It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, January 19, 2009

--==[[ HueHueHue!~ ]]==--

Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..
Epi Besdei Tu Yu ..

--==[[ Ekekeke!~ ]]==--

Entah siapa punya hari lahir agaknya dalam dewan di bawah tu. Meriah sungguh! Macam seluruh Villa pula yang dijemput. Siap ada mercun. Alangkah bahagianya orang yang sambut hari lahir tersebut. Hari lahir saya lambat lagi. Ada lagi 9 bulan 11 hari. Hehe!~

--==[[ S0b!~ S0b!~ ]]==--

"Hello. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam. Paklang!"
"Ye...Kakak dah makan?"
"Dah."
"Uwan masak apa tadi?"
"Uwan masak ayam goreng. Kakak makan banyak. Adik pun makan banyak. Kakak suka ayam goreng."
"Iya? Bagusnya. Kenyang tak?"
"Kenyang sangat. Perut kakak dah jadi besar. Adik pun sama. Tadi masa kat sekolah pun kakak makan banyak."
"Wah! Makan apa yang banyak sangat kat sekolah tu?"
"Makan ayam goreng. Makan mee goreng. Lepas tu ada air sirap. Ada air oren. Kakak suka sekolah. Asyik makan je."
"Hehe. Ada pulak suka sekolah sebab makan. Cikgu ajar apa tadi kat sekolah? Adik sekolah sekali dengan kakak ke?"
"Ye. Adik sekolah dengan kakak. Tapi adik suka main. Cikgu marah. Kakak tak main. Kakak pandai. Cikgu suka suruh kakak ajar kawan2 kakak ABC."
"Ye? Pandainya! Ada kerja sekolah tak? Dah buat ke belum?"
"Dah buat dah. Cikgu suruh koyak2 kertas. Lepas tu gam buat ekor. Nanti main tarik2 ekor. Tadi pun dah main dah. Tapi kakak asyik kalah je. Adik pun kalah je."
"La.. Kenapa pulak kalah tu? Hehe!"
"Memanglah kalah. Kakak kecik. Kawan2 kakak semua besar2. Adik jatuh tadi. Kakak nangis."
"Alah..Adik luka2 ke?"
"Tak. Tapi kakak tak suka adik jatuh. Kakak sedih. Kakak tumbuk kawan kakak."
"Uih! Garangnya kakak. Siapa nama kawan kakak tu?"
"Kawan kakak ada 3 orang. Natirah. Syafiqah. Hazilah. Tapi yang kakak tumbuk tu kawan lain. Lelaki. Dia suka kacau kakak. Nama dia Abdul Azim. Kakak tak suka."
"Ahaha! Kenapa pulak macam tu? Cikgu tak marah ke?"
"Tak tau. Cikgu marahlah. Siapa suruh dia tolak adik?"
"Uwan tau tak?"
"Tau. Kakak cakap dengan uwan tadi. Uwan kata jangan tumbuk kawan sekolah. Nanti kakak kena rotan."
"Yelah..Memanglah cikgu rotan nanti tu. Kakak jangan tumbuk kawan lagi nanti ye kakak. "
"Adik nangis. Kakak sayang adik. Kakak tak suka adik sakit. Nanti kakak takde kawan."
"Hehe..Kakak..Kakak.. Nanti kakak belajar rajin2 tau. Dah besar nanti boleh tolong Atok. Tolong Uwan."
"Ye. Nanti kakak belajar pandai2. Kakak nak jadi doktor macam Paklang. Bila Paklang nak balik kampung?"
"Nanti cuti nanti baliklah. Kakak jangan nakal2. Dengar cakap Uwan Atok. Dengar cakap cikgu ye!"
"Ye. Kakak tak nakal. Kakak baik. Adik je nakal. Cikgu suruh tulis ABC, adik lukis2 lak. Kakak gelak je."
"Ehehehe..Macam tu pulak adik. Takpelah kakak. Nanti cakap2 lagi ye."
"Paklang nak pegi mana? Kakak nak pegi rumah sana. Nak main piano tu."
"Owh.. Nanti bila2 datanglah. Kirim salam Atok Uwan ye kakak."
"Ye. Babai Paklang!"
"Tata...."

--==[[ Adik!~ ]]==--

Perbualan melalui telefon diantara saya dan Kakak. Anak saudara saya yang nombor dua. Nabyla Bilqis. Comel. Selalu bersemangat kalau bercakap. Teringat raut wajah dia yang sentiasa tersenyum. Suka merajuk. Kalau dimarah, belum habis marah dah menangis. Manja. Berbeza sungguh dengan Adik, Natasya Bilqis yang selalu bersahaja bila berkata2.

--==[[ Kakak!~ ]]==--

Hari ni, 19 Januari hari lahir Kakak yang ke-6. Sekolah Tadika Gemencheh. Adik baru 4 tahun. Beza 2 tahun dari Kakak. Terpaksa dihantar juga ke sekolah kerana kemurungan berpisah dengan Kakak yang pergi ke sekolah tiap2 pagi. Comel!

--==[[ Kakak Merajuk!~ ]]==--

Saya sebenarnya tidak begitu mesra dengan Adik. Kakak manja. Adik kasar perlakuan dia. 4 tahun lepas, Omak kata, rupa paras Adik saling tak tumpah seperti saya. Hehe. Bila dah besar sikit, lain pula rupa dia. Sikap dan perangai sahaja yang masih sama. Itu kata Omak dan Ayah. Tidak tahu pula sama yang macamana agaknya. Huehueheu!~

--==[[ Ehek!~ ]]==--

Baiklah!~ Mahu baring2 sekejap. Mata semacam minta direhatkan pula. Nak mandi pun malas. Suara kanak2 yang menyanyikan lagu 'Happy Birthday' tadi pun dah hilang. Sunyi. Esok Selasa. Ada agenda penting yang perlu dilaksanakan. Mandi, tidur sekejap, makan, ngadap PC semula nanti. Harap2 tidak tertidur sehingga besok pagi. Huheuhe.. Daaa~~ =P

--==[[ Lots Of Hugs N Kisses!~ ]]==--


Friday, January 16, 2009

--==[[ Di Pondok KeciL!~ =( ]]==--

salam, malam ini palestin akn di bom habis oleh yahudi termasuk masjid al-aqsa. ini benar ikhwan palestin yg menalipon ikhwan m'sia. kt diwajibkn membaca surah yunus 85-88 n al fath 26-27..tolong fowardkan.. ALLAHUAKBAR!!! dolphine cha's: Pimpinan Hizbullah, libanon sydHasanNasrallah meminta Seluruh msulim utk MELAFADZKAN QS. AL-FATH ayat 26-27. MALAM INI.. tolong disebarkan agar Israel hancur. skrg masjid Al Aqsa Sdg diserang oleh IsraelSkutu. Mhn disebarkan ke 10orang. jangan dihapus klo blom disebarkan. ini amanat!

Assalammualaikum warahmatullah...

Hari ni, dapat lagi berita tentang serangan Rejim Zionis ke atas Umat Islam di Israel. Jujur, saya sebenarnya tidak ambil kisah tentang propaganda2 yang diwar2kan kebelakangan ini. 'Jual-ikan'? Tidak. Hari ini saya terpanggil untuk mengkaji tentang bagaimana bermulanya serangan tersebut. Saya bukanlah ahli politik atau pengulas. Tetapi, saya rasa perlu untuk kita berkongsi bersama kerana saya percaya mungkin ada antara kita tidak tahu menahu langsung atau tahu sedikit sahaja tentang perkara ini.


Sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Bersempadan dengan Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. Penduduk2nya termasuk warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama yang melebihi 7juta orang. Diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.
  • Bible Ibrani. Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya menewaskan seorang musuh misteri yang mengaku dirinya Tuhan. Diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel".
  • Al-Quran. Disebut Bani Isra'il. Bani bermaksud keturunan. Isra'il pula adalah nama asal Nabi Ya'akub a.s. putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. yang berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah. Di sana, generasi pertama Bani Isra'il berkembang.
Israel mengalami pelbagai fasa pemerintahan sehingga berlakunya pengusiran beramai2 penduduk Yahudi. Jajahan paling besar dilakukan oleh Empayar Rom pada tahun 132M dan menamakan Israel sebagai Palestina Syria untuk menghapuskan ikatan Yahudi. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Yahudi lemah sepenuhnya selepas Empayar Byzantin dikalahkan oleh orang2 Muslim pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani dibina di Tiberias. Akhirnya diperintah oleh Omayyad dan kemudiannya oleh Abbasid, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.

Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Merupakan tapak pengembangan agama Yahudi. Raja Yahudi, Solomon membina Kuil Pertama dan Kuil Kedua dan menjalankan upacara agama yang penting dan dijadikan aspek utama pengamalan agama Yahudi moden bermula dari sekitar abad ke-11 SM. Pelarian Yahudi telah cuba untuk berhijrah semula ke Israel selama berabad2.
  • 1141, Yehuda Halevi yang meninggal dunia di Baitulmauqaddis telah membawa Yahudi masuk ke Israel Eretz.
  • 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan mengakibatkan kehadiran Yahudi yang berterusan.
  • 1535, Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar di Safed.
  • 1209-1211, Perancis dan England ke Acre.
  • 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikut. Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikut. Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut. Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut dan keluarga yang dikenali sebagai Perushim.
  • 1808 - 1809, berlaku pula perpindahan guru2 dan penuntut2 agama Yahudi dan menetap di Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmuqaddis.
  • 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis membina semula komuniti di luar dinding Bandaraya Lama. Mishkenot Sha'ananim merupakan yang pertama.
  • 1878, petempatan pertanian moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.
  • 1881, penyeksaan terhadap Yahudi menyebabkan berlakunya gelombang penghijrahan semula yang besar. Idea Zionisme Sosialis tentang "penebusan tanah" diasaskan oleh Moses Hess. Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik2 tanah perseorangan Arab. Ketegangan tercetus antara Yahudi dan Arab selepas petempatan pertanian dimulakan oleh Yahudi.
  • 1860 – 1904, Theodor Herzl seorang Yahudi Austria-Hungary mengasaskan gerakan Zionisme dan menerbitkan Der Judenstaat(Negara Yahudi) pada 1896. Pembentukan sebuah negara Yahudi dan membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia I membawa kepada perpindahan 40000 Yahudi. 1917, Arthur J Balfour Setiausaha Luar Negara British mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin."
  • 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa Bersatu.
Penghijrahan Yahudi berterusan selepas Perang Dunia I. 1929, berlaku pembunuhan beramai2 Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron. 1933, Kebangkitan Nazisme di Jerman mengakibatkan kaum Yahudi di rantau ini bertambah. 1941 - 1945, 'Holocust' dilaksanakan oleh Nazi sebagai penyelesaian terakhir permasalahan Yahudi. 6juta orang2 Yahudi terkorban. 'Holocust' dijalankan di semua jajahan takluk Nazi. Kaum Yahudi dibawa ke kem pelupusan dengan kereta api, dibawa ke bilik gas, pil Zyklon B yang mengandungi gas 'cyanide' diberi dan mayat mereka dibakar.

Hampir 4 jam baca, kaji, teliti dan faham. Ini kesimpulan yang dapat saya sediakan. Teringat pula zaman bertungkus lumus mengadap buku2 semasa bergelar seorang siswa dulu. Selagi tidak dapat apa yang dicari, selagi tidak siap apa yang dibuat, selagi itu tidak berganjak. Kira macam lagu tema FungkurFM juga lah! Hehe!~ Saya tidak pandai mengulas. Kalau tidak faham, sila klik 'link2' yang saya selitkan. Baca sendiri okek!

Pendapat saya:
  • Perkara ini memang tidak akan ada kesudahan seperti yang telah disebut di dalam kitab2 Allah sehingga kiamat.
  • Yahudi seperti mahu membalas dendam dengan apa yang berlaku.
  • Adolf Hitler baik sebab bertindak sebagai pengaman. Tapi, akan wujudkah pemimpin seperti Hitler? 'Cakap tak guna, tembak tak kena'. Kita cuma boleh mengutuk, memboikot, mengumpat atau dalam erti kata lain, 'perang mulut'. Beranikah pemimpin2 dunia sekarang jadi Hitler nombor dua?
  • PBB bodoh kerana membahagikan tanah Israel kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk penduduk Islam. Satu bahagian untuk penduduk Yahudi. Rakyat tidak bersatu untuk membentuk sebuah negara yang aman permai seperti negara kita Malaysia.
  • Kenapa negara2 Arab yang berjiran dengan Israel tidak membantu? Yahudi pula dibantu oleh negara2 sekutu besar seperti Amerika dan British.
  • Saya baru tahu yang King Solomon ialah Yahudi. Dulu, masa kanak2, saya pernah baca sebuah buku yang ayah saya belikan bertajuk 'King Solomon's Mines'. Huhu!
  • Peperangan sebenarnya wujud di atas sebab peperangan.
  • Yang lain2, fikir sendiri ya! :D
Teringat kata2 AyuL dan Jeli Meli dengan siapa lagi entah? Lupa pula. Mereka berceritakan tentang MUET di mspeek pagi semalam. Macam2 la korang! Summary salah satu perkara yang dibincangkan. Lain orang, lain kesimpulan, lain pula pemahaman. Terpulang pada pandangan masing2. Betul? Perut semakin berlagu pula. Masa untuk makan! Err..hari ini dan semalam saya banyak makan. Syhh... dendiam.... :D Baiklah sahabat, dah boleh sambung apa yang tergendala tadi. Huhu!~ Daaaa!~~

Tuesday, January 13, 2009

--==[[ Magic!~? ]]==--


Take the Magic: The Gathering 'What Color Are You?' Quiz.


'Magic Quiz' ini banyak dalam profail pemain2 RV. Terjumpa pula yg ada link. Jadi, tanpa ragu2 mencuba. Hasilnya sangat2 menarik. Betul atau tidak, tak berapa nak yakinlah kan. Tapi, macam ada terkena juga! Soalan2nya memang agak mengarut. Jawab sahaja sejujur mungkin. Jangan tipu ... tak baek! Nanti Tuhan marah!~ nGee!~

Blue
You value knowledge, logic, and deceit.
You love to pursue wisdom but also to manipulate and deceive.
At your best, you are brilliant and progressive.
At your worst, you are treacherous and cold.
Your symbol is a water droplet.
Your enemies are green and red.

Terpulanglah pada penerimaan individu. Kan? Rasanya yang lain2 tu macam boleh diterima. Tapi, baris akhir tu macam tidak sesuai pula. Sebab, saya suka warna hijau dan saya suka bercerita tentang Merrah. Hehe!~

sapa2 yg dah jwb kuiz tu .. paste kat komen pepelis..~ agaga!~


Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)