It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Showing posts with label January. Show all posts
Showing posts with label January. Show all posts

Tuesday, January 13, 2009

--==[[ Magic!~? ]]==--


Take the Magic: The Gathering 'What Color Are You?' Quiz.


'Magic Quiz' ini banyak dalam profail pemain2 RV. Terjumpa pula yg ada link. Jadi, tanpa ragu2 mencuba. Hasilnya sangat2 menarik. Betul atau tidak, tak berapa nak yakinlah kan. Tapi, macam ada terkena juga! Soalan2nya memang agak mengarut. Jawab sahaja sejujur mungkin. Jangan tipu ... tak baek! Nanti Tuhan marah!~ nGee!~

Blue
You value knowledge, logic, and deceit.
You love to pursue wisdom but also to manipulate and deceive.
At your best, you are brilliant and progressive.
At your worst, you are treacherous and cold.
Your symbol is a water droplet.
Your enemies are green and red.

Terpulanglah pada penerimaan individu. Kan? Rasanya yang lain2 tu macam boleh diterima. Tapi, baris akhir tu macam tidak sesuai pula. Sebab, saya suka warna hijau dan saya suka bercerita tentang Merrah. Hehe!~

sapa2 yg dah jwb kuiz tu .. paste kat komen pepelis..~ agaga!~


Monday, January 12, 2009

--==[[ DamN!!~ ]]==--


Macam2 hal berlaku. Semalam, ada sesuatu yang membuatkan saya kurang senang. TIDAK FAHAM BAHASA. Itu yang dapat saya kategorikan dengan kejadian semalam. Malas nak cakap banyak. Kalau dia ada depan mata, memang makan pelempanglah jawabnya. Mujur hanya menaip di alam maya. Tak ke bodoh namanya? Paksa2 kita untuk buat sesuatu yang kita tidak mahu. Murah sangat maruah dia agaknya.

Baik konon. Wanita bertudung konon. Berlagak macam ustazah konon. Apa hak dia untuk me-neraka-kan seseorang? Mana peRgi akal dia? Buat apa belajar tinggi2, tapi tidak menggunakan akal untuk berkata2? Perkara yang berlaku semalam boleh dianggap remeh. Tapi, ia melibatkan saya. Individu lain kena tempias disebabkan saya. What the purpose? Apa masalah dia sebenarnya?

Di mana pula perginya maruah dia sekiranya dia mencanangkan pada semua orang? Hilang akal ke apa? Ada pernah saya melayan dia? BODOH! Mencemar reputasi betul!

"Abg Bard..add la fs ****... Abg Bard..add la ms ****... Abg Bard..jawab la call ****...Abg Bard..bagi la nombor phone..."
WHAT DA FUCK?!


Ignore list kan pun tak guna. Satu komuniti dia canang. Mana maruah? Layan pun tidak. Apa tujuan dia canang pada semua orang? Apa yang dia dapat? Saya bukan jenis yang suka memaki tidak tentu pasal. Tapi, kejadian semalam betul2 manggugat kesabaran saya. Setahun tidak cukup untuk simpan perasaan marah.

Tidak diberi nombor hp, call pula guna YM. Bila tidak dijawab, dicanang pula di public. Apa masalah dia? Tak malu ke apa? Kalau tidak saya fikirkan kedudukan saya dalam komuniti itu, memang saya nyatakan semua apa yang saya rasa. Janganlah berlaku lagi kejadian seperti semalam.

Kepada yang tahu perkara sebenar yang berlaku, saya mohon maaf di atas kekasaran bahasa saya semalam. Kepada yang tidak tahu hujung pangkal, jangan begitu mudah mentafsir apa yang saya luahkan. Kepada individu yang saya maksudkan, cermin diri. Jangan begitu mudah memburukkan seseorang. Spouse dia sahabat saya. Tidak akan sampai hati untuk saya khianat sahabat sendiri. Maafkan saya. =(

Get this widget Track details eSnips Social DNA

Thursday, January 08, 2009

One Last Breath

Jambatan Putrajaya Malam 1 Januari 2009




Macam nak mengarang. Tapi tidak tau pula apa yang nak dikarangkan. Orang kata saya cool? Ahak! Saya bukan seorang yang cool. Happy-go-lucky itu mungkin. Tapi, masih ada emosi lain untuk saya kawal. Jangan paksa saya untuk melakukan sesuatu yang tidak saya gemari. Nombor telefon? Saya tidak akan beri kepada orang yang saya tidak kenal. Mintalah daripada siapa pun, saya tidak akan jawab panggilan dari nombor yang tidak saya kenali. Maaf.


Orang nak add friendster? Saya ignore. Orang nak add myspace? Saya fikir lapan juta kali untuk klik 'accept'. Orang nak berbual di YM? Saya akan buat tak faham sahaja. Kalau ada yang betul2 penting baru saya reply. Saya sangat tidak gemar pada chatters2 yang menggunakan perkataan2 yang pelik2. Kalau dulu mungkin juga saya ada tergolong dalam golongan begitu. Sekarang tidak. Saya bukannya golongan muda remaja. Saya dah dewasa. Umur saya hari ini 29 tahun, 2 bulan, 8 hari.


Dulu, 7 - 8 tahun lepas, fs dan ms memang merupakan antara laman web sosial yang paling popular. Saya juga tidak terkecuali. Memang seronok ada akaun2 tu semua. Rasa popular. Gembira dapat ramai kawan. Konon2 la kan. Saya ada akaun Facebook. Itu pun sebab nak layan online game 'parking wars' yang diperkenalkan oleh aTunG. Tapi, lama kelamaan, makin bertambah pula rangkaian sahabat di Facebook.


Minta maaf kepada siapa2 sahaja yang saya ter'ignore'. Memang saya bukan seorang yang cool kan? Huehue!~ Ada juga yang kata saya pilih kawan. Tidak sama sekali. Saya bukan seorang yang 'memilih bulu'. Jangan double meaning lak! Ahak!~ Saya tidak suka membenci. Saya tidak suka dibenci. Bukan saya berlagak atau apa. Akaun hanya tinggal akaun.


Tahun lepas saya telah men'delete' separuh daripada senarai rakan2 di FS. 200 lebih rakan yang malang. Bagi saya, kalau setakat 'add' kemudian ignore, baik tidak payah. Betul? Saya hanya akan 'log-in' FS jika saya sekiranya saya mahu melihat2 apa yang perlu. Buat masa sekarang ini, ada lebih kurang 50 rakan yang tersenarai sebagai rakan baru telah saya ignore list kan. Maafkan saya ya!


Katalah apa saja. Saya memang tidak punya alasan untuk menjawab soalan2 mengapa saya tidak meng'add' lagi rakan2 di FS. MS mungkin saya akan 'accept'. Kalau bukan saya sendiri yang beri email saya, saya tidak accept. Saya minta maaf. Saya ada akaun Fotopages. Saya akan update entry saya di FP bila2 saya rasa saya mahu update. Bila2 saya ada gambar2 baru yang saya kira agak cantik, saya akan update. Saya bukanlah seorang jurugambar. Itu bukan bidang saya. Saya mengambil gambar secara suka2. =)


Kepada rakan2, sahabat2 yang ada terasa hati dengan saya, saya minta maaf. Bukan saya sengaja. Tapi, semuanya bersebab. Terima kasih juga kepada semua yang menerima saya sebagai seorang sahabat. =) Saya bukanlah seorang yang 'perfect'. Saya akan cuba untuk menjadi seorang sahabat atau rakan yang baik. Ikhlas. Jujur. Setia. InsyaAllah... =)







Wednesday, January 07, 2009

Bad day ...



Erm.. Macam2 hal berlaku hari ini. Pagi, rutin harian dijalankan seperti biasa. Petang, hujan lebat. Semasa mahu keluar dari gate, enjin kereta mati. Gagal untuk menghidupkan semula enjin kereta. Turun dari kereta, tolak ke parking semula. Hujan sangat2 lebat. Cuba lagi. Berjaya! Terus memandu keluar.


Dalam perjalanan pulang, ada satu kemalangan berlaku. Memang nampak sebuah kereta Viva warna hijau menghimpit rapat ke kiri jalan. Ada sebuah motorsikal laju dari arah belakang. Bamm!!! Terkejut. Brek kereta. Tapi, ada kereta laju dari belakang. Tidak dapat berhenti. Kesal. Kejadian berlaku depan mata. Tidak dapat membantu walaupun diri mampu untuk bantu. Teruskan perjalanan pulang ke rumah.


Sampai di rumah. Tanggalkan pakaian yang masih basah. On PC. Train kejap. Mandi manda. Malam, pergi minum di Bistro bersama Along, seorang kawan dari johor yang menumpang tidur di rumah. Around 11pm, gerak ke Kajang, kerana Along mahu pulang ke johor. On my way back from Kajang to Puchong, gedebuk! gedebuk! gedebuk! Tayar kereta belah belakang pancit pula.


Berhenti di bahu jalan. Suasana gelap. Masuk semula ke dalam kereta. Teruskan perjalanan. Panduan sangat2 perlahan. Berhenti semula di bahu jalan yang agak terang. On 'hazard lamp'. Buka bonet kereta. Tayar spare ada. Peralatan untuk membuka tayar tidak lengkap. Try call Cemey, kredit habis pula. Cuba untuk meminta bantuan dari pemandu lain. Tidak seorang pun yang mahu berhenti. Give up.


Tiba2 ada sebuah motorsikal berhenti.
"Kenapa ni bang?"
"Tayar pancet. Barang nak buka tayar takda. Boleh tolong saya buat call tak? Kredit saya habis."
"Boleh, berapa nombor?"
"012-264XXXX. tolong ya!"


'Izinkan aku.. memeluk dirimu.. kali ini saja.....'
"Hello. Siapa tu?"
"Awak! Sori ganggu. Dah tidur ke?"
"Ha ah. Nombor siapa ni?"
"Aaa... Pinjam hp orang ni. tayar kereta saya pancet. Tolong call saya balik!"
"Dekat mana? Dengan siapa?"
"Call back! Call back! Im using somebody's phone"
"Owh.. Ok.. Ok..."


"Ok bang. Terima kasih ya!"
"Takpa2. Bahaya berhenti sini. Kereta semua laju2."
"Itulah tu. Tadi saya dah jalan sikit. Tak boleh lah. Rim tayar saya jenis macam ni."
"Nak call siapa2 lagi tak?"
"Takde kot. Tunggu dia call semula aje lah. Nak ke mana?"
"Nak pergi Serdang. UPM."
"Owh. Student ke?"
"Tak. Ada hal sikit dengan student."
"Ok2. Minta maaf ye. Terima kasih."


'Kring!! Kring!! Kring!!'
Jabat tangan dengan 2 org penunggang motorsikal yang baik hati. Jawab call.
"Ha."
"Macam mana boleh pancet?"
"Entah. Dah nak pancet. Nak buat macamana? Kredit habis pulak tu! Hehe.."
"Gelak pulak! Dekat mana sekarang ni?"
"Hiway arah ke Puchong. Dekat dengan padang kuda. Area MAHA."
"Nak buat macamana tu? Nak callkan sapa2 ke?"
"Erm.. tolong call kan sapa2. Call kan AtunG, suruh dia tolong call Bujal. Dia je yang paling dekat."
"Ok2. Nanti saya call balik."


Kring!!! Kring!!!
"Hello"
"Ha. Bang! Hehehehe."
"Gelak pulak. Kenapa ek?"
"Nih. tayar kereta pancat la bang. Barang takde nak bukak tayar."
"Tayar spare ada tak?"
"Ada. Tayar spare ok."
"Kat mana?"
"Bla... bla... bla..." Conversation end.


Tunggu dan tunggu. Tiba2 ada kelisa berhenti.
"Kenapa bang?"
"Tayar pancet. Bla.. Bla.. Bla..."
"Nak saya tolong tak? Saya memang caller man. Tapi kena bayarlah. 20 ringgit."
"Wah! Tak payah lah. Kawan saya dah on d way."
"20 ringgit je. Takde duit ke?"
"Takpe2. Kawan saya dah on d way."


'Kring!!! Kring!!! Pergi ke belakang kereta. Bujal tanya di mana. Saya pandang ke arah belakang semasa bercakap dengan Bujal. Bila pusing depan, 'callerman' tadi dah pegang kunci kereta yang masih lagi di stereng. Beritahu Bujal untuk datang cepat. Berjalan ke depan. Tolak 'callerman' tadi ke tepi.


"Ni apa hal pulak ni?"
"Takpe la bang. 20 ringgit je."
"Tak bolehlah macam tu. Benda bukan rosak apa pun. Saya boleh buat sendiri. Barang je takde. Yang pegang kunci kereta tu kenapa?"
"Sori2. Takpelah."
Dia pergi semula ke kereta dia. Terus memandu laju.


Tutup bonet. Masuk dalam kereta. Kunci semua pintu. Tunggu. 10 minit kemudian Bujal sampai. Buka tayar pancet. Pasang tayar spare. Siap. Tiba2 lak tayar asal tak muat nak masuk dalam but. Haha! Punya la susah nak masukkan tayar pancet tu ke dalam bonet. Gedebak. Gedebuk. Selesai. Bujal menyuruh saya jalan dulu di depan. Dia follow belakang. Berpisah di tol sebab saya guna cash, Bujal guna smart tag.


Sampai ke rumah. Duduk termenung di ruang tamu. Duduk berfikir tentang macam2 hal yang berlaku sepanjang hari. Junior mengeow minta makan. Bagi Junior makan. Ngadap pc. On TC. On RV. Train id. Take over FungkurFM selepas Dj Affa off. On air 2 jam. Tidur.


  • Terima Kasih Kepada Yang Telah Membantu.
  • Maaf Kepada Yang Telah diGanggu. Ahak!~



Tuesday, January 06, 2009

--==[[ My Baby You!~ ]]==--





How do i tell u how i feel about u?



Every time i think of u, my body shakes. Every time i see u, my knees grow weak. Every time i'm with u, i dont want the time to end. When every time i look into your eyes, i wish i was there. Every time i see u smile, my heart melts. Every night before i go to sleep i pray we dont end.



I've tried somehow to say u're the sun that lights up my sky. The wind that keeps me cool on a hot day. The sweet incense that keeps me on a natural high. I want so much to tell u that without u with me each day my day isn't complete.



Since day one, i've always wanted to be with u. That no matter what's going on in my life, u're the reason there's a smile on my face. Loving u seems to be all i need to know. But, every time i want to tell u, the words just wont come out. To u it may sound mushy or too cute. Maybe u may not believe it. So, it's better i keep my mouth closed.



Then, i try to tell u exactly whats on my mind. Yet, i wish to tell u that i'm beginning to love u more with each passing of the day. I wish that i want to be with u come whatever may. My kind of music, my favorite song, i want to be with you all day n all night long. I know you. You are my one. Added all up, it equals u n me.



My best friend. My only lover. From here on out. I'll keep you forever. A good laugh. With some happy tears. U're the one go to through all the coming years. When it rains it rains. When it sun, it sun. I wrote this specially for u. The only one who knows.



You keep me warm, when i'm so cold. As if my heart were for sale, to you it was sold. Whether playing our favorite games. Or to music we sing n listen. When it comes to u, there's just no competition.



Not the best cut diamonds or the reddest rose could ever amount to when you hold me close. When everything is said n done. The night is over n we've had our fun. Out of all the person i choose just one. The best one of all. That is u. =)









Sunday, January 04, 2009

--=[[ LIfe Is WonderfuL!~ ]]==--






Ogos 2008


Januari 2006




Weewiit!~ Ehek!~


Majoriti kata azam tahun baru nak kuruskan badan, kan? Tapi, ada ke yang berjaya kuruskan badan? Ada jugak yang bagi tempoh berapa lama untuk jadi kurus. Tapi, kalau masih lagi dengan tebiat makan yang tak berubah, macamana nak jadi kurus, kan? Kadang2 kita lupa apa yang kita janji. Kadang2 kita lupa apa yang kita nak buat. Betul ke janji dengan diri sendiri adalah janji yang sebenar2 janji? Kalau tak dapat tunaikan, apa akan jadi?



Andai kata, janji dengan diri sendiri perlukan surat akujanji. 'Hitam-putih'. Agak2, dapat tak tunaikan? Katalah, kita nak sewa rumah, owner rumah bagi surat perjanjian tamat tempoh utk kita tandatangan. Bila sampai tempoh perjanjian, sure kita akan keluar dari rumah tu, kan? Macam owner rumah bawah ni, Mr. Sam. Dulu, sebelum dia sewakan rumah, dia ada kata, "agreement dua tahun saja..." Memang betul2 dua tahun dia datang balik. Terima kasih kepada Sam yang beritahu kereta saya tak off lampu semalam. Nasib baik dia ada jumper. Huhu!~



Ada satu pepatah Inggeris. Maksud dalam Bahasa Melayu : ''Tiada dorongan yang lebih kuat selain dari rasa lapar''. Lebih kurang la tuh. Memang kalau kita lapar, kita sanggup buat apa saja. Andai katalah kita di satu tempat. Perut sangat2 lapar. Ada makanan yang sangat2 lazat dan menggiurkan. Tapi, masalahnya depan kita ada tembok. Kiri, kanan dan belakang ada pagar yang kalau kita langgar atau sentuh, kita akan mati. Nak pilih yang mana? Panjat tembok untuk makanan? Panjat pagar yang boleh membunuh untuk makanan? Mana satu yang akan dipilih?



Saya tiada sebarang tips untuk diet atau kuruskan badan. Apa yang cuba saya sampaikan ialah psikologi diri. Saya bukanlah kategori kurus. Nak kata maintain pun tidak juga. 3-4 tahun lepas saya ialah seorang yang gemuk. Baju2 semua saiz XL atau L. Susah betul nak cari baju yang sesuai sebab saya pendek. Ahak!!~ Saiz lebar, besar, muat sangat, cantik. Tapi, bila tang bawah, baju jadi labuh. Seluar pun macam tu. Bahagian lain ngam, tapi labuh. Payah kan? Huehuehue!~



"Kito Buek Dio" kata oghang nogoghi. Kita plan, kita janji. Kita gak yang akan pastikan sesuatu perkara itu jadi atau tidak. Memang Allah s.w.t yang tentukan. But, at least, we try. Cuba sampai berjaya. Kalau tak berjaya gak, gunakan kaedah cuba jaya. nGa!~ Kalau dulu pakai XL, jadikan L. Kalau dulu L, kita jadikan M. Kalau dulu M, jadikan S. Tak dapat ubah 100% pun tak mengapa. Tapi, cuba untuk kurangkan. Itu pun dah cukup untuk kotakan janji pada diri sendiri.



Sekarang, ramai yang kata saya kurus. Tidak tanya pun mereka akan beritahu. Hehe!~ Kalau ditanya macamana boleh kurus, saya akan jawab, "Kurang makan. Takde selera. Diet....bla.. blaa..". Jujur, saya tak ada satu pun sebab yang boleh menjawab soalan2 seperti itu. Saya tidak pernah berdiet. Cuma, apa yang saya ingat, saya kurang makan nasi. Saya tukar ruji saya kepada oat. Ada berani ?? nGa!~



Yang penting, kawal emosi. Kawal minda. Jangan makan sehari sekali, kuantiti banyak. Makan ikut waktu, tapi, kawal kuantiti. Jangan pula kuantiti sikit, tapi selang satu jam nak makan pula! Itu nanti bertambah gemuk. Kekekekek!~



Itu sajalah untuk kali ni. Lenguh pula rasanya. Cubalah ye!~
Nak landing2 pulak. Esok pagi2 nak keluar. Daa!~ Muah2!~ :D



Klik sini untuk kira BMI ye! Hehek!~ >:D
BMI saya hari ini : 21.5. Yeay!~ :D














Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)