Al-Fatihah...
Takziah juga kepada abang2 dan kakak2 sepupu saya serta seluruh ahli keluarga.
Salam Sayang Dan Rindu Selalu.. Ad.. :(
![]() |
| Solat Jenazah Arwah Ateh Di Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya, Selangor. |
It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings
Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth
![]() |
| Solat Jenazah Arwah Ateh Di Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya, Selangor. |
"Bismikallah hummanada'u....."
Bunyi alarm yang di set di hp selepas Subuh pagi2 tadi. Capai hp, stop alarm. Tarik selimut. Kebil2 mata sekejap. Pandang ke tingkap. Hah? Dah terang? Kerja!
Bangun tido. Aneh. Kenapa terang sangat jam 7 gini? Capai tuala. Pegi depan, buka sliding door. Dengan hanya berbokser dan towel dililit ke leher, menggeliat tak hengat punya, pahtu tutup langsir laju2 sebab baru pasan gadis comel, jiran yang duduk di rumah atas ni ada kat bawah... (tak tau la dia nampak ke tidak! haha!)
Pahtu pegi dapo, minum air masak segelas. Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Tekan butang on dan start. Masuk bilik, buka tingkap. Masih lagi terfikir, "kenapa terang sangat hari ni?"
Pergi depan, on tv, capai remote astro, tekan butang 103. Aneh. Tak ada MHI ke hari ni? Tukar ke channel lain. Bosan. Off tv. Masuk bilik nak mandi. Masih lagi berasa sangat aneh dengan pagi yang sangat terang.
Off tv. Off astro. Woh?!! Sudah pukul 11.39 rupanya? Pandang ke jam dinding, 11.49 (sebab cepat 10 minit. Hehe) Masuk bilik, tengok hp, 7.39AM. Hoh? Dah sejak bila jam hp tukar jadi time obersi? Haha! Hambik hobat! Nak keja apanya dah tengahari gini? Tengok page, ada 12msg pasal kes pagi ni. Kuikui.
Maka, bermalas - malasan la di atas katil sambil taip entry ni. Kikiki... No wonder la terang kedaung! Petang2 karang pegi la jenguk jap apa opis. Pahtu buleh g beraya jap mana2. Tak pun, balik kampung terus. Hehe.
Orait! Mahu mandi manda. Kebuluran sudah.
Salam Sayang Dan Rindu Selalu.... =)
Siang tadi ada berita yang saya tak tahu nak kategorikan macamana.
Gembira?
Sedih?
Teruja?
Entahlah. Rasanya ketiga2 rasa tu bercampur menjadi satu. Cuma tak tahu ke mana nak dituju.
Sesungguhnya, hati ini meronta2 untuk datang menjenguk. Call langsung tak dapat. Nak jenguk macamana?
Tidak mengapalah. Doa dan harapan semoga segala2nya baik2 aja. Doa dan harapan juga semoga segalanya tidak disalahertikan.
Salam rindu dan sayang selalu.
Hulala. Assalammualaikum Warahmatullah Salam Sejahtera Sahabat.
Hari ni, Ahad. Seperti biasa, masa terluang hujung minggu akan dihabiskan dengan menonton tv sampai lebam. Kalau dulu, time kanak2, Omak selalu kata baca buku dari kulit ke kulit. Sekarang, tengok tv dari cenel ke cenel lah pulak. Kan? Haha! Apa aktiviti uols hari ni?
Riuh betul bunyi di bawah nun! Semalam, pengumuman di dewan bunyinya macam ada gotong royong bersihkan kawasan apartment. Tapi, macam tak meriah pula bila dijengok? Abaikan aje la...
Hari ni juga ada jemputan makan preeeeeee di Kapar, Klang. Motip letak eee banyak2? Sebab dah lama teruk tak rasa nasi minyak orang kenduri kahwin. Haha! Jam dah menunjukkan pukul 12. Tik tok! Tik tok! Tik tok! Liatnya nak pergi mandi.
Semalam, jam 12 baru terjaga dari lena. Kenyang tidur! Petang lepas Zohor terlena lagi sampai jam 7. Terabai sahabat yang ajak berpeleseran di Sunway semalam. Macamana boleh lena agaknya entah?
Ni kejap lagi mahu mandi manda, pahtu siap2 terus keluar. Ke mana? Entahlah... Tengoklah ke mana arah stereng dipusingkan nanti. Akeke. Tempat pertama nak pergi: Kedai Suba. Rambut dah ala2 nak kena denda dengan pengawas kalo time sekolah dulu. Tak pun, ala2 nak kena gunting dengan cikgu disiplin. Haha!
Cadang macam nak lepak Kajang. Ada juga terfikir nak ajak Uj lepak karaoke. Ada juga terlintas nak ajak Lina tengok wayang di Alamanda. Cadang aja tu. Silap2 kang, sampai ke malam melepet macam lempeng layan tv. Haha! And the worst is... terasa macam nak pergi kerja. Cemerlang sangat!
Okay! Salam Rindu Dan Sayang Selalu.... Tata! ;-)
Assalammualaikum warahmatullah, salam sejahtera, selamat pagi sahabat. Apa khabar? Macam biasa, doa dan harapan saya semoga anda sihat sejahtera dan bahagia selalu hendaknya walau disamping apa jua tugasan harian anda di kala ini.
Hari ni, Sabtu. Malam tadi plan nak sambung tidur lepas subuh. Tapi tak boleh lena pula. Kalau hari bekerja punyalah liat! Maka, ber'housekeeping'lah saya jawabnya.
Pakaian kotor sampai 4 longgok! Haha! Aje habis la kalau hujan hari minggu ni. Kepala dah terbayang2 tempat pengering baju yang jual di Tesco sana. Ada yang terbeli juga nanti.
Hari ini saya akan ke Melaka sama Uj dan RenTung tengok tempat untuk Gathering Kelab. Tunggu 2nd trip mesin basuh, lepas tu mandi, siap2 tunggu Uj call. Harap2 adalah tempat yang reasonable harganya.
Well, mata makin stim pula bila mengarang dan terbaring atas sofa ni. Akeke. Nak lena kejap barang setengah jam. Tata....
#Minggu yang sangat meletihkan jiwa dan raga....
#Plan karang nak singgah Bukit Piatu, nak pow mem asam pedas Melaka. Ngehuehue...
Salam Rindu Dan Sayang Selalu.... :-)