It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Saturday, January 31, 2015

Lemon Tree



I wonder how 
I wonder why 
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky 
And all that I can see is just a yellow lemon-tree 
I'm turning my head up and down 
I'm turning turning turning turning turning around 
And all that I can see is just another lemon-tree 

Lama tak dengar lagu nih .. 

...Sedang melayan sahabat lama.. Juan Danza ke udara di Wheelerz Net Radio. Baru sahaja saya invite hari ni untuk sama2 memeriahkan suasana Wheelerz yang kekurangan DJ aktif. Satu ketika dulu ramai. Terlalu ramai sampai berebut nak On Air sampai gaduh2 manja gitu. Sekarang hanya tinggal Dj2 yang tegar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..Hehe.. yang masih mencuri masa - masa peribadi yang terluang untuk menemani para pendengar yang masih lagi setia memberi sokongan mereka. Berapa banyak "yang" entah.. belasahhhh.. haha...


Seketika terimbau kepada kenangan betapa meriahnya Dj2 online bersatu di satu siaran yang boleh dikatakan begitu gah satu ketika dulu. Hari ini, majoriti antara Dj2 yang pernah berpaksi di bawah satu akar dulu sudah pun menerbitkan channel2 sendiri. Ada yang berjaya. Ada yang terlungkup. Ada juga Dj2 yang terus hilang mem-bizi-kan diri dengan kehidupan masing2.


Saya? pernah juga menghilang dan menerbitkan channel sendiri sekadar suka2 melayan pendengar2 yang masih lagi setia selepas tiba2 tersungkurnya channel yang begitu gah dulu. Masa yang sama, masih lagi ber-Dj jika dijemput untuk On Air di channel rakan2 Dj yang lain. Sahabat yang dah macam adik badik yang memperkenalkan saya dengan radio online yang satu dulu itu pun sudah semakin menyepi. Unless kalau saya tiba2 gatal menggodek software di pc ketika melepak di rumahnya, dia akan tumpang On Air sama. Itu pun sudah sekian lama saya tidak jejak kan kaki ke rumah Atok dan Neneknya. Ouh! Lupa nak info .. Dia tinggal dengan Atok Nenek.


Terima kasih kepada Dj Tom Kuruzz yang sudi mengajak saya Dj di WNR ketika mula channel ini diwujudkan. Terima kasih kepada saudara Mohd Rizan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus bergelar Dj di WheelerzNetRadio sehingga ke saat ini. 
Tenggelam timbul saya dalam WNR. Namun anda berdua masih lagi mengekalkan saya di WNR. 
Terima Kasih kepada Dj Qaseh Anna Delaila yang boleh dikatakan antara Dj tegar yang sama2 menaikkan WNR sehingga kini.
Selamat Datang dan terima kasih kepada Dj Sam Kazuma yang sudi meng-offer diri untuk menjadi salah seorang Dj di WNR.
Selamat datang dan terima kasih juga kepada sahabat Juan Danza yang sudi menerima tawaran saya untuk menjadi Dj WNR pagi2 tadi. Sorry uols! Ai tak gtau pun invite Juan pasal ai tau kebolehan dan bakat dia. hehe.


Doa dan harapan semoga WheelerzNetRadio Lemon Tree ini akan kekal di persada dunia radio atas talian dan akan gah seperti nama2 besar radio tempatan di Megahertz satu hari nanti. InsyaAllah .. :)

Maghrib dah...
Afk dulu. Bila2 nanti update lagi. InsyaAllah.
Salam RIndu Dan Sayang Selalu. Ta. Ta.



Friday, January 02, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

1 Januari 2015.

Tahun baru. Agenda baru? Azam baru? Ada tiga azam yang ditanam dan digali semula semalam. Laksana? Belum habis tahun, belum tahu. Cuma berharap ia dapat dilaksanakan sehingga sempurna.

Pagi. Subuh. Terlajak. Lagi 5 minit jam 7 pagi baru tersedar. Macam selalu, akan ke bilik air belakang (dapur) dulu sebelum buat apa2. Sempat solat subuh. Alhamdulillah.

Rutin, on suis water dispenser, on suis mesin basuh, ambik gelas powerpuff girl (jangan gelak), tuang sesachet chocolat malt jenama tesco, letak susu sesudu, quaker oat 2 sudu, refill makanan Hery, tuang air panas ke dalam campuran tadi, dan minum sambil hadap Hery makan.

Selesai segala, landing sekejap sambil berfikir tentang kerja. On lappy, buka file yang dibawa pulang dua hari lepas, klik-klik, taip-taip. Refer. Baca. Fokus. (Konon). Urut-urut belakang kepala, tengkuk dan bahu yang rasa kebas.

Selang 30 minit, urut-urut belakang kepala, tengkuk dan bahu yang terasa kebas. Termenung sekejap memikirkan nasib. Tarik nafas dalam-dalam. Sengih. Klik icon Google Chrome dan klik Facebook. Scroll ke atas ke bawah. Bosan. Layan Crime Scene. Hehe.

Sakit. Tapi kena habiskan jugak. Detik hati ketika membilas pakaian di dalam mesin basuh manual yang dikeluarkan dari stor dan digunapakai semula dek kerana mesin basuh automatik yang rosak tidak langsung sempat untuk dibaiki.

Spin. Tinggalkan mesin basuh. Perlahan kaki melangkah ke dalam bilik untuk baring seketika dek kerana sakit yang tiba2 rasa menyucuk ke tulang belakang. melayang-layang badan rasanya. Gagahkan juga.

.........Bersambung.... Mata dah mengantuk sangat. Kuat betul kesan ubat yang baru diterima tempoh hari.

Selamat Malam!

Salam Rindu dan Sayang Selalu...





Wednesday, February 05, 2014

Tajuk? Lupa Nak Fikir.



5 Februari 2014. Rabu. 11.38am. Ala2 nak dekat time lunch sudah. Lama betul tak jenguk2 blog ni. Macam dah banyak pula perubahan. Konon. Hehe...


Pagi tadi, setelah sekian lama, tiba2 pemanduan ke Subang diganggu rasa mengantuk yang sangat hebat. Berapa kali nak terbabas entah. The best part is, baru masuk tol Mex Hiway, lebih kurang 10 minit je keluar dari rumah mata macam minta diletak batang mancis je rasa. Seksanyalah. Nak berhenti tidur tepi jalan? Aje lambat pula thumb print nya nanti.


Entah kenapa letihnya lain macam lately. Nak kata banyak sangat kerja? Sama saja seperti yang sudah2. Planner tetap macam tu juga. Tidak ada pula penambahan apa2. Cuma... kes report yang berlambak2 nak dingadap. Huhu. Lain2? Tetap sama macam tu tak berubah2. Maka, since Januari 2013 start kerja sini, julung2 kalinya saya tidur selepas thumbprint. Siap ahkak cleaner tegur macam baru bangun tidur lagi. Haha! Woah! Dah tua sangat ke? Ouch!


Godek2 sistem case report, rupanya ada lagi 2 3 kes yang masuk January 2013 yang tak close2 lagi hingga ke hari ini. Mulalah nak sergah semua staff yang terlibat dari awal. Rupanya masih tunggu insurans release. Kesiannyalah. Setahun sudah. Yang saya pun, macamana boleh terlepas pandang? Haiseh...


Dari pagi tadi, kerja saya hanya mebelek2 dan menyusun file kes2 yang menimbun atas meja. Haha! Bila nak start baca entah? Petang ni ada dua discaj. Maka.. Muka akan sangat ketat sampai tiba masa nak discajnya. Rasa macam nak tidur je dalam surau ni lunch time karang. Buleh? Kui kui...


So.. 12.02noon. Away keluar sekejap ambik angin. Kok rajin karang sambung lagi menaip. Motip sangat hengkau nak hapdet blog ala2 diari gitu noks! Kikiki... Azam 2014 lah kunun. Februari baru hengkau nak start. Hulala... 


Orait~ To be continue~~~
Salam Sayang Dan RIndu Selalu~~~


Thursday, September 26, 2013

Speechless

Assalammualaikum Warahmatullah. Salam Sejahtera.


Sekian lama blog ini terabai. Bukan malas atau sengaja. Tetapi tidak punyta kelapangan yang sesuai untuk mengarang atau berkongsi buah akal bersama sahabat semua.


7.15pg, 20hb September 2013, Jumaat bersamaan 14 Zulkaedah 1434 hijrah, panggilan diterima daripada Bonda Tercinta, Hjh Mahayani Hj. Dahalan yang mengatakan kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga yang sangat disanjung dan disayangi. Arwah Ateh, pakcik yang paling rapat, yang kadangkala saya panggil Ayah, Hj Abdul Talib B. Ismail telah kembali ke rahmatullah dengan membawa segala amalan indahnya sehinga ke liang lahad. 


Wajah arwah yang tidak pernah lekang dengan senyuman semasa hayatnya kekal sehingga arwah dikafan dan disemadikan. Wangian yang semerbak mengiringi jenazah bersama ahli keluarga rapat yang terlibat dalam pengurusan jenazah dari saat arwah terbujur kaku di ruang tamu anak sulungnya, Abang Atan sehingga ke tanah perkuburan Kota Damansara tempat persemadian abadinya.


Sesungguhnya saya masih lagi berasa sedih dengan kehilangan arwah. "Ateh ghaso, tahun ni rayo torakhir Ateh ni...Datang la rayo samo Ateh.. Esok kok monyosa tak sompek jumpo...." Masih terngiang kata2 arwah di telefon ketika Syawal yang lalu. Saya tidak sempat menziarahi atau beraya bersama arwah. Hanya menelefon bertanyakan khabar berita kedua2nya.


Apa yang tergambar di waktu pengurusan jenazah arwah adalah merupakan sesuatu yang paling indah pada semua yang ada. Solat jenazah telah disempurnakan oleh hampir kesemua jemaah di Masjid Al-Hidayah yang hadir selepas menunaikan solat Jumaat pada hari yang sama.


Doa dan harapan semoga roh Allahyarham Ateh tenang di sana dan rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan soleh. Tiada kata yang dapat Ad ucapkan selain doa dan hadiah Yassin serta Al-Fatihah dan bacaan ayat2 suci Al-Quran untuk Ateh. Maafkan Ad kerana tidak sempat tunaikan permintaan Ateh untuk kenalkan bakal menantu yang tidak pernah wujud. Maafkan juga Ad tak sempat ziarah Ateh seperti yang telah dijanjikan dua hari sebelum pemergian Ateh... :(


Al-Fatihah...
Takziah juga kepada abang2 dan kakak2 sepupu saya serta seluruh ahli keluarga.
Salam Sayang Dan Rindu Selalu.. Ad.. :(


Solat Jenazah Arwah Ateh Di Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya, Selangor.



Saturday, August 17, 2013

Pagi Yang Gelap

"Bismikallah hummanada'u....."

Bunyi alarm yang di set di hp selepas Subuh pagi2 tadi. Capai hp, stop alarm. Tarik selimut. Kebil2 mata sekejap. Pandang ke tingkap. Hah? Dah terang? Kerja!

Bangun tido. Aneh. Kenapa terang sangat jam 7 gini? Capai tuala. Pegi depan, buka sliding door. Dengan hanya berbokser dan towel dililit ke leher, menggeliat tak hengat punya, pahtu tutup langsir laju2 sebab baru pasan gadis comel, jiran yang duduk di rumah atas ni ada kat bawah... (tak tau la dia nampak ke tidak! haha!)

Pahtu pegi dapo, minum air masak segelas. Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Tekan butang on dan start. Masuk bilik, buka tingkap. Masih lagi terfikir, "kenapa terang sangat hari ni?"

Pergi depan, on tv, capai remote astro, tekan butang 103. Aneh. Tak ada MHI ke hari ni? Tukar ke channel lain. Bosan. Off tv. Masuk bilik nak mandi. Masih lagi berasa sangat aneh dengan pagi yang sangat terang.

Off tv. Off astro. Woh?!! Sudah pukul 11.39 rupanya? Pandang ke jam dinding, 11.49 (sebab cepat 10 minit. Hehe) Masuk bilik, tengok hp, 7.39AM. Hoh? Dah sejak bila jam hp tukar jadi time obersi? Haha! Hambik hobat! Nak keja apanya dah tengahari gini? Tengok page, ada 12msg pasal kes pagi ni. Kuikui.

Maka, bermalas - malasan la di atas katil sambil taip entry ni. Kikiki... No wonder la terang kedaung! Petang2 karang pegi la jenguk jap apa opis. Pahtu buleh g beraya jap mana2. Tak pun, balik kampung terus. Hehe.

Orait! Mahu mandi manda. Kebuluran sudah.

Salam Sayang Dan Rindu Selalu.... =)

Tuesday, August 13, 2013

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Assalammualaikum Warahmatullah...
Salam Sejahtera...
Salam Aidilfitri... Maaf Zahir Dan Batin...


Hari ni 6 Syawal 1434. Sepatutnya saya sudah mula bekerja hari ni. tapi masih lagi di atas katil. MC. Esok baru mula bekerja. Maka esok akan bermulalah hari2 sibuk.


How's Raya? Raya saya tak berapa nak meriah. Untuk saya sahajalah, tak sihat. Seperti tahun2 sudah, saya masih lagi balik raya sorang. Cuma tahun ni tak ada pula soalan dari Ayahanda "Sampai bila nak balik Rayo sorang2 ni..?" Akeke...


Ya lah. 33 sudah umur saya. Sudah tak terfikir pasal nikah kahwin. Sorang pun sorang lah .. Cuma ada sikit terfikir..... Sapa la yang akan jaga sakit makan pakai bila dah tua nanti. Huhu .. Macam sekarang inilah. Keseorangan kesepian. Wuceh! 


Saya dapat duit raya. RM4.00 Ahaha! Satu angpow RM2.00 daripada adik sepupu yang dah berkahwin dan ada anak. "Alang lom kawin .. Angah bagi yo lah...." Katanya. Akeke.. Satu lagi tak ingat dari sapa. RM2.00 juga nilainya.


Teringat dolu2.. palingbanyak duit raya yg saya pernah dapat adalah sikit.. dalam RM500.00 lebih gitu.. Time tu masih belajar kalau tak silap. Sekitar awal 20-an gitu. Meriah kan? Bagusnyalah kalau dah tua bangka ni masih dapat macam tu. Wahaha! Tapi hapgred sikitlah jadi RM5000.00. Huhu.


Kuih raya? Tadak! Sebab semuanya beli. Malas nak bawa balik. Serupa beli di Giant atau Tesco Puchong. Macam biasa, makanan rutin yang akan dibawa pulang ialah rendang maman. Makanan yang sangat popular dikalangan orang2 Negeri Sembilan atau di Gemencheh khasnya.


Baju raya? Ada 2 pasang. Hehe. Beli last minit. Malam sebelum pulang beraya. Pakai di Hari Raya Pertama sahaja. Gambar? Tadak! Tangan sibuk pegaang perut yang kesakitan. Huhu.


Apa lagi nak hapdet ni ya? Esok lusa lah pulak... Nak mandi manda. Kejap lagi nak makan. Pahtu nak pergi beli seluar slack murah di Tesco. 


Salam Rindu Dan Sayang Selalu.... =)






Tuesday, March 26, 2013

Aishiteru

Siang tadi ada berita yang saya tak tahu nak kategorikan macamana.

Gembira?

Sedih?

Teruja?

Entahlah. Rasanya ketiga2 rasa tu bercampur menjadi satu. Cuma tak tahu ke mana nak dituju.

Sesungguhnya, hati ini meronta2 untuk datang menjenguk. Call langsung tak dapat. Nak jenguk macamana?

Tidak mengapalah. Doa dan harapan semoga segala2nya baik2 aja. Doa dan harapan juga semoga segalanya tidak disalahertikan.

Salam rindu dan sayang selalu.

Sunday, March 17, 2013

Untitled

Hulala. Assalammualaikum Warahmatullah Salam Sejahtera Sahabat.

Hari ni, Ahad. Seperti biasa, masa terluang hujung minggu akan dihabiskan dengan menonton tv sampai lebam. Kalau dulu, time kanak2, Omak selalu kata baca buku dari kulit ke kulit. Sekarang, tengok tv dari cenel ke cenel lah pulak. Kan? Haha! Apa aktiviti uols hari ni?

Riuh betul bunyi di bawah nun! Semalam, pengumuman di dewan bunyinya macam ada gotong royong bersihkan kawasan apartment. Tapi, macam tak meriah pula bila dijengok? Abaikan aje la...

Hari ni juga ada jemputan makan preeeeeee di Kapar, Klang. Motip letak eee banyak2? Sebab dah lama teruk tak rasa nasi minyak orang kenduri kahwin. Haha! Jam dah menunjukkan pukul 12. Tik tok! Tik tok! Tik tok! Liatnya nak pergi mandi.

Semalam, jam 12 baru terjaga dari lena. Kenyang tidur! Petang lepas Zohor terlena lagi sampai jam 7. Terabai sahabat yang ajak berpeleseran di Sunway semalam. Macamana boleh lena agaknya entah?

Ni kejap lagi mahu mandi manda, pahtu siap2 terus keluar. Ke mana? Entahlah... Tengoklah ke mana arah stereng dipusingkan nanti. Akeke. Tempat pertama nak pergi: Kedai Suba. Rambut dah ala2 nak kena denda dengan pengawas kalo time sekolah dulu. Tak pun, ala2 nak kena gunting dengan cikgu disiplin. Haha!

Cadang macam nak lepak Kajang. Ada juga terfikir nak ajak Uj lepak karaoke. Ada juga terlintas nak ajak Lina tengok wayang di Alamanda. Cadang aja tu. Silap2 kang, sampai ke malam melepet macam lempeng layan tv. Haha! And the worst is... terasa macam nak pergi kerja. Cemerlang sangat!

Okay! Salam Rindu Dan Sayang Selalu.... Tata! ;-)

Saturday, February 23, 2013

Supremacy

Assalammualaikum warahmatullah, salam sejahtera, selamat pagi sahabat. Apa khabar? Macam biasa, doa dan harapan saya semoga anda sihat sejahtera dan bahagia selalu hendaknya walau disamping apa jua tugasan harian anda di kala ini.

Hari ni, Sabtu. Malam tadi plan nak sambung tidur lepas subuh. Tapi tak boleh lena pula. Kalau hari bekerja punyalah liat! Maka, ber'housekeeping'lah saya jawabnya.

Pakaian kotor sampai 4 longgok! Haha! Aje habis la kalau hujan hari minggu ni. Kepala dah terbayang2 tempat pengering baju yang jual di Tesco sana. Ada yang terbeli juga nanti.

Hari ini saya akan ke Melaka sama Uj dan RenTung tengok tempat untuk Gathering Kelab. Tunggu 2nd trip mesin basuh, lepas tu mandi, siap2 tunggu Uj call. Harap2 adalah tempat yang reasonable harganya.

Well, mata makin stim pula bila mengarang dan terbaring atas sofa ni. Akeke. Nak lena kejap barang setengah jam. Tata....

#Minggu yang sangat meletihkan jiwa dan raga....
#Plan karang nak singgah Bukit Piatu, nak pow mem asam pedas Melaka. Ngehuehue...

Salam Rindu Dan Sayang Selalu.... :-)

Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

Hai... Assalammualaikum warahmatullah.. Salam sejahtera...lama sungguh blog ni tak berupdate. Bukan tak ada masa atau apa. Tapi cuma malas melanda. Ada juga kodeng dan baca blog kawan2  yang terpilih. Kawan2 yang terpilih? Sendiri tahulah kan? Hari ni, saya update blog guna handphone. First try. Tak boleh pula nak enter untuk taip perenggan seterusnya. Nak kena touch spacebar banyak2 kali pula. Akeke. So.... apa nak cerita ya? Hari ni cuti. 12 Rabiulawal. Salam Maulidur Rasul. Hari Lahir yang paling agung dan disambut di seluruh dunia. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammaf s.a.w. Seperti biasa juga hari cuti saya akan diisi dengan aktiviti menonton tv sampai lebam. Pernah juga layan tv sampai mabuk dan muntah2. Haha! Again! Saya memang hantu tv. Tahun ni umur saya bakal menjangkau ke angka 33. Ganyut dah. Apa itu ganyut? Sila google tanpa kompromi. Bila entah nak berkeluarga? Sudah malas untuk fikir tentang pasangan hidup. Apa yang pastinya, saya bahagia hidup begini. Kerja. Kerja. Kerja. Kadang2 sampai nak makan pun terlupa. Maklumlah, dah suku abad. Cuma, kadang2 ada terfikir, siapalah yang akan menjaga makan pakai di hari tua kelak? Kok la dipanjangkan umur kan? Sedih. Haru. Ok! Mahu mandi dan keluar ke Tesco. Mahu cari barang sikit. Cadangan sahajalah. Kok rajin, keluar. Kok malas, lepak depan tv sampai waktu mahu tidur malam nanti. Rasanya % malas lagi tinggi daripada % rajin ni. Akeke.. Salam Sayang Dan Rindu Selalu. Salam Maulidur Rasul kepada semua sahabat. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. 

Saturday, December 22, 2012

One More Night

Nota time study.
Terjumpa time kemas2 stor 2 3 minggu lepas.
Satu bundle.
Dulu, rajin buat nota satu bab sehelai kertas yang dilipat 4.
Rajin la sangat .. konon.. Ahaha... :D

Assalammualaikum warahmatullah... Salam Sejahtera...

Lama betul tak mengarang di blogger ni. Apa khabar sahabat? Doa dan harapan semoga sihat2 sejahtera hendaknya walau di samping apa jua tugasan harian sahabat di luar sana.

Lebih kurang 9 hari lagi tahun baru 2013 bakal menjelang. Maka dengan rasminya umur saya akan mengjangkau ke aangka 33. Ikut tahun 33. Ikut tarikh lahir masih 32. Hehe. Azam tahun baru? Ilek pocik! Tak tau nak fikir azam apa tahun ni.

Teringat kata seorang sahabat saya, angka 32 masih boleh diterbalikkan jadi 23. 33 terbalikkan masih lagi 33. 34? terbalikkan jadi 43. 35? 53. Begitu jugalah angka2 seterusnya. Mant0p!

2 Januari nanti saya akan mula bekerja di tempat baru. Jawatan masih sama. Cuma tempat sahaja baru, dalam sektor swasta. Doa dan harapan semoga tempat baru nanti akan menjadi pemangkin kejayaan diri ke peringkat yang lebih mantap dan jitu.

Orang kata saya garang. Tidak tahulah macamana di tempat baru ni nanti. Makin garang atau oke sikit ke entah. Tunggu dan lihat sahajalah. Apa yang pasti, bayaran lumayan. Mungkin stress akan menjadi2 di sini nanti.

Baiklah. Salam Rindu Dan Sayang Selalu... :)

Tuesday, June 26, 2012

No Suprises


A heart that's full up like a landfill
A job that slowly kills you
Bruises that won't heal

You look so tired and unhappy
Bring down the government
They don't, they don't speak for us
I'll take a quiet life
A handshake of carbon monoxide

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
Silent, silent

This is my final fit, my final bellyache with

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises please

Such a pretty house, and such a pretty garden

No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises please (let me out of here)


Sunday, June 03, 2012

Uprising






The paranoia is in bloom, the PR
Transmissions will resume, they'll try to
Push drugs, keep us all dumb down and hope that
We will never see the truth around, so come on

Another promise, another scene, another
Package not to keep us trapped in greed with all the
Green belts wrapped around our minds and endless
Red tape to keep the truth confined, so come on

They will not force us
And they will stop degrading us
And they will not control us
We will be victorious, so come on

Interchanging mind control, come let the
Revolution take its toll, if you could
Flick a switch and open your third eye, you'd see that
We should never be afraid to die, so come on

Rise up and take the power back, it's time that
The fat cats had a heart attack, you know that
Their time is coming to an end, we have to
Unify and watch our flag ascend, so come on

They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious, so come on

Hey, hey, hey, hey
Hey, hey, hey, hey
Hey, hey, hey, hey

They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious, so come on

Hey, hey, hey, hey





Sunday, April 22, 2012

Faithfully



Assalammualaikum warahmatullah sahabat.


Dah berubah pula Blogger ni. Agak lebih mant0p fungsi2nya. Tiada apa yang menarik untuk saya karangkan. Cuma, ingin berkongsi aktiviti sehariian saya pada hari Ahad yang cerah ini sementara menunggu call.


Pagi, celik mata, tengok jam, 8.52pg. Awal sungguh! Berbanding minggu lepas, 12.52 tengahari. Mungkin kerana tidur di ruang tamu dengan sebiji bantal, membuatkan saya terjaga awal.


Mungkin juga kerana kain langsir diruang tamu ini yang bermaterialkan satin nipis membuatkan cahaya terbit matahari pagi agak terang dan menyilaukan. Ketiadaan bantal busuk dan blanket boleh dijadikan penyebab juga. Haha!


Pada mulanya saya berkira2 mahu pindah masuk ke dalam bilik untuk menyambung tidur. Tapi, apabila memikirkan pakaian untuk bekerja esok masih belum dicuci, maka saya bingkas bangun dan terus menekan butang on untuk kombinasi nombor channel2 pada remote tv.


Mujur tiada apa yang menarik untuk ditonton. Kalau tidak, mahunya saya menjadi statue di depan tv sampai tengahari tanpa membuat apa2 yang patut. Boleh? Memang itulah rutin hujung minggu jika tidak keluar ke mana2.


Bangun, menggeliat ala2 yoga sekejap, buka sliding door yang sudah seminggu lebih tidak dibuka, sepitkan langsir, masuk bilik, tarik tirai buluh tingkap tinggi2, ikat langsir, buka tingkap luas2, capai tuala, masuk bilik air, mandi.


On pc yang dah ala2 nak berhabuk ni, on Sam4, 'Q' kan lagu2 peberet, maksimakan volume. Pergi dapur, masak air, berehat2 seketika di sofa sambil memandang ke luar dan berfikir apa yang hendak dibuat.


Sekitar jam 10, bawa berus sabut dan air sabun sebaldi ke beranda, cuci tahi burung yang menggelikan di pagar, sliding door, lantai dan besi beranda. Busuk betul baunya. Bagaimana mahu mendobi jika tidak dicuci? Kotor pula pakaian yang dijemur nanti. Kan?


Entah kenapa saya terlalu rajin pula hari ni. Tanggalkan cadar dan sarung bantal untuk dicuci, ganti langsir, mop lantai satu rumah sampai 3 kali. Susun2 aksesori dalam almari. Buang barang2 yang sudah tidak digunakan. Siap main masak2 untuk sarapan bagai.


Jam 3ptg, ketika sedang terlantar keletihan di atas sofa di ruang tamu, saya mendapat panggilan telefon. Plan nak keluar beriadah di ta....


Woh! 5.30ptg. Dah dapat call! Really need to go! Yeay! Tata! Arr... Ada lagi 2 trip pakaian yang hendak dicuci. Karangan ni juga bakal tergantung sampai bila2. nGa!


Salam Rindu Dan Sayang Selalu....





Wednesday, April 11, 2012

Blackout

Baby. Little Iguana. In memory. Died 3 @ 4 weeks ago. Cant remember the exact date. Owner: My buddy.


26 Disember 2004. Facebook bukanlah satu fenomena. Kalaulah facebook sudah luas penggunaannya waktu itu, mungkin angka korban bencana tsunami 2004 tidak seperti apa yang tercatat pada sejarah dunia. Selama itu juga, sehingga kini, ada berlaku beberapa gegaran yang tidak begitu kuat dirasai di negara kita Malaysia.


Hari ini, berlaku lagi gempa yang boleh dirasai oleh rakyat permai bumi Malaysia. Rata2 antara kita juga berkongsi pelbagai maklumat dan pengalaman dari masa ke masa bermula daripada gegaran kuat yang dirasai ptg tadi. Pelbagai spekulasi akan berlakunya tsunami juga disebarkan. Untuk apa? Amaran dan peringatan kepada sahabat2.


Sampai ke saat dan ketika ini, belum ada apa2 berita tentang berlakunya tsunami dan amaran juga ditarik balik. Tunggu sahajalah apa yang bakal berlaku. Semuanya qada' dan qadar Allah swt yang Maha Berkuasa menjadikan dan menentukan sesuatu. Kun fayakun...


Ramai juga yang menyebarkan berita palsu dek kerana keghairahan berkongsi maklumat sesama sahabat. Mungkin juga ada antara mereka yang tidak sedar maklumat palsu boleh mencetuskan pelbagai rasa kurang senang terhadap sahabat2 yang merasai atau mengalami situasi yang sebenar.


Saya perhatikan, ada juga antara sahabat2 facebook yang menerima makian gara2 menyebarkan maklumat yang tidak benar atau sipi2 sahaja kebenarannya. Propaganda yang mengundang publisiti.


Ada juga saya bercadang untuk berkongsi situasi cemas yang dialami lapan tahun yang lalu. Di mana ketika itu, baru 5 bulan menetap di Taman Putra Perdana. Pendek kata, masih kuat lagi bau simen di setiap ruang di rumah ini.


Masih segar lagi beberapa anggota Majlis Perbandaran bermotorsikal yang meronda Putra Perdana kerana kes anjing serang budak ketika semua penghuni Ruvena Villa berlari turun dan berkumpul di padang dek kerana gegaran kuat yang dirasai.


Rata2 penduduk terpinga2 kerana ramai yang telah lena dibuai mimpi pada waktu kejadian. Apa yang didengar di telinga ketika itu hanyalah laungan dan ketukan kuat di pintu mengarahkan semua penghuni mengosongkan bangunan yang dibina di atas lombong ditambak dan dikhuatiri runtuh.


Hanya pada jam 3 atau 4 pagi penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing2 setelah berkampung di padang dengan pengawasan pihak berkuasa. Polis, 2 trak bomba dan FRU datang meronda bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.


Apa yang pastinya, kekecohan yang berlaku adalah berpunca daripada bencana dunia yang menyebabkan ratusan ribu manusia terbunuh. Itu jugalah pengalaman paling dasyat yang pernah saya alami seumur hidup saya bersama penghuni 916 dan jiran2.


Ini kenangan yang tidak dapat dilupakan setiap detik dan ketikanya sehingga ke saat ini. Kalau nak diceritakan lagi, rasanya mahu sampai esok saya menaip. Jadi, eloklah sahaja ditamatkan di sini. Perut terasa lapar pula. Mahu goreng cekodok tuna mayonis.


Salam Rindu dan Sayang Selalu. Assalammualaikum Warahmatullah.... =)



Sunday, February 19, 2012

Drowning





Listen closely, stand still for one moment can you hear me? When i whisper your name at night starring all over my room, do you feel a cold chill come over you? Do you feel me like i feel you?


Do you long for my tender kisses for that soft gentle touch? Or am i just delusional in this madness i once thought was love?


When i pray, do you feel the power of love i am sending? When i cry, do you feel the pain i am feeling? Every time you turn me away, do you know how i hurt, do you even care?


Do you ever sit alone and wonder what things might have been like together? I am at war with myself every day. I have tried making myself to not care.


I have reminisced the past, and even dwelled on all the memories, all the words we have shared together trying to convince myself.


So many times i see you in my dreams' and i am sure to see you tonight. There you are, within reach, yet i cannot hold you, i cannot kiss you as i desire, and i cannot make you love me as i have prayed for so many nights.


How could i love you so much, yet you hardly know i exist? Sometimes, i feel that you are so careless with your feelings, so nonchalant. I don't know how you do it, how can you not feel my love inside you?


You will forever be there. You are the burden in my heart that will shine in me forever. My head is telling me i am a fool and that the feel must not end. My heart tells me love has no end, no boundaries, no rules or fine lines.


You know nothing about this pain, about the torture. I have searched and searched to find a way to release this pain and i am left with nothing.


Without your love, i will always be left with nothing. This is a game i cannot win. I cannot overcome. I want to give up sometimes, but there is no point in that because the feeling i feel will still be there.


No matter how defeated i may feel, i’ll never end this. Last night as i lay sleeping, a vision came to me. It was of you and i, a wondrous sight to see.


And in the dream i had, i reached and touched your face. I clasped your hand in mine. And felt your warm embrace. You held me for a minute. In this moment that did fleet.


I wakened from the dream with a thought of you that stayed with me throughout the day. And never once did fade. I fall asleep thinking of you. Dreaming of things i wish were true. As i wake i shed a tear, because i awake without you here.


“I love you without knowing how, or when, or from where. I love you straightforwardly without complexities or pride. I love you because I know no other way then this. So close that your hand, on my chest, is my hand. So close, that when you close your eyes, I fall asleep.”



Sunday, January 08, 2012

Unintended


You could be my unintended

Choice to live my life extended

You could be the one I'll always love

You could be the one who listens to my deepest inquisitions

You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can

But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged

All my dreams and all my balance

She could never be as good as you

You could be my unintended

Choice to live my life extended

You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can

But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can

But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

Before you…



Wednesday, January 04, 2012

Heart Of Courage





Rasanya, satu hari nanti, mau kena tengking kot? Sekali dua kali okey lagi lah. Kalo banyak2 kali, mahu tertempik juga agaknya. Sorry to say ya. Tak kiralah engkau tua ke, muda ke, senior ke, junior ke, go to hell. Memang go to hell la kan. Pasal engko kapir laknattullah. Sorry to say again. :)


Aku memang jarang2 sekali marah2. Kena marah atau memarah pun aku tetap senyum. Tadi, aku cuma diam dan buat biasa. Pasal, aku malas untuk marah2. Bukan dalam mood untuk marah2. Hari ini aku diam dan senyum, esok, lusa, minta maaf kalau aku tertengking.


Andai kata satu hari nanti aku tidak sengaja atau sengaja maki, padan muka ya. Akan aku suruh engkau datang tengok kaji sendiri. Aku cakap tak faham2 kan? Bahasa Melayu engkau tidak faham. Bahasa Inggeris pun engkau tidak faham. Nak suruh aku cakap bahasa Hindi ke apa? Memang confirm engkau ternganga2 sahaja nanti.


25 tahun bekerja ya? Good! Very good! Nama sahaja 25 tahun kerja. Tapi, haram. Langsung tidak praktikal. Esok, lusa, engkau datang lagi, akan aku suruh engkau cari, check, buka, tengok, catat dan buat sendiri. Ini janji aku. BULLSHIT!!





Sunday, January 01, 2012

My Way





Selamat Tahun Baru 2012.

So, apa azam tahun baru anda? Azam baru ke, renew azam tahun lepas? Akeke... Saya? Tiada apa2 azam yang ingin ditanam. Malas nak bercucuk tanam azam. Since tahun lepas memang tiada azam.


Masa adalah seperti jam yang sentiasa bergerak dan berubah. Kehidupan adalah seperti bola emas pada setiap hari yang berlalu. Apa yang berlaku hari ini kadangkala tidak sama dengan apa yang berlaku pada masa lalu. Bola jam sentiasa bertukar mengikut masa dan kehidupan.


Hari demi hari ada kegembiraan, keterujaan, kesenangan, kesengsaraan, kesakitan, ada kehidupan. Kadang-kadang terbit persoalan di luar kawal yang amat payah atau tidak boleh sama sekali untuk dijawab. Hari demi hari larut menyejat ke dalam apa sahaja dan akan hilang selama-lamanya.


Jika saya boleh terbang, saya mungkin menyentuh langit. Jika mimpi adalah benar, saya mungkin boleh menari di atas awan. Jika saya boleh membaca fikiran manusia, saya mungkin akan menyelamatkan dunia tepat pada masanya. Jika fantasi menjadi kenyataan, saya mungkin akan melompat tinggi dengan penuh kegembiraan di atas dunia ini untuk berasa bebas dan bertenaga.


Kalau boleh, saya ingin seperti ini selama-lamanya kerana ia hanya hak. Saya mengukir senyuman yang benar kepada dunia. Jika saya boleh menjadi seorang wira, saya akan membantu semua orang dan membawa kepada keamanan untuk semua. Bermula dengan diri saya sendiri. Saya akan terbang tinggi.


Dream away and read minds.
Think to myself be a hero.
Save the world and then jump with joy.


I live for those who love me, for those who know me true, for the cause that lacks assistance, for the wrong that needs resistance, for the future in the distance, and the good that i can do.


Happiness is that which everyone longs. So few of us actually get happiness is that which rights all wrongs and leaves us without regret. Happiness tortures us to feel what happiness does in the lowest of low when everything just seems too real. Happiness comes to people who think it will always be there. Happiness leaves without the clue and realize what it is to feel lonely.


Mengimbas kembali dan merealisasikan perkara-perkara yang berlalu hanya akan membuat diri lebih kukuh. Galakan adalah ramuan untuk berjaya dan tidak boleh memegang masa depan. Galakan untuk terus hidup adalah alat di mana positif akan membakar negatif. Jangan sekali-kali gagal. Sentiasa percaya.




Tuesday, December 27, 2011

One Sweet Day




Currently Klik2 Blog2 sahabat.


Lama betul rasanya tak update apa2 entry. Memang ada keinginan untuk update, tapi, kemalasan mengatasi segala2nya.


Bz? Memang tidak sangat lah. Kadang2 bz. Kadang2 tak bz. Perkara biasa. Cuma, terlalu banyak perkara yang mencabar emosi diri sejak 2, 3 minggu kebelakangan ni.


Bermacam2 perkara juga yang berlaku yang boleh dikatakan majoritinya di luar jangkaan. Banyak juga perkara2 penting yang terpaksa diabaikan demi satu perkara yang lebih penting untuk diutamakan.


Arrr.. Tiba2 maleh nak menaip pula. Nanti2 sambung.


Ermmm... Yassin Untuk Nenek tidak dapat saya teruskan. Nantilah, apabila hati sudah sedia untuk menerima kehilangan. InsyaAllah saya sambung. Itu pun kalau ada yang sudi untuk membacanya.


Salam Sayang Dan Rindu selalu .. =)


Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)