mandi pun segan. Ahak! Nasib baik dah makan sebelum pulang tadi. Kalau tidak, kompom kebuluran sampai ke malam. Memang dah malam pun. Mata ada macam ala2 nak terkatup pun ada ni. Huehue.

Tadi, pagi2 keluar gi keje, memang dah terniat di hati nak balik awal. Mood mantap! Tapi energy takde. Isk. Payah tul. So, setel kan apa2 yang penting, sharp jam 5 terus out from building. Hoyeah!~ Makanya, berlunch + dinner lah saya dengan dia. Yeay!~ Dah lama tak begitu kan? Lebiu~ =P

Kenapa eh? Tetiba cam rasa nak back to Med School semula. Hmm. Tetiba rasa cam nak gi skolah semula pun ada juga. Haih! Cerita ceriti pasal SPM yang di ambil 13 tahun lepas. Woah! Lama gile tinggal kan bangku sekolah. If i can turn back time... Huhuh...

Cuti sekolah kan sekarang? Rasa macam nak bercuti2 Malaysia ke mana2. Niat di hati nak bawa anak2 melawat2 Zoo Negara pun ada nih. Jalan2 tengok2 haiwan2 seantero dunia. Huhuh! Anak2 buah okek! Isk.. Bila la nak ada anak sendiri nih...s0b...s0b...s0b...

Ahhh .. Baru dapat call yang... Tetiba mood lari... Isk ..

To be continue...










Wednesday, October 27, 2010

Kal Ho Na Ho

Assalammualaikum warahmatullah...
Apa khabar sahabat?


Tiba2 hati ini terasa teramat sayu. Fikiran melayang2. Entah apa yang difikirkan? Saya kurang pasti. Apa yang terlintas di ketika ini adalah tentang hala dan arah tuju kehidupan. 1 Oktober 2010 yang lalu genap umur saya 30 tahun. Lebih kurang 25 tahun lagi untuk sampai ke umur wajib bersara. Heheh...


Kosong.
Terlalu kosong.
Tanpa sunyi.
Tanpa sepi.
Kelu.
.
.
.
.
.
.
.
.
......................................


Situations come and situations go. We not know what the outcome will be. Giving up not an option but a sign of being weak. I think i'll just take all the positives and let the negatives leak. I try hardest to be the good and the best that i can. Take the bad and turn it good and the good into better.


Keep my head up and move forward through all the bad weather. Mistakes are okay as long as i learn cause nobodies perfect. Be prepared for the possibilities and prepared to leave the past in the past and be prepared to grow.


For me, life is like a book.


It's have the cover and pages and the theme. But, not everything is the same on each page you see. Life can be in routine or it can change like every night lay to dream. Life is like a book that have different stages in life. The beginning wrote hardly anything and the middle is most interesting.


Life is like a book that can have time to go through it get into each day. But, when the book ends, there is no more life i say! Life is like a book. Because, it begins and ends has so much detail and souls to win or to gain popularity To fall in love with life is like a book it all matters on which life and book you pick.


I know it’s too late and i should go to bed. I know that tomorrow will give me no rest. Sleep is so mean. It imposes itself. It never forgives whoever stays awake. I know it’s late. I’m going to bed. I’ll put writing aside.


.... And sleep instead....








Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)